About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label laman rumah. Show all posts
Showing posts with label laman rumah. Show all posts

Friday, 10 April 2015

Lamanku Edisi Jumaat

As-salam.

Alhamdulillah kita ditemukan lagi pada hari Jumaat penghulu segala hari!

Hari ini Mak Aji menunggu kunjungan seorang pelajar yang mahukan akar hempedu bumi untuk kajiannya. Terlewat katanya. Tidak apa-apa, pada hari ini Mak Aji tiada apa program selain harus mencari bahan untuk masak kek/buah tangan untuk majlis hari jadi cucu Mak Aji, Mikhail Zahrin yang pertama esok! Sekejap sahaja sudah setahun cucuku! Mak Aji selit foto dia ya:

Mikhail dengan abahnya, Zhafran (anak Mak Aji nombor 3).

Esok Zhafran buat makan-makan keluarga di rumahnya sempena hari ulang tahun pertama Mikhail. Nanti Mak Aji update di www.ummumadihah898.blogspot.com.

Ok kembali kepada cerita sebenar. Mak Aji kongsikan beberapa bunga yang menyeri laman pada hari yang penuh berkat ini:

Australian gold vine.
Bunganya menghiasi para yang disediakan.
Bunga Nasir/trumpet menyeri pergola.
Bunga telang yang belum dipetik - akan dimanfaatkan untuk nasi kerabu biru bagi makan-makan esok petang.
Cuba teka pokok pakis apakah ini!? Pucuk miding! 

Lihatkan pucuk miding yang tumbuh sendiri dalam pasu pokok hoya sehinggakan hoya hidup segan mati tak mahu. Apa lagilah nak berbunga! Mak Aji ni kalau lihat pucuk miding teringat bubur lambuk! Macamlah sebanyak ini pucuk miding boleh dibuat bubur lambuk! Jadi, nak kena korbankanlah pucuk miding ini! Boleh dipindah tanam ke lain tempat ke?? Kena jenguk-jenguk tempat baru, manalah tahu boleh membiak pulak miding ni sehingga cukup untuk buat bubur lambuk??? 


Pokok melur Jawa pada pagi ini - alhamdulillah cukup segar bugar
 (adalah daunnya dimakan ulat ke apa - rongak sedikit!)

Moga tidak lama lagi keluarlah bunga melur Jawa yang cukup menawan hati tu! Insya-Allah! 


Kurang pasti Mak Aji apa nama pokok ni. Bila bahagian tengah-tengahmya tu berwarna merah, memang cantik pokok ni. Sayangnya merah entah ke mana, yang ada hijaunya sahaja. 

Sekian laporan daripada Mak Aji dari Sungai Pelong, Sungai Buloh untuk blog Greenfingers898! (wartawan tidak bertauliah!)




Wednesday, 23 October 2013

Sekitar Laman di Pagi Hari


As-salam.

Sementara cucunda tidur balik setelah mandi dan minum susu, keluarlah Mak Aji ke laman. Orang kata wordless wednesday, Mak Aji kata less words on a wednesday, he he!! Biarkan sahaja foto bercerita:

Tuaian mulberi hari ini setelah menuainya 3 hari berturut-turut! Besar-besar saiznya daripada biasa - sebab hujanlah kut!
Cukup meriah buah mahkota dewa!
Ada yang dah nak merah - nak cuba potong nipis dan keringkan, pastu, ........
My lovely peach hibiscus. Love the colour!!
Melur kembang di laman.
Di siram hujan.
Kunyit hitam yang dibongkar untuk dibuat ulam dan juga ditanam semula. Semacam kacang tanah pun ada!
Last but not least, anak heliconia jenis sexy pink!!

Catatan: Kata tak nak cakap, cakap juga - apa nak buat tabiat orang tua begitulah! Kalau tak berleter, tak sah!



Saturday, 10 August 2013

Pretty as a Picture!

As-salam.

Sekitar laman rumah bapa saudara Mak Aji memang luas dan berjaga rapi. Jadi Mak Aji memang seronok berada di laman berbanding di dalam rumah. Selepas mendapatkan izin merakam foto, Mak Aji terus berkeliling rumahnya untuk merakam foto untuk dikongsi dengan rakan-rakan semua. Walaupun diri sendiri tidak mempunyai laman seperti ini, sekadar tumpang seronok menikmatinya sudah cukup bagus, kan!:

Nyaman dan segar suasana pagi di beranda belakang!
Pemandangan dari beranda lagi.
Dari laman belakang menghala ke beranda belakang rumah.
Ratusan koi serta patin albino menghiasi kolam di pinggir hadapan rumah.
Kolam ikan di sebelah porch hadapan rumah,




Saturday, 7 January 2012

Back-breaking Efforts

Sudah agak lama Mak Aji tidak betul-betul buat kerja membuang rumpai, sekadar membuang sedikit sebanyak di sana-sini. Seperti yang pernah di baca, rumpai mesti dibuang sebelum ia besar - lebih mudah. Jika dibiarkan, usaha membuangnya menjadi lebih sukar. Kalaulah mampu menggaji tukang kebun bukankah bagus - kita pagi-pagi keluar ke laman, 'melawat kawasan' ibarat wakil rakyat! Semua dirty work  diselesaikan oleh tukang kebun! (enough of day-dreaming!!).

Hari minggu yang lepas, memandangkan tempohnya agak panjang, maka tukang kebun tak bergaji ini pun memulakan kerja seawal pagi dan masuk bila matahai mula agak terik. Hasilnya, layan.......

Ahlan wasahlan!!
Rumput mutiara
Cuba teka bunga apa!! Jawapannya/pokoknya di bawah nun ...
Bunga kertas
Siapa kata bunga kertas tak cantik??
Masya-Allah, bunga dalam bunga!!
Bunga kertas lagi
Bunga kertas dengan daun variegated 
Cili berbuah untuk pertama kali
Anak cili di celah pokok - cili padi biasa
Embun pagi di dedaun
Dew glistening in the morning sun!!
Pokok dedaun
Embun di dedaun
Beri makan gapi
Pisang kipas - closely guarded against predator - kambing jiran!
Kemboja jepun berbunga lagi
Masya-Allah punya cantik dari dekat!!
Kemboja - batch bunga yang akhir
Mexican orchid kelopaknya bak tisu lembut!
Ini pokoknya untuk teka bunga di atas nun - hempedu bumi!!
Pokok kacang - untuk tutup bumi
Pokok ini ditanam di kedua-dua belah pagar rumah
Sejenis pokok pakis yang diambil dari rumah tukang urut di Kg. Melayu Subang 
Susu kambing sedang subur - Siah, bila nak datang???
Walaupun pinggang rasa bagai nak patah, namun apabila melihat hasilnya, puas!! Oh ya, Mak Aji perlu cari peralatan untuk membuang rumpai, amat penting sekali untuk mengurangkan sakit pinggang. Ini dia: 

Bangku kecil!
Selamat berkebun!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...