About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday 28 February 2012

Khasiat Hempedu Bumi

Hempedu bumi

Hempedu bumi merupakan sejenis herba pelbagai khasiat. Herba ini juga dikenali sebagai akar cerita, sambilata, nivalembu, king of bitter atau maha tita. Nama saintifiknya pula Andrographis Paniculata

Berikut antara khasiat Hempedu bumi:

a. Daunnya  boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi dan merawat kencing manis. (Caranya: 
rebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum).

b. Daunnya boleh merawat luka. (Caranya: tumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut).

c. Merawat demam. (Caranya: ambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam).

d. Pokok ini dikatakan mempunyai ciri meningkatkan pertahanan badan melawan penyakit serta mempunyai ciri melawan virus. Dikatakan juga boleh melawan beberapa strain virus HIV.

e. Bahan aktif pada herba ini, andrografolid melindungi hati, pankreas dan sistem pencernaan.

f. Kajian makmal dan klinikal membuktikan bahawa ia berkesan untuk kes kerosakan hati kerana bahan toksik, fungsi hati yang kurang baik dan hepatitis.

g. Andrografis juga terbukti boleh mengelak pengumpulan kolesterol teroksida pada salur darah pada tahap yang lebih berkesan berbanding minyak ikan omega 3.

h. Hempedu bumi memang sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai kolesterol tinggi.  

i. Andrografolid juga melindungi sel yang mengeluarkan insulin pada pankreas dan memperbaik metabolisma glukos serta retinopati diabetis.

j. Di China herba ini digunakan untuk mengubat sakit tekak dan selsema.

k. Hempedu Bumi mempunyai kuasa mencegah selsema.

l. Andrografis boleh melindungi daripada gastrik dan ulser duodenum.

Memang banyak sebenarnya khasiat herba ini. Mak Aji sendiri biasa menggunakannya untuk merawat diri apabila tekanan darah naik. Cara yang pernah digunakan: Ambil beberapa helai daun, masukkan ke dalam kole, dan tuangkan air panas ke dalam kole, tutup dan tunggu sehingga boleh diminum. Agak pahit tetapi terbukti berkesan untuk menurunkan tekanan darah. 


Catatan: Oh ya, kalau anda orang yang macam Mak Aji, nyamuk memang suka gigit, amalkan minum air hempedu bumi, nyamuk cuma akan 'usap-usap' sahaja, tidak akan digigitnya - ceh, baunya pun pahit!! Ha, ha, ha!


48 comments:

  1. salam Mak Aji..pagi-pagi jalan-jalan kat kebun Mak Aji ni...akan saya simpan info..tq kerana berkongsi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar. Sama2. Alhamdulillah, semoga bermanfaat kpd Mar dan org lain juga.

      Delete
  2. jalan2 kat kebun mak aji pagi nie... terjumpe pokok nie... seram sejuk saya nak telan.. PAHIT yang AMAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hazayri (maaf, baru perasan salah eja dlm respons2 sebelum ni),

      Memang pahit daunnya. Kalau jilat jari selepas gentel daunnya dan dibasuh tangan itu, pun masih pahit lagi! Kalau nak tahu Mak Aji biasa lihat kucing dan juga ayam dok makan daun ni! Mrk pun tau cari ubat! Biasalah tu, kalau x pahit bukan ubat namanya (kecualilah sirap Panadol tu). Dr. Has pun ada rekomen utk demam dan dia biasa amalkan. Mak Aji pernah minum air daunnya untuk turunkan tekanan darah x lama dulu.

      Delete
    2. Fuhh mmg phit sesangat.....pahit pon phit la janji badan sihat

      Delete
    3. Salam Khairul,

      Betul tu! Pahit memang pahit, anggap semacam vitamin ajelah! Alah bisa tegal biasa!

      Delete
  3. mana nk beli erk... tlg bg info emel saya azrieylah151003@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam roro,

      Mak Aji dah beri maklumat yang diperlukan dalam e-mel ya!

      Delete
    2. Asalam mana nk dpt daun ni ye mak aji? Sitinur908@gmail.com.or whtsaap tros kt sye 01121290228

      Delete
  4. saya selamani pandang remeh tumbuhan yang ayah saya tanam.... bila dh bca entry smua ni timbul minat mendalam.. rupanya apa yang ayah saya tanam bnyak kepentingannya.... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Deq Amoy,

      Alhamdulillah baguslah kalau begitu. Untuk pengetahuan, pokok hempedu bumi yang Mak Aji tanam ni ada ketikanya kucing dan juga ayam makan pucuknya! - mereka pun tahu khasiatnya sebagai ubat!!
      ReplyDelete

      Delete
  5. Nak tanye la... Ibu yg mnyusukn ank bole minum ke? Ibu hamil yg ada darah tinggi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ecah,

      Mak Aji kurang pastilah pula boleh atau tidak. Tak beranilah Mak Aji beri nasihat, takut memudaratkan pula.

      Delete
  6. Salam Mak Aji,
    Boleh saya tahu kat mana nak beli pokok hempedu bumi ni ye?
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Khair,

      Mak Aji dulu dapatkan benihnya dari kampung. Mak Aji ada banyak anak pokok ni dan Mak Aji boleh kongsikan kalau mahu.

      Delete
  7. Mak aji, tolong saya nak dptkan benih pokok ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norlia,

      Mak Aji ada banyak anak pokok ni di laman. Kalau sudi datang ke rumah, Mak Aji boleh kongsikan. Mak Aji susah sikit kalau kena pos sebab Mak Aji jaga cucu, susah nak keluar ke pejabat pos.

      Delete
  8. Assalam..mmg terbaekk la hempedu bumi ni..nama pun hempedu kn.. mmg la pahit..tp bkn sbrg pahit.. he3.. sy baru kna drh tinggi..stress kot.. kerje cikgu mnimbun2 skrg.. kna pulak sklh murid ramai. ptg saje 1.5k...ayoyo.. suami ada tnm pokok ni.. tp baru mkn n amalkn dlm 2bln lbh.. sblm ni wat xkisaj je hi2.. biasa tknn darah - sblm kna 140/90.. bila detect drh tinggi..prnh smpai 195/110..wow..tokojut den.. pas dah amal.. baru cek td.. xsangka 123/ 83.. wahh.. cantekk no..he3.. mmg mujarab.. pas baca entry mak aji ni..lg taajub sy pd pokok ni.. rupenya kucing n ayam dah lama amal huhu.. insya allah sy akn terus amlkn mkn pokok ni.. suami suh tln je daunnya.. xsanggup nk kunyah cz pahit yg amat...sy potong kcik2 n tln ngn air.. alhamdulillah.. dgn izin allah.. allah bntu turunkn tknn drh tinggo.. mmg terbukti.. wslm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Cik puan wawa,

      Aduhai 195/110 tu memanglah tinggi amat! Alhamdulillah, memang benar yang Allah janji setiap sakit ada penawarnya kecuali mati! Perkongsiaan yang bagus sekali, semoga kita semua beroleh manfaat!

      Delete
  9. Alhamdulillah..ada seorang sahabat ni,umur bru je 29 thn,da ada dah ada drh tggi.genetik pula tu.petua ni sy dpt dr ibu sy so sy syorkan amalkan hempedu bumi ni,skrg tknan drh da turun.cantikkk..syukur kpd Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Vieca,

      Alhamdulillah sahabat Vieca sudah terkawal tekanan darahnya dengan memanfaatkan herba ini!

      Delete
  10. Slam.sy ada jual produk andro plus..pati herba bumi dalam kapsul.xplu menahan rasa pahit lg.semudah abc..telan saja..bkesan turun kan darah tingi n panas badan.sebotol ada 160 biji kapsul.hrga baru rm165.amat amat berkesan

    ReplyDelete
  11. Nombor saya 0174687570..zuhairi..jgn lupa call sy..trima kasih pd yg sudah mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zuhairi,

      Saya yakin akan ada yang berminat ni, terutama yang tak tahan kalau makan daunnya begitu sahaja!

      Delete
  12. Wslm puann..trima sih ats skongan

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum Admin, saya nak tau kalau admin ada maklumat di mana boleh dapatkan daun hempedu bumi ni . saya prefer daunnya atau yg tela di jadikan uncang teh . nur.zailan@cgg.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. WaalaikumussalamZailan Nur,

      Mak Aji ada pokoknya kalau mahu ditanam pokoknya. Nanti boleh dibuat teh sendiri.

      Delete
    2. assalamualaikum mak aji,sy banyak baca pasal blog mak aji...sy teruja sngt sebab mak aji ade pelbagai pokok herba.sy mmg peminat ulam2 kampung tapi skarang nak cari mmg susah nak jumpe.sekiranya saya nk membeli ank pokok herba, mak aji sudi menjual tak :)

      Delete
  14. kalau siapa2 yang kerap buangairbesar ,cerek berek cukup bagus makan daunnya.ayahsaya tak ambil ubat hospital.memadai dengan daun hempedu

    bumi.kunyah dan telang,tapi rasanya pahit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nik Kamisdah,

      Terima kasih atas perkongsiaan info tersebut!

      Delete
  15. KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT

    Swietenia Atau pun dipanggil buah tunjuk langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).

    3 BAHAN AKTIF PENTING

    FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

    SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

    BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

    Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

    Mengurangkan tahap gula dalam darah
    Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
    Memperbaiki kelancaran peredaran darah
    Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
    Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
    Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

    Fungsi-Fungsi Utama Saponins
    Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
    Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
    Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
    Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
    Melancarkan sistem saluran pernafasan
    Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
    Memperbaiki sistem peredaran darah
    Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
    Mengelakkan kemabukan dan keracunan
    Mententeramkan fikiran dan otak

    ReplyDelete
  16. Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)

    Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali...mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan...rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

    Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

    Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...
    Keluaran sy adalah asli..nama syarikat sy JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  17. Salam Mak Aji, nak tanya. kalau umur 20 an tiada sakit darah tinggi, nak minum air hempedu bumi untuk halang nyamuk gigit (darah manis). minum nya kena hari2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam usna,

      Mak Aji cuma melawak sahaja tentang minum air hempedu bumi untuk mengelak digigit nyamuk tu! Maaf ya, ingatkan Usna faham lawak itu.

      Delete
  18. Salam Mak Aji, boleh tak saya tahu kat mana nak dapatkan pucuk hempedu bumi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dancingfingers,

      Kat rumah Mak Aji banyak pokok ni, cuma nak kena datang ambillah sendiri. Boleh contact Mak Aji di shimah60@gmail.com untuk dapatkan maklumat lanjut.

      Delete
  19. Salam. Mak aji, boleh x sy nk dptkn daun ni? Sy amat memerlukannya. Sy ada hntr emel kt mak aji

    ReplyDelete
  20. Salam mak aji,,,sy bru brumur 25 thn,dan sy pgidap kncing manis,,,kdg2 bacaan sy sampai 20 ke ats,sy lau blh nk hlg kn trus diabtis ni...blh ke daun hmpdu bumi no ilg kn pyakit diabtis....?....

    ReplyDelete
  21. Salam mak aji,,,sy bru brumur 25 thn,dan sy pgidap kncing manis,,,kdg2 bacaan sy sampai 20 ke ats,sy lau blh nk hlg kn trus diabtis ni...blh ke daun hmpdu bumi no ilg kn pyakit diabtis....?....

    ReplyDelete
  22. Salam mak aji,,,sy bru brumur 25 thn,dan sy pgidap kncing manis,,,kdg2 bacaan sy sampai 20 ke ats,sy lau blh nk hlg kn trus diabtis ni...blh ke daun hmpdu bumi no ilg kn pyakit diabtis....?....

    ReplyDelete
  23. Salam Mak Aji, agaknya untuk pesakit kencing manis, berapa kali sehari kena minum air rebusan hempedu bumi dan berapa sukatan nya. ...

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum mak aji,sy banyak baca pasal blog mak aji...sy teruja sngt sebab mak aji ade pelbagai pokok herba.sy mmg peminat ulam2 kampung tapi skarang nak cari mmg susah nak jumpe.sekiranya saya nk membeli ank pokok herba, mak aji sudi menjual tak :)

    ReplyDelete
  25. Salam,saya pernah lihat herba ini di tepi longkang waktu menziarah makam Mahsuri .Pokok ini mudah hidup ke seperti herba lain.Saya dah banyak kali cuba tanam tapi dimakan serangga akhirnya mati.Berapa usia herba sesuai untuk rebus akarnya,terima kasih

    ReplyDelete
  26. Salam,saya pernah lihat herba ini di tepi longkang waktu menziarah makam Mahsuri .Pokok ini mudah hidup ke seperti herba lain.Saya dah banyak kali cuba tanam tapi dimakan serangga akhirnya mati.Berapa usia herba sesuai untuk rebus akarnya,terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...