About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 10 May 2014

Kemboja Merah Jambu

As-salam.

Beberapa hari lepas jiran memberi keratan pokok kemboja merah jambu - dia siap tanya Pak Aji mahu ditanam di mana dan selepas itu tolong gali lubang dan tanamkannya juga, alhamdulillah! Daunnya tidak dibuang langsung. Sehari dua kelihatan daunnya sedikit layu tetapi selepas itu kembali segar dan siap berbunga lagi! Alhamdulillah cuaca juga membantu sebab Mak Aji tidak perlu siram pun!

Cantik bukan warnanya!!
Buat masa sekarang ada dua warna kemboja di laman, merah gelap dan merah jambu ini. Satu lagi pokok kemboja pemberian Diana KBB, Mak Aji lupa pula apa warnanya sebab pokoknya belum berbunga lagi. Harap-harap kuninglah pula!





5 comments:

  1. Salam mak aji...Kemboja jenis ni lain kan Dari Kemboja yang batang nya pendek macam bonsai tu...berkenan juga jenis ni tapi laman tak luas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Kemboja yg macam bonsai tu Mak Aji panggil kemboja Jepun. Ada yg panggil kemboja Cina atau adenium. Yang jenis tu banyak warnanya, ada yg kelopak selapis, berlapis2, dwiwarna dsbnya! Memang meroyan kita bila tengok! Harganya kalau anak sahaja dah berpuluh ringgit, mahai! Mak Aji ada sejenis je, yg selapis. Teringin nak yg macam2 tu, setakat ni belum try beli lagi. Teringin nak try beli sepokok dulu! Jom kita! Cer Google tengok, pasti meroyan punya!!

      Delete
    2. Nadia cuba buka link FB ni:

      https://www.facebook.com/pages/Mohd-Yusop-Adenium/566469450073097

      Delete
  2. Saya baru nak berjinak...sekarang gila bunga ros jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mizz miaizzati,

      Ros Jepun pun banyak jenis kelopak dan warnanya juga, memang boleh jagi gila, he he! Mak Aji punya ros Jepun tak berapa nak menjadi, mungkin kurang perhatian agaknya, banyak pokok tak sempat nak beri perhatian lebih untuknya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...