About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday 31 October 2012

Kehijauan Mengasyikkan

As-salam.

Semasa balik kampung pada hari raya ketiga, sempat Mak Aji merakam foto kehijauan alam sepanjang beberapa jam perjalanan dari KL ke KB. Saksikan:

Orang lain berjujuk-jujuk balik ke KL, kami pula baru bertolak balik kampung! Jalan menghala ke kampung agak lengang manakala jalan menghala ke KL, masya-Allah!




Selesa Hillhomes - dari jauh pun memang nampak selesa!!

Begitu indah sekali pemandangan pada pagi hari dan kelihatan juga kabus di kejauhan, cukup menenangkan!



Kembang Putih Menawan

As-salam.

Balik sahaja dari kampung Mak Aji terus memeriksa pokok-pokok di laman, kalau-kalau ada yang tewas kerana beberapa hari ditinggalkan. Alhamdulillah sihat semuanya berkat hujan yang sentiasa membasahi bumi. Terpandang pula pokok gantung yang mengeluarkan bunga putih ini:

Cantik sekali kontras warna ungu dan bunga putihnya!
Another take.

Bunga Nasir juga akan kembang sehari dua ini, jadi nantikan fotonya ya.




Wednesday 24 October 2012

Bunga Cameron Highlands

As-salam.

Semasa di Cameron Highlands, cuaca asyik hujan sahaja, maka tiadalah sangat peluang untuk merakam foto bunga yang dihajatkan pada awal-awal sampai ke sana. Sekadar ada sahaja. Jom layan:








Foto-foto di atas diambil di luar kawasan Pejabat MARDI di Tanah Rata. Ada taman agro di bahagian dalamnya tetapi malangnya ditutup pada hari Isnin, maka tiadalah kami berpeluang masuk.

Berikut pula foto bunga dan kebun teh di Cameron Valley Tea House:




Kebun teh saujana mata memandang!

Hajat hati ingin ke Rose Garden, tempat kaktus dan lain-lain lagi tetapi cuaca tidak mengizinkan, jadi kami bertolak balik sahaja ke KL. Sekadar itu sahaja foto yang tidak seberapa.



Bunga di Laman Lagi

As-salam.

Seminggu lepas kami tiada di rumah dan dengan musim hujan, maka pokok-pokok subur, begitu juga rumput- rampai! Sudah hampir semak jadinya. Olek kerana tiada siapa yang ada untuk membantu memotong rumput, maka Pak Aji sendirilah terpaksa memesin rumput pagi-pagi ini. Mak Aji pula membuang rumpat-rampai di laman.  

Pokok pagar sudah lama tidak dijenguk sampaikan tidak perasan yang mereka sedang galak berbunga, dan pokok kaktus serta pokok Nasir berbunga semasa kami tiada - itu namanya tiada rezeki! Jom kita layan foto yang dirakam pagi ini:






Kudup pokok jarum tujuh bilah.


Cuba teka bunga kenit pokok apa ni!! Ni bunga daun kesum
- baru pertama kali tengok!
Bunga kaktus tiga serangkai kembangnya yang tidak sempat dinikmati!
Pokok Nasir sudah habis kembangnya!
Last but not least, cantik juga bunga pokok pagar ini ya!


Tuesday 23 October 2012

Bunga Liar yang Cantik

As-salam.

Semasa kami berkunjung ke rumah kawan Pak Aji di Tanah Merah minggu lepas, Mak Aji sempat merakam foto bunga di luar pagar rumahnya - bunga liar yang tidak kurang cantiknya. Saksikan:

Bunga mimosa.
Cantik mimosa, siap dengan kudupnya yang belum kembang.
Cantik, bukan!
Ada sedikit keserupaan dengan bunga hempedu bumi.
Kelopaknya cukup nipis, selembut tisu,

Semacam daisy juga yang tumbuh liar. 



Buah dan Bunga Apa Ini?

As-salam.

Minggu lepas kami ke rumah kawan Pak Aji di Kemensah Heights. Sebelum masuk ke rumah sempat Mak Aji meninjau pokok jiran di hadapan rumahnya. Terdapat pokok yang setinggi sekitar 7 kaki yang berbuah seperti buah epal ini cuma saiznya yang kecil:

Semacam epal. Cuma permukaannya ada sedikit lekuk-lekuk kecil.
Buahnya lagi.
Apabila masuk ke laman pula, kami disambut kawasan yang sejuk menghijau, siap dengan water-feature (cuma tidak diambil gambar kerana kesuntukan masa) seperti berikut:





Bunga ini pokoknya menjalar naik ke atas pokok dan bunganya
berjuntaian. Entah apalah nama bunganya.

Kata isteri tuan rumah, pokok yang bunganya berjuntai ini dibawanya balik dari Bali dan ditanam di laman dan dibiarkan memanjat pokok besar di hadapan rumah. 

Pitis-pitis ini pula dibiarkan memanjat pokok besar itu juga. 

Kehadiran pokok yang besar serta pokok hiasan lain serta kolam ikan memang menyejukkan dan mendamaikan suasana! Seronok kalau dapat berlama di situ.



Pokok Kacang Botor Berdaun Panjang

As-salam.

Semasa Mak Aji berada di Kemaman tempoh hari, sempat pula kami meninjau laman rumah kawan Pak Aji yang luas. Di sudut belakang kelihatan para dan terdapat pokok memanjat. Dari dekat barulah kami perasan, rupa-rupanya pokok kacang botor. Agak pelik juga kami sebab daunnya panjang-panjang macam daun kangkung! Lihatlah: 

Kacang botornya sama sahaja tetapi daunnya macam daun kangkung!

Agaknya sepupu sepapat kacang botor biasalah tu. Kami ambil buahnya yang tua untuk dibawa balik dan dibuat benih.

Bunga keladi yang juga terdapat di laman rumah.
Bunga daripada pokok keladi berdaun hijau merah.
Ini pula pokok hiasan yang terdapat di warung yang menjual satar di tepi jalan.
Pokok ini biasa dijual oleh orang asli di tepi jalan di kawasan pedalaman.




Sunday 14 October 2012

Bunga dan Pokok di Laman

As-salam.

Seminggu lepas Mak Aji berkurung dalam rumah kerana kurang sihat. Pak Aji sahajalah yang bertugas menyiram pokok, cuma tidaklah sekerap mana sebab mendapat siraman semula jadi - hampir setiap hari hujan. Semalam Mak Aji berasa lebih sihat dan pagi ini sempat meninjau laman. Pokok-pokok agak segar dek hujan dan selepas dibaja tempoh hari. 

Bunga kertas galak berbunga.
Bunga rumpai yang comel sekali.
Kemboja Jepun tidak mahu kalah - tidak pernah berbunga sebanyak ini.
Tidak pernah tahu yang pokok daunan berjuntai ini berbunga juga.
Bunganya putih dan halus-halus.
Daunan puding keriting (saja boh nama tu) menghijau.
Pokok Nasir nak berbunga untuk pertama kali sejak dipindahkan ke pasu!
Daun kadok dan pokok ginseng di tengahnya - entah kat mana nak ditanam ya??

Pagi tadi tidak banyak usaha berkebun dapat dibuat sebab cuaca pagi agak panas, perlu cepat-cepat masuk takut migraine. Hai, macam puteri lilinlah pulak...... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...