As-salam.
Along beberapa kali mengajak Mak Aji ke nurseri Pak Ali di Skudai setiap kali Mak Aji berkunjung ke Skudai. Setiap kali ke sana Mak Aji tidak berkesempatan berbuat demikian. Alhamdulillah pada kali ini, Mak Aji sempat berbuat demikian.
Pak Ali sebenarnya mantan renjer hutan yang pernah bertugas di FRIM, Kepong. Pengalaman bertugas dahulu dimanfaatkan dengan baik di nurseri beliau sekarang.
Berikut beberapa foto yang sempat dirakam semasa berkunjung ke nurseri Pak Ali:
Pak Ali dan isteri. |
Iteri Pak Ali sibuk melayan kami dengan memberi penjelasan tentang jenis herba dan juga pelbagai khasiatnya. |
Pokok pecah kaca/pecah beling. |
Maklumat yang terpapar di nurseri. |
Pokok vanila. |
Salam mak aji, nak tuh banyak tak beli herba buat balik tanam..hehe
ReplyDeleteSalam Ummuaidan. Mak Aji ada beli beberapa pokok - vanila, pecah beling, tongkat Ali, senduduk putih, sambung nyawa, ganda rusa, pokok salam/serai kayu dan juga mahkota dewa. Kalau silaplah harga di sini lebih murah berbanding di nurseri Sungai Buloh! Insya-Allah nak tanam balik nanti! Jangan yang sedia ada kekeringan dek krn kena tinggal beberapa hari sudah!! Nanti Mak Aji kongsikan gambarnya ya!
ReplyDeleteAs Salam... Mak aji ada jual anak pokok delima merah?
ReplyDeleteSalam Delima,
ReplyDeleteMak Aji tak berjual pokok, cuma bertanam untuk suka-suka saja. Mak Aji takde pokok delima merah.
macam best jer pak Ali nursery tu..akak ade maklumat GPS dier...nak singgah beli vanilla lah kak
ReplyDeleteSalam Hazayri,
ReplyDeleteMemang best nurseri ni, kalau sekejap x puas, apalagi dengan Pak Ali dan isteri sibuk bercerita tentang khasiat pokok2nya. Mak Aji xde pulak maklumat GPS-nya, macam mana nak dapatkannya ya?? Nanti Mak Aji minta bantuan Along, mungkin dia boleh bantu. Mak Aji pun ada beli vanila, skrg dok sibuk panjat pergola, cuma xlah berapa subur sangat.