As-salam.
Cuaca agak sejuk, segar dan dingin dengan hujan sekali-sekala. Sebelum hujan turun sempatlah Mak Aji mengutip sedikit hasil dari laman:
 |
| Buah mulberi, bunga telang serta cili ungu. |
 |
| Amacam, cantik tak? Ini kerja orang yang tak ada kerja! |
Kali ini bunga telang paling banyak sekali bunganya dan kalau selama ini projek menyirap asyik tertangguh sahaja, maka ini masa terbaik untuk menyirapnya.:
 |
| Cuma dapat seperempat botol sahaja sirapnya. Cantik birunya ya! |
Sekali pandang warna biru sirap ini, teringat Mak Aji zaman sekolah dahulu kala apabila ada ketikanya baju sekolah diletakkan nila agar lebih cantik. Silap haribulan, jika terlebih banyak nila, baju putih bertukar biru pula!
Sebelum merasa sirap bunga telang, Mak Aji mengingatkan diri agar jangan lupa untuk buat magic yang diajar En. Iskandar dari blog Tanam Sendiri. Apabila sirap diperah sedikit air asam limau nipis, tadaaaaaa, ini hasilnya!:
 |
| Cantiknya ungumu!! Mana ada sirap ungu yang secantik ini??? |
Sekembali Pak Aji dari masjid untuk solat Jumaat, Mak Aji mempelawanya minum air sirap ungu ini dan dia membuat muka pelik - "air apa ni??"
Terbukti air sirap ungu cukup sedap! Anda yang belum pernah cuba mesti kena cuba tau!
Mak Aji tidak sabar-sabar untuk membuat magic ini kepada cucu-cucu nanti! Pasti mereka kata Tokma mereka hebat!! (he he).