About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday 30 July 2012

Bunga Kacang

As salam. Semasa Mak Aji keluar untuk memberi makan ayam, Mak Aji perasan benda memutih di tanah/rumput. Apabila meninjau lebih dekat rupa-rupanya pokok kacang, sejenis tumbuhan melata, yang jenis tutup bumi (50 sen satu polibeg kecil di nurseri) berbunga putih. Saksikan:

Bunga kacang
Kelompok bunga kacang.
Dari jauh kelihatan bunga kacang memutih.

Mak Aji sebenarnya tidak tahu yang pokok kacang ini berbunga. Tumbuhan ini cukup lasak kerana semasa hampir semua pokok lain hampir tewas dalam keadaan cuaca panas terik, pokok kacang bertahan!

Selain pokok kacang, pokok dedaun juga mula mengeluarkan bunga, walaupun tidak secantik mana:

Bunga berbentuk silinder panjang.
Dari dekat.

Pokok cili api pun galak berbuah sampai tidak terpetik, apalagi termakan! Alamat menjadi makanan burung sahajalah nampaknya. Lagipun puasa-puasa ini bukannya boleh layan sangat makan cili api, perut tidak tahan menahan pedas kerana seharian berpuasa. 




Friday 20 July 2012

Rutin Pagi

Sebelum minum pagi lagi Mak Aji keluar ke laman. Pokok tidak perlu disiram sebab hujan sudah cukup membasahinya semalam dan malam tadi. Mak Aji sedang memikir-mikir bagaimana cara untuk meletak bunga orkid - perlu dibuat tempat khusus? Kut ya pun baru dua pokok, tetapi itu perlu difikir juga, kan! Berikut foto yang dirakam pagi ini:

Keluar bintik-bintik kuning, benihnyalah agaknya? 
Kaktus berbunga lagi sekuntum (pokok susu kambing di sebelah kanan).
Dari dekat.
Orkid kembang sepenuhnya kecuali sekuntum.
Masya-Allah cantiknya, kan!!
Pokok jarum tujuh bilah di umbi pokok akar dani.
Pokok Nasir yang dipindahkan balik ke pasu sebab 'degil', tak mendengar kata (itu kata Pak Aji!).
Sebenarnya agar lebih mudah dikawal.
Tong air plastik (yang seramik mahal sangat) di balkoni belakang untuk menadah air hujan
(untuk siram pokok di belakang).





Tuesday 17 July 2012

Layan Diri ke Nurseri

Pagi ini bertemankan Madihah Mak Aji ke nurseri Sungai Buloh untuk mencari pokok. Sudah lama hendak dibeli pokok pudina sebab yang ada tinggal sedikit (hampir pupus), hendak tambah pokok duranta di balkoni belakang, hendak tinjau pokok orkid (sahut cabaran Nasir - mantan rakan ofis nun di Utara - untuk tanam orkid, tanam ros belum berani sebab takut kurang komited!).

Jam 1.30 petang kami pulang (selepas pekena cendol di situ juga) dengan beberapa biji pasu (yang besar dan juga yang plastik gantung berserta talinya, beberapa beg tanah siap berbaja dan baja pokok), sepuluh pokok duranta, serta dua pasu orkid yang siap berbunga. Mak Aji berkenankan pokok kiambang dan juga pokok lotus tetapi harganya bolehlah tahan juga - lain kalilah. Kalau diikutkan hati, mahu beberapa ketul lagi dihabiskan fulusnya. 

Berikut foto pokok yang dibeli:

Jenis vanda berbunga kuning. Ada setangkai lagi belum kembang.
Setangkai yang hampir kembang sepenuhnya.
Dari dekat, cantikkk!!
Golden shower jenis kelopak besar. Baru kembang dua kuntum.
Golden shower dari dekat.
Dalam entri tentang petua beli pokok, Mak Aji ada menyebut agar kalau beli pokok jangan beli yang berbunga. Masa beli pokok ingat perkara itu, tetapi semua orkid yang dijual berbunga, jadi terpaksalah beli juga yang berbunga. Kalau tidak berbunga, macam mana kita hendak tahu apabila berbunganya macam mana ya??

Golden shower ini rupanya ada tiga peringkat saiznya. Yang ini bersaiz sederhana besar. Rupanya ada lagi yang saiznya lebih besar!

Seterusnya Mak Aji beli pokok kari untuk menggantikan yang sudah tinggal arwah. Hendak dibeli pokok pudina, yang ada yang organik sahaja, RM9.90 harganya. Yang pernah Mak Aji beli hanya sekitar separuh harga di pasar malam. Apapun memang pudina organik pun sebab kita tidak letak racun, cuma baja sahaja.

Pokok kari.
Duranta (daun dua tona warna).
Tambah stok pasu.

Selain beli pokok, Mak Aji sempat merakam foto pokok jenis keladi yang Mak Aji rakam gambarnya dalam entri yang lepas. Bunganya ada sedikit perbezaannya. Kata penjualnya, bijinya boleh dibuat benih! Layan:


Bunga yang ada di rumah ada sedikit berbeza dengan yang di bawah.

Agaknya jenisnya berbeza sebab yang di nurseri daunnya kerkeluk-keluk atau berombak-ombak tepinya manakala Mak Aji punya lurus sahaja. Tak apa, lain kali kita cari yang seperti ini pula ya!


Biji merahnya makin besar.
Lihat biji merahnya yang dikatakan boleh dibuat benih.


Monday 16 July 2012

Pagi yang Damai

Pada pagi yang damai, Mak Aji meninjau laman dan membelek-belek pokok bunga. Mari kita kongsi beberapa foto berikut:

Anak ayam sudah menetas. Daripada 9 biji telur yang dieram cuma 3 sahaja yang berhasil.
Mengais di pagi hari.
Bilalah hendak berbuah engkau anggur???
Bunga gincu merah menyala.
Pokok jenis keladi berbunga sulung.
Perhatikan embun di batangnya.
Dari dekat.
Embun macam butiran berlian.
Orkid Nasir (sebut nama tuannya dahulu) sebab tidak tahu jenisnya.
Orkid dari dekat.



Tuesday 10 July 2012

Ole-ole dari Kampung

Betik banyak di pokok, maka Pak Aji teringat akan som tham, sejenis salad betik muda yang kami sekeluarga minat.  Semasa di pasar Takbai, Thailand, Mak Aji beli udang kering, kacang tanah siap sangai, dan sejenis gula (khusus untuk som tham dan yang sewaktu dengannya). Bila Mak Aji hendak beli lesung kayunya, Pak Aji kata biarlah master dulu buat som tham baru dibeli lesungnya! - kalau tak jadi, tak tahu ya, sebab lesungnya tiada ya!!! 

Nantilah ya, Mak Aji buat som tham daripada betik segar dari ladang!

Som tham - kecur air liur melihatnya!!




Ole-ole dari KL

Orang kampung bawa ole-ole dari kampung (seperti buah-buahan) ke KL, Mak Aji bawa ole-ole buah juga dari KL (pun bukannya dari bandar, dari kampung juga - Sungai Buloh). Ini yang dibawa balik ke rumah kakak di Pasir Tumboh, Kota Bharu:

Betik masak ranum dari belakang rumah!


Wednesday 4 July 2012

Pergola Siap

Akhirnya setelah lama menunggu pergola siap. Sekarang selesalah sedikit pokok-pokok, ada tempat berteduh daripada terik matahari dan ada tempat memanjat untuk pokok akar dani dan juga anggur (harap di sini akan berbuahlah, insya-Allah!).

Berikut foto sekitar pergola dan laman pada pagi yang permai ini:




Tambah kapsyen



Pokok mangga sedang berbuah lebat.
Ini antara pokok mangga yang sedang berbuah.



Tuesday 3 July 2012

Laman Sisi Rumah

Mak Aji mahu kongsi beberapa idea untuk laman anda yang biasanya menjadi laluan untuk ke bahagian belakang rumah. Untuk melihatnya sila lihat di sisi kanan blog!

Lihat di bahagian atas kanan blog!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...