About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 31 May 2012

Orkid Menawan

Mak Aji terpandang bunga orkid yang cukup cantik, besar kelopaknya sehingga lebih separuh tapak tangan!  Harganya hmm, boleh tahanlah! Saksikan:

Seolah-olah ditabur serbuk perak, berkilau!
Keseluruhan pokok - harganya RM400 lebih!!


Tuesday 29 May 2012

Bunga Matahari

Mak Aji menjalani kursus sekarang dan sepanjang berkursus Mak Aji tidak melepaskan peluang merakamkan foto yang cantik untuk dikongsi. Berikut bunga matahari yang digubah untuk dijadikan jambangan:

Penerimanya mesti cukup gembira dengan hadiah jambangan ini!

Berikut bunganya yang sungguh cantik berseri serta menceriakan:

Masya-Allah cukup cantik ciptaan Allah SWT!!
Mak Aji kurang pasti sama ada bunga ini ditanam di negara kita atau diimport sebab bunganya agak besar, sebesar tapak tangan termasuk kelopaknya!!



Monday 28 May 2012

Pencuri Telur Burung

Beberapa hari lepas Mak Aji ke pintu hadapan kerana terdengar bunyi semacam sesuatu diselongkar. Mak Aji terus terpandang seekor monyet yang perasan akan kehadiran Mak Aji lantas terus melompat dari pokok tanduk rusa yang terikat ditiang porch, ke pergola, terus naik ke bumbung rumah! Barulah Mak Aji perasan rupa-rupanya itulah dia culprit yang mencuri telur burung! Hai nasib engkaulah burung!

Jenis inilah monyet yang datang ke rumah tempoh hari!!

Sumber foto: Google images


Saturday 26 May 2012

Ros Jepun/Portulaca Kembang

Mak Aji hendak berkongsi foto ros Jepun atau portulaca yang sedang mekar. Warnanya cukup cantik walaupun mekarnya tidak lama:

Kelopak berlapis berwarna merah oren.
Kelopak berlapis berwarna fuschia.
Kelopak selapis juga warna fuschia.



Tamanan Dapur Terkorban Lagi

Beberapa jenis pokok yang Mak Aji tanam di belakang rumah, yang termasuklah beberapa jenis herba seperti kunyit, kesum, pudina, juga pokok anggur serta kesidang terpaksa dialihkan keluar sebab kami menjadikan kawasan itu kawasan menyidai dan mengeringkan baju (tidak cukup ruang untuk tujuan itu - di hadapan rumah tidak elok buat menyidai baju terutamanya 'perkakas dalam').   

Pokok anggur dialihkan ke pergola depan - nampak kering semacam, entah hidup atau matilah tu. Pokok kesidang pun sama, cuma tidaklah nampak terkesan sangat, cuma daun sedikit layu (macam terlalu sendatlah pulak pergola). 

Rumah baru pokok kesidang - harap makmur di sini!
Tempat baru pokok kunyit, kari, cili api dan juga rumput cina.

Sambil berjalan di laman Mak Aji melihat juga pokok mangga yang sedang berbuah - tidak lama lagi akan boleh dimakan buahnya - adalah empat lima biji, insya-Allah manislah tu! Tempoh hari pokok di hadapan rumah yang berbuah, kali ini yang di sisi rumah - pandai pula mereka bergilir memberi rezeki kepada tuannya!!





Selain itu Mak Aji baru perasan pokok pisang di bucu pagar berbuah buat pertama kali - entah jenis apa pisangnya - nampak macam pisang lemak manis/pisang monyet?? 


Pisang apa ya??


Sunday 20 May 2012

Kelebihan Bela Ayam

Pernahkah anda berasa kesal apabila terpaksa membuang sisa makanan ke dalam tong sampah?? Mak Aji memang biasa berasa demikian sebelum membela ayam dahulu. Alhamdulillah sejak ada ayam beberapa ekor ini, masalah tersebut selesai. Sisa makanan seperti lebihan nasi, kulit buah-buahan dan sayuran dan sebagainya menjadi makanan mereka pula. Seronok pula bila kita dapat berbuat demikian. Hubungan saling melengkapi ini seperti hubungan kita dengan pokok dan tumbuhan - saling bertukar oksigen dan karbon dioksid untuk manfaat masing-masing!

Bapa ayam, ibu ayam dan dua anak yang makin besar.
Sibuk bersarapan! Kami makan buah betik, mereka makan biji dan kulitnya.
Selain ayam kami, ada juga sekumpulan ayam orang lain yang pagi-pagi datang ke laman kami mengais. Agaknya kawasan lain sudah kurang berumput, maka sebab itulah mereka ke mari. 

Bela ayam ini ada juga yang kurang enaknya - kadang-kadang apabila mereka menjenguk ke porch, ada pula yang ditinggalkan - jangan terpijak sudah!! Ada ke ayam yang toilet-trained?? He he!!



Saturday 19 May 2012

Pagi Hari Minggu

Pagi-pagi Mak Aji keluar ke laman, ternampak banyak cili api masak lalu memetiknya. Beberapa pokoknya sudah lebih tinggi daripada Mak Aji - hampir enam kaki kut?! Banyak juga yang dapat, elok untuk dimakan dengan budu (dengan ulam). Care for any cili api anyone??

Cili api segar dan ranggup.

Sebelum keluar bersarapan Mak Aji kopek betik yang masak ranum untuk dimakan:

Pak Aji menyorok belakang sepotong betik!! Malu ya??


Pergola dalam Pembikinan

Sesampai Mak Aji di rumah petang semalam, seronok Mak Aji melihatkan pergola yang sudah separuh siap. Ini dia:

Pergola separuh siap
Boy pun sibuk dengan projek spray rim tayar keretanya! Enter frame pulak tayar dia!
Insya-Allah esok lusa siaplah tu!
Pak Aji menggunakan kayu second hand (selaras dengan usaha reduce, reuse and recycle!) yang pernah digunakan. Kayu jenis ini lebih murah dan yang lebih utama, lebih tahan lama - sudah terbukti sebab sudah digunakan sekian lama. Untuk struktur utama kayu cengal digunakan dan untuk selebihnya kayu resak, juga jenis kayu keras.


Friday 18 May 2012

Pergola

Semasa Mak Aji sibuk berkursus, Pak Aji telefon memaklumkan bahawa kayu yang dipesan sudah sampai, tinggal lagi hendak dibuat sahaja, kos kayunya sekian-sekian dan kos membuatnya percuma sahaja! Hendak buat apa?? Rumah akar dani rupanya - pergolalah tu!! Yes!! At long last, pujukan membuahkan hasil juga! Dalam hati Mak Aji ada taman, he he!! 

Foto pergola yang sudah separuh jalan siap tidak sempat dirakam. Tunggu esok ya insya-Allah!! Untuk makluman tukang buatnya Pak Aji sendiri dengan bantuan Boy, anak kedua Mak Aji yang sedang bercuti selepas exam semester.

Catatan: Thank you dear, appreciate it much!! Jangan buat kerja tengah-tengah panas sangat, nanti lebihlah hitam manisnya!!



Wednesday 16 May 2012

Pokok Akar Dani Menunggu Pergolanya

Dua hari lepas Mak Aji minta Pak Aji memindahkan pokok akar dani yang di dalam pasu agar ditanam ke tanah - sebenarnya ini termasuk dalam usaha awal mendapatkan pergola!! Mak Aji sebut bahawa Mak Aji kasihankan pokok itu yang agak tinggi, yang sentiasa tumbang  setiap kali angin bertiup agak kuat. Tempatnya pula di tempat yang Mak Aji rancang kedudukan pergolanya. 

Pada petang ini Mak Aji usik Pak Aji, "Pokok akar dani tanya saya bila nak dibina rumahnya (pergola). Pak Aji senyum dengan berkata, "Eh, dia pun ada tanya saya." Mak Aji menjawab, "Yalah, ditanya saya tu, sebab awak buat derk aje kat dia!!" Pak Aji terus gelak!! Nampak gaya macam jarum sudah masuk, he he!!

Ini dia pokok akar dani (yang bertanya tu!) yang nampak segar dengan daun yang baru tumbuh semula setelah dipindah ke tanah:

Pokok akar dani.
Kalau berbungalah pokok ini, beginilah rupanya yang mempunyai dua tona warna, putih dan merah, dengan bau yang cukup harum!!

Ini bunga akar dani.
Ini dari dekat.
Mak Aji kalau dapat pergola yang 'bodoh-bodoh' sahaja pun sudah cukuplah, tidak perlu yang canggih manggih pun!! Ini kerana pokok ini perlukan tempat memanjat yang sesuai. Tak apa, usaha memujuk terus berjalan.


Sumber foto bunga http://maorisaid.blogspot.com

Saturday 12 May 2012

Pagi yang Berseri

Pagi-pagi ini Mak Aji disambut oleh kaktus yang berbunga lagi - ini kali ketiga pokok yang sama berbunga, pada kali pertama sekuntum, kali kedua dua kuntum dan kali ketiga ini juga dua kuntum. Cukup berseri pagi ini dengan bunga yang berkembangan!! Jom layan...:





Tidak lupa juga pokok pegaga di pasu yang menjadi rumah gapi, berjurai-jurai:


Ada ketikanya pegaga terpaksa dikawal rapi agar tidak terlalu galak, jika dibiarkan mahu lemas gapi!
Pegaga berebut ruang dengan Mexican orchid.
Pun mula berjurai.
Entah bila agaknya mejaku akan dirawat agar menjadi baru semula??
Ros Jepun yang sudah lama tidak berbunga pun mempamerkan warnanya yang cukup indah!

Ros Jepun atau portulaca.
Cantik sungguh warnanya!
Melur nan sekuntum!
Mexican orchid juga tidak lupa menyeri pagi!


Burung Murai Pula Bertelur!!

Patah tumbuh hilang berganti! Kalau telur burung ngobok putih sudah hilang, pada pagi ini Pak Aji memaklumkan bahawa burung murai pula yang bertelur di pokok tanduk rusa, juga di porch rumah!! Padanlah burung murai cukup garang semalam - kata Pak Aji ada seekor biawak keluar dari semak di tanah orang sebelah. Sebaik sahaja murai nampak biawak, diserangnya dan dipatuknya biawak sampai biawak kabur (lari)! Pak Aji sudah syak yang burung murai bertelur, cuma dia tidak tahu di mana! Sekarang tahulah kami. Cuba tengok foto berikut:

Tanduk rusa di porch.
Pak Aji panjat tangga untuk mengambil foto ini!!
Jeng jeng jeng, telur dua biji!
Betapa comelnya telur ini!!


Misteri Telur Hilang!

Sebaik sahaja Mak Aji sampai ke rumah petang semalam, Pak Aji sibuk memaklumkan bahawa pada paginya dia perasan dua biji telur burung ngobok putih hilang daripada sarangnya. Kebimbangan kami menjadi kenyataan! Yang hairannya, tiada langsung kesan pada sarang atau pokok buluh Jepun - tiada pokok tumbang atau ranting patah, tiada kesan telur pecah dan sebagainya. 

Sarang kosong!!

Nampaknya tiadalah rezeki kami melihat anak burung ngobok menetas. Sejak semalam juga rupa bayang burung ngobok langsung tidak kelihatan! Entah ke manalah mereka?? 

Catatan: Tajuk entri macam tajuk cerita buku Nancy Drew atau Hardy Boyslah pula!! Nostalgia zaman kanak-kanak dahulu kala!


Tuesday 8 May 2012

Burung Sudah Mengeram!

Burung ngobok putih yang membuat sarang tempoh hari memang sudah bertelur, dua biji dan semasa Mak Aji berlegar-legar di porch, rupa-rupanya ibu burung sedang mengeram. Sebaik sahaja kami bertentang mata, ibu burung terbang meninggalkan sarangnya dan sibuk berkicau di dahan berhampiran. Kicauannya semakin kuat apabila Mak Aji mengambil peluang merakam foto berikut:

Telur burung ngobok putih!
Cantiknya telur!! Rupanya lain daripada telur puyuh ya?? Memang bukan telur puyuh pun, sebab itulah lain!! Ish!!
Ini ibu burung ngobok putih!
Marah ibu burung sambil berkicau dengan kuatnya dan dengan ekornya turun naik dengan cepat - garangnya!!
Seronok pula bila melihatkan telur burung! Pak Aji belum tahu lagi ni. Malam ini dia balik dan bolehlah dia saksikan sendiri nanti!!

Monday 7 May 2012

Burung Pekaka

Sebaik sahaja tiba ke pintu pagar rumah (balik kerja petang ini - agak lewat sedikit), Mak Aji terpandang seekor burung pekaka (kingfisher) bertenggek di wayar elektrik yang merentas kawasan laman rumah. Agaknya inilah dia burung yang selalu Pak Aji sebut, yang disyakkinya memakan ikan gapi di dalam tempayan tempat kami menyimpan air hujan (agar nyamuk tidak bertelur sebab tempayan tidak bertutup untuk menadah air hujan). 

Sebelum membuka pagar, Mak Aji sempat merakam foto burung ini, walaupun agak kurang jelas:

Inikah culprit di sebalik kehilangan ikan gapiku???
Nampak kebiru-biruan di bahagian belakangnya. 

Catatan: Hairan juga ya, ingatkan burung jenis ini suka kawasan tepi sungai (nama pun kingfisher??). Mana ada sungai berdekatan dengan kawasan rumah Mak Aji??


Taman Balkoni

Semasa blogwalking Mak Aji terjumpa beberapa foto menarik yang memaparkan taman balkoni yang ingin dikongsi (walaupun Mak Aji tiada balkoni!):

Warna dinding mencipta kontras yang cantik dengan warna bunga merah dan merah jambu!
Semacam berciri Melayu pula balkoni ini!
Trellis dibina pada dinding untuk memaksimumkan ruang agar pokok boleh  memanjat!
Sungguh cantik warna merah jambu yang memenuhi ruang balkoni ini!
Catatan: Semoga berguna untuk mencetus idea anda yang memang punya balkoni untuk dimanfaatkan!!

Sunday 6 May 2012

Bertangas

Kak Lah tukang urut Mak Aji juga ada memberi satu lagi petua yang bukan sahaja diamalkan oleh orang selepas bersalin, malah juga baik untuk wanita biasa juga (yang sudah lama tidak bersalin macam Mak Aji!).

Katanya bertangas juga baik untuk membuang toksik dari dalam badan, juga sebagai satu kaedah untuk menguruskan badan.

Kerusi bertangas yang direka khas.
Duduk bertangas
Menurutnya berikut kaedahnya:

1. Rebus daun asam jawa, daun pandan dan daun serai wangi di dalam periuk.
2. Biarkan mendidih.
3. Letakkan di lantai dan letakkan kerusi yang berlubang (di tempat duduk, macam kerusi plastik 
    di gerai).
4. Duduk di kerusi dan selubunglah diri dengan selimut atau kain tebal (kecuali kepala).
5. Duduklah sehingga air rebusan sejuk dan tidak lagi mengeluarkan wap.

Sebenarnya jika blogwalking, banyak maklumat yang diperoleh tentang manfaat bertangas. Mak Aji cuma menyampaikan/berkongsi sedikit maklumat yang diperoleh daripada Kak Lah sahaja.

Catatan: Teringinlah pula masuk sauna untuk bertangas cara mudah. Set sauna masih berlipat dan disimpan di stor sejak pindah rumah (sudah setahun lebih yang lepas). Cuma perlu diingatkan, jangan sekali-kali masuk ke sauna jika sedang mengalami migraine (Mak Aji pernah berbuat demikian - sakitnya semakin teruk hingga 'tidak jadi orang' - janganlah orang lain mengalaminya pula! 

Sumber petua: Kak Lah Tukang Urut (Sg. Buloh)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...