About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label ular. Show all posts
Showing posts with label ular. Show all posts

Sunday, 19 October 2014

Berani Walau Takut!

As-salam.

Setelah 'mengeram'/berkurung di dalam rumah selama dua tiga hari, Mak Aji beranikan juga diri keluar ke laman - mata sentiasa berjaga-jaga terhadap apa-apa yang kehitaman, panjang dan seumpama tali bentuknya, apa lagi yang bergerak-gerak! Berasa seolah-olah ada mata yang sentiasa memerhati dan menunggu untuk menerkam! 

Pagi-pagi tadi Pak Aji sudah pun menabur belerang di sekeliling rumah. Mak Aji juga sudah mengenal pasti mana satu kayu tas (yang disebut oleh Puteri Purnama berkenaan kayu itu yang ditakuti ular!) daripada koleksi tongkat Pak Aji - manalah tahu kalau terserempak lagi! (nauzubillahhi minzalik! - jangan  kayu ke mana,Mak Aji ke mana, berlari tak cukup tanah!) 

Ke dalam rimbunan daun kaduk serta pangkal pokok anggur inilah ular itu masuk bersembunyi!
Di longkang inilah ular itu meniru akar pokok keladi yang seperti ini hanya menyusur longkang untuk memoeroleh air. Ular pula merentang longkang!
Konon ingin ditiru akar keladi inilah!
Koleksi tongkat Pak Aji - banyak juga yang sudah diberikan orang. Yang ditunjukkan
anak panah itu kayu tas.
Sebagai langkah tambahan Mak Aji perlu cari buah limau (seperti yang disarankan kawan-kawan) untuk ditabur sekitar laman. Mungkin juga kawasan tepi pergola itu perlu dibersihkan sedikit agar tidak menjadi terlalu redup dan sejuk serta sesuai untuk menjadi tempat persembunyiaan!

Kalau ke laman dengan memakai but getah hitam, pasti kena gelak dengan Pak Aji, he he!



Friday, 17 October 2014

Bertentangan Mata!

As-salam.

Lutut Mak Aji masih menggeletar lagi walaupun sudah sekitar setengah jam yang lalu Mak Aji bertentangan mata dengan sang ular di tepi rumah Mak Aji! Warnanya coklat kehitaman dan panjangnya sekitar sekaki lebih. Kepalanya kecil, badannya semakin besar dan ekornya meruncing. Dua tiga hari lepas semasa Mak Aji keluar pintu ke beranda belakang, ekor mata Mak Aji perasan akan sesuatu yang bergerak di pagar. Mak Aji perhatikan dan memang ya seekor ular sedang menyusur pokok keladi yang bersandar di luar pagar (semak di tanah jiran belakang). Mak Aji menjerit memanggil Pak Aji. Mak Aji tunjukkan lokasinya dan Pak Aji baling batu ke arahnya lalu ular itu cabut lari. Mak Aji rasa ular yang baru Mak Aji lihat tadi ular yang sama seperti tempoh hari!

Sekadar hiasan
Sumber fotoid.wikipedia.org

Sambil Mak Aji memerhati benda yang ekornya di longkang dan kepalanya di birai longkang - akar pokok keladi akukah itu? Akar keladi biasanya turun ke longkang sahaja, tiada pula naik ke birai longkang! Benda itu diam memerhati Mak Aji! Dalam kepala Mak Aji (standing at a safe distance away), apa benda ni, ularkah ini?? Tiba-tiba sahaja benda itu menyusur masuk ke rumpun pokok bunga di tepi longkang, hilang lenyap.  

Aduhai, nasib baiklah sehari dua ini hujan setiap hari jadi tugas menyiram pokok tidak perlu dibuar. Takut Mak Aji hendak ke laman dengan kehadiran sang ular ini! Belerang sudah Mak Aji beli seminggu dua yang lalu, Pak Aji belum sempat menaburnya di sekeliling rumah dan laman. 

Adakah kaedah lain yang boleh digunakan agar benda-benda macam ini menjauhi kita(selain belerang)?? Mohon kongsikan agar boleh Mak Aji buat sebagai langkah pencegahan. Kalau tidak tidak keluar rumahlah Mak Aji dek takut!!





Thursday, 28 November 2013

Too Close for Comfort

As-salam.

Petang semalam ketika Mak Aji keluar dari bilik Madihah yang bersebelahan ruang keluarga selepas menidurkan Aleesya, Mak Aji ternampak seekor anak ular hitam menjalar ke bawah sofa. Mak Aji terus melompat ke atas kerusi di hadapan TV dan menelefon Pak Aji untuk memberitahunya. Dia keluar ke Taman Tun Dr. Ismail dan sementara dia balik disuruhnya Hamzah (yang biasa datang membantu kerja-kerja di laman) untuk memburu ular itu.

Beginilah rupa anak ular senduk itu, hitam pekat!

Sumber foto: tripwow.tripadvisor.com
Hamzah dan isterinya, bersenjatakan dua batang kayu serta lampu suluh menyelongkar semua ruang dan bilik. Setelah dua pusingan dibuat, ular masih tidak ditemui. Mak Aji enggan masuk ke dalam rumah dan tetap duduk di atas buai di porch dengan meriba Aleesya.

Pada pusingan kali ketiga barulah Hamzah keluar dengan seekor anak ular hitam di hujung kayunya. Ular ditemui di sebalik pintu bilik tidur Mak Aji! "Anak ular senduk," katanya! Setelah selesai bangkai ular ditanam Pak Aji baru sampai balik. 

Pak Aji ada berkata bahawa pokok bunga Mak Aji di tepi rumah menjadi laluan masuk ke rumah. Begitu juga dengan pokok kacang botor yang hanya sekaki dua dari tingkap ruang makan di sebelah dapur. Nampak gayanya adalah nanti pokok bunga yang akan terpaksa dipindahkan dan kemungkinan besar pokok kacang botor akan di'bunuh' juga!

Buatlah apa yang patut agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi!! Takut wei!

Pak Aji kata ular menjadikan ini laluannya, sebab merimbun dan sejuk!
Kacang botor pun terlalu dekat dengan rumah! Pun ada longgokan daun kering serta barang-barang lain yang belum dikemas betul-betul. 


Friday, 11 October 2013

Kejutan di Pagi Hari

As-salam.

Dalam entri yang lepas Mak Aji bercerita tentang pokok tanduk rusa dan Mar dari blog Suka-suka  ada menyebut yang cik ular suka bertenggek di 'mangkuk' pokok itu. Baru semalam terasa seriau akan haiwan merayap ini, sebentar tadi dia muncul!! 

Semasa Mak Aji ingin menyiram pokok-pokok kaktus di sudut kaktus, Mak Aji perasan ada benda bergerak-gerak di tembok sebelah pokok kaktus. Apabila diteliti kelihatan kepala cik ular bergerak-gerak dan badannya bertenggek di tembok itu! Mak Aji menjerit memanggil Boy (yang kebetulan sudah bercuti raya dan ada di rumah). Mak Aji seal off pintu ke beranda dengan kain alas kaki agar benda itu tidak masuk ke rumah pula! Setelah memberi apa-apa arahan yang patut, Mak Aji duduk sahaja di dalam rumah dan menjenguk sekali-sekali sementara Boy 'bertarung' dengan cik ular di beranda! 

Setelah beberapa minit, Boy masuk dan katanya, "Dah, dah takde, tadi benda tu nak datang kat Boy, Boy ketuklah dan baling ke luar pagar, landing atas bumbung rumah orang belakang (tanah orang sebelah belakang rendah), pastu tengok dah takde!" (dalam pada tu habis berterabur pasu-pasu bungaku!)

Lega rasanya tetapi lutut Mak Aji belum hilang gigilnya! Inilah rupa cik ular tu (tak sempat capai kamera kali ni, takut weh!):

Semacam inilah ularnya, cuma warnanya sedikit coklat
menggantikan yang putih itu.
Sumber foto:  http://id.wikipedia.org/wiki/Ular_pucuk

Dalam pada menggigil-gigil lutut pokok kaktus masih juga disiram (gagahkan juga) dan selepas itu terus masuk ke rumah. Nasib baiklah malam tadi hujan, boleh rehat menyiram pokok pada hari ini! Biar sempat hilang gigil ini!



Sunday, 24 February 2013

Ular di Laman, Cabut!!!

As-salam.

Pagi-pagi ini sambil Pak Aji sibuk dengan projek arbor, Mak Aji, dengan kamera di tangan, sibuk merakam foto. Semasa cuba untuk masuk lebih dekat untuk merakam foto bunga raya nan sekuntum yang berada di celah-celah pokok lain, Mak Aji terkejut badak apabila terlihat seekor ular dengan kepala hijau kuningnya terjojol di atas dahan pokok pagar!! Apa lagi, lari 100 meterlah!  Begini rupa ularnya:

        
Begini rupanya!

Apabila Mak Aji menjerit, "ular!" Pak Aji pula sibuk menanya "ular apa?" Mak Aji bukan kisah ular apa, kalau sudah namanya ular, seram!! Terbantut projek pagi ini dan Mak Aji terus masuk ke dalam sahaja -potong stim betul!



                                
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...