About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 28 April 2012

Pisang Goreng

Suatu petang selepas balik kerja Mak Aji menyinggah ke gerai pisang goreng untuk membelinya. Melihatkan pisang goreng yang agak kecil saiznya, Mak Aji tanyakan pisang apa - "pisang abu," kata penjualnya. Penjual memberitahu bahawa dia cukup sukar mendapatkan bekalan pisang untuk perniagaannya. Mak Aji teringatkan pokok pisang abu yang bertandan-tandan buahnya tempoh hari (sekarang setandan ada di pokok - belum cukup matang lagi). 

Pisang goreng - minum petang-petang dengan kopi-0 memang sedap!!
Kami berlebih-lebih pisang manakala penjual goreng pisang tercari-cari pisang untuk dibuat berniaga! Tengoklah nanti, kalau ada rezeki mungkin pisang yang setandan itu menjadi rezeki penjual goreng pisang ini?? 

Catatan: Hendak tahu mengapa Mak Aji sebut pisang goreng dan bukannya goreng pisang? Sengaja Mak Aji berbuat demikian sebab dari segi bahasa (hukum DM) memang itulah cara yang betul menyebutnya (Mak Aji pun tergeliat lidah menyebutnya begitu kerana sudah terlalu biasa menyebut goreng pisang!).

Mangga Masak

Alhamdulillah petang tadi Pak Aji bawa masuk empat biji mangga masak. Agaknya mangga yang penghujunglah ini sebab pokok pun sudah dogol tanpa buah lagi. Pokok-pokok lain pun tiada yang berbuah. 

Mangga masak.

Rumah Punya Pasal Pokok Jadi Mangsa

Kami sudah siap buat ubah suai rumah (fasa pertama - entah ada tidak fasa seterusnya?? Terpulang kepada menteri kewangan) yang memakan masa sebulan jugalah. Pada masa yang sama pokok-pokok di hadapan rumah (porch) terpaksa dialih ke tengah panas. Dengan cuaca yang agak panas semenjak dua menjak ini, maka pokok-pokok menjadi korban - ada yang daunnya melecur kena panas dan ada yang hampir kong! 

Jadi tugasan penting yang perlu dibereskan pada hari ini dan esok - kembalikan keadaan kepada situasi normal semula! Kasihan pokok-pokokku! 

Kuning-kuning hujung daun dek panas.
Bunga gincu pun kena 'bedak' dengan cat yang menitik!
Pucat lesi warna daun juga dek panas.
Bunga-bunga ini yang menyejukkan hati - baru kembang!
Daun mexican orchid juga terkena cat!
Masih di tengah panas! 
Kuning-kuning di hujung daun.
Yang paling teruk hangus daunnya!
Longgokan pokok yang belum dikemas semula
Panas petang masih terik untuk Mak Aji keluar - silap haribulan migraine. Tunggu redup baru boleh keluar. Sabarlah pokok-pokokku!! 

Saturday 21 April 2012

Cuba Teka Apa Ini!

Lihat foto ini dan cuba teka apakah dia:

Apakah gerangan ini??
 Lihatlah lagi (suspens pulak!):

Apakah gerangan di hujung atas itu??
Lihatlah lagi!!:

Taraaa! Inilah buah betik yang baru dipetik menggunakan alat pemetik buah betik di atas!!
Untung juga ada Pak Aji yang kaki DIY!

Pokok Pisang Kena Kepung

Mak Aji sedang membuat ubah suai rumah - masih ada sedikit lagi yang belum siap. Beberapa batang potong pisang batu terpaksa kami korbankan untuk membuat laluan kepada (washing area mengikut rancangan asal Pak Aji tetapi bertukar menjadi) outdoor family living - tempat tengok bulan kata Pak Aji - apa-apalah Pak Aji !! 

Oleh kerana masih sayang kepada pokok pisang yang telah banyak berbakti, maka kami simpanlah juga beberapa pokok untuk kami tuai hasilnya nanti. Walau bagaimanapun dek kerana pokoknya terlalu subur dan membesar hinggakan bahagian pangkalnya boleh sampai saiz sepemeluk (betul!!), maka kami terpaksa kepung kawasannya agar pertumbuhan anak pisang terkawal (come to think of it, bolehlah kita kawal??). Inilah kepungan yang dibuat:

Inilah kepungan pokok pisang. Terkepungkan??
Ini pula pokok pisang yang terakhir berbuah setelah enam pokok pisang terdahulu berbuah serentak:

Last train. Pokok besar yang terakhir berbuah. Yang lain tinggal anak pisang yang lambat lagi akan berbuah.

Akar Betik Jahat?

Beberapa hari lepas Mak Aji ada bersembang dengan rakan ofis tentang pokok betik. Rakan tersebtu ada menyebut bahawa orang-orang tua memang ada berpesan supaya pokok betik jangan ditanam terlalu hampir dengan rumah kerana akarnya 'jahat'! Jahat di sini bermaksud akarnya boleh menyusup ke bawah-bawah permukaan kantai dan memecahkannya! Suspens juga Mak Aji dibuatnya sebab pokok betik di rumah memanglah amat dekat dengan dinding bilik air! Lihatlah foto ini:

Cukup dekat dengan bumbung bilik air! Baru perasan ada betik yang masak dipokok!
Bercakap fasal betik, Mak Aji baru perasan yang pokok betik yang satu lagi bentuknya lebih cantik daripada pokok yang di atas. Lihat foto ini:

Bentuk betik yang seksi! He he!
Ada sesiapa yang ada pengalaman pahit tentang ke'jahat'an akar pokok betik??

Monday 16 April 2012

Bunga Liar di Laman

Siapa kata bunga liar tidak cantik? Cuba perhatikan foto berikut yang diambil di laman:






Jamu Mata

Pada Jumaat lepas hinggalah hari Ahad, Mak Aji hadir bengkel kerja di Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam. Dalam pada sibuk berbengkel, sempat juga menikmati hijauan di sekitarnya. Berikut foto yang ingin dikongsi:

Bunga merah menyala - belum pernah lihat!
Air terjun buatan manusia.
Air terjun lagi
Pokok palma berbunga sampai bertandan-tandan!
hijau pokoknya, cuma sayang bunga kertas tidak berbunga.

Tuesday 3 April 2012

Pokok dan Bunga di Laman

Selain kaktus dalam entri sebelum ini, Mak Aji sempat juga meninjau bunga dan pokok lain di laman pada petang ini. Berikut fotonya:

Berbunga sepanjang masa.
Bunga purpur (purple in German).
Dari dekat
Pokok tanduk rusa.
Mother-in-law's tongue (betul ke namanya??) -  Lidah emak mentua yang ini (Mak Aji) harap-harap tidaklah setajam ini!!
Pokok 1Malaysia - pokok daunan hiasan dan pokok cili hidup dengan harmoni!!  
Kata Pak Aji yang ini boleh dibuat ulam - yet to be tested!

Kaktus Berbunga Lagi!

Beberapa hari lepas Mak Aji perasan yang pokok kaktus sudah menunjukkan tanda-tanda akan berbunga lagi - seronok menantikannya! Petang ini balik kerja, Mak Aji tinjau pokoknya - sudah berbunga! Kalau tempoh hari berbunga nan sekuntum kali ini berbunga dua kuntum.  Ini fotonya:

Kaktus nan dua kuntum.
Sepasang bunga kaktus
Macam kembar siam!
Pokok kaktus ini berkongsi pasu dengan dua lagi jenis kaktus lain. Mak Aji rasa sejenis yang berbunga manakala yang sejenis lagi tidak. Yang berbulu halus ini agaknya yang berbunga dan yang berdaun tajam pula yang tidak berbunga. Ini fotonya: 

Entah bila akan berbunga - kawan sudah dua kali berbunga, malulah!!
Pandangan dari atas - Masya-Allah cantiknya titisan air hujan!!
Sepasang kaktus kenit.
Kaktus kenit dari dekat. Saiz sekitar satu setengah inci tinggi sahaja.

Monday 2 April 2012

Kepala Dusun

Pernah dengar istilah ini? Mak Aji baru belajar daripada Pak Aji! Buah mangga kami masak lagi sebiji. Buahnya pun bukanlah besar tetapi manisnya masya-Allah, tidak terlawan dek mangga madu yang baru Mak Aji beli semasa berhenti rehat di R& R Pagoh petang semalam! Apa tidaknya, apabila dikopek, bijinya masih putih lagi! Masih muda sangat semasa dipetik, mananya hendak manis? 

Ok, berbalik kepada cerita kepala dusun. Rupanya bahagian 'buntut' mangga, iaitu bahagian yang paling bawah dan manis itu Pak Aji gelar kepala dusun! Inilah yang paling direbutkan tetapi tentunya inilah bahagian yang diambil oleh tukang kopek buah, he he! Lihat foto ini:

Bahagian paling bawah digelar kepala dusun!!

Sunday 1 April 2012

Bunga Cantik

Dalam pada Mak Aji ke JPO, sempat jugalah menjamu mata melihatkan lanskap di situ. Mak Aji terpandang suatu flower bed yang dipenuhi jenis tumbuhan di bawah. Tidak pula Mak Aji sangka tumbuhan ini berbunga. Entah apa nama tumbuhan ini, ya? Lihatlah bunganya:

Ini flower bednya
Ini pula bunganya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...