About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 24 October 2012

Bunga Cameron Highlands

As-salam.

Semasa di Cameron Highlands, cuaca asyik hujan sahaja, maka tiadalah sangat peluang untuk merakam foto bunga yang dihajatkan pada awal-awal sampai ke sana. Sekadar ada sahaja. Jom layan:








Foto-foto di atas diambil di luar kawasan Pejabat MARDI di Tanah Rata. Ada taman agro di bahagian dalamnya tetapi malangnya ditutup pada hari Isnin, maka tiadalah kami berpeluang masuk.

Berikut pula foto bunga dan kebun teh di Cameron Valley Tea House:




Kebun teh saujana mata memandang!

Hajat hati ingin ke Rose Garden, tempat kaktus dan lain-lain lagi tetapi cuaca tidak mengizinkan, jadi kami bertolak balik sahaja ke KL. Sekadar itu sahaja foto yang tidak seberapa.



4 comments:

  1. cantek..cantek.. mak aji..
    aahh rindunya nak ke cameron..tgk tea plantation tuh..mmg tpt yg tak pernah miss bila pegi sana

    ReplyDelete
  2. salam. cuma sayangnya byk bukit dah kena tarah, banyak yg togel dah, cuaca pun dah x sesejuk dulu. masa Mak Aji pergi musim hujan, jadi sejuk jugalah. yang sedap tu pekena teh di tengah-tengah plantation teh, rasa sedap semacam aja. skrg ramai rakyat Kelate pergi Cameron sebab ada highway baru dr Gua Musang, dlm sejam setengah sahaja dah sampai!

    ReplyDelete
  3. Berwarna-warni. Bunga ketiga gambar terakhir bunga idamanku. Masih dalam wish list.

    ReplyDelete
  4. Bunga-bunganya memang cantik, antara mahu hidup dengan subur atau tidak di tanah rendah sahaja. Di sama memang subur sebab cuacanya, di rumah kita belumlah tentu sesubur itu. Harap dapat juga nanti yang dalam wishlist tu!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...