As-salam.
Pokok pisang lemak manis juga tidak lupa memberi khidmat dengan menghasilkan buah untuk tuannya walau hanya setandan. Dek kerana jarang memerhatikannya, burung sudah buat kenduri pisang lemak manis!:
![]() |
| Pisang selepas burung bikin kenduri! |
Sebenarnya bukan sahaja burung yang buat kenduri, malah jika ada pisang masak di atas meja makan, sang tupai juga menjenguk-jenguk di tingkap, mencari peluang untuk masuk mendapatkan bahagian mereka! Jadi, jika ada pisang masak, perlu diletak di bawah saji atau di rapatkan tingkap agar tupai tidak masuk!






