As-salam.
Lama sungguh rasanya tidak membuat entri dalam blog ini. Kali terakhir, sebelum ke Skudai untuk menziarah anak cucu di samping menghadiri majlis Hol Habib Ali bin Zaenal Abidin al-Idrus di Masjid Sultan Ismail di Batu Pahat. Dalam perjalanan pulang ke KL kami menyinggah lagi ke Batu Pahat untuk menziarah makam beliau.
Mak Aji pernah ditanya oleh seorang pengunjung blog tentang apa jenis pokok/tumbuhan yang sesuai ditanam di atas pusara. Selepas membuat sedikit rujukan sana sini, Mak Aji memaklumkan bahawa kebiasaannya pokok yang ditanam jenis yang tidak berakar tunjang dan yang tidak tumbuh terlalu besar sehingga menyukarkan kerja menggali kubur. Jenis tanaman pula biasanya jenis puding, bunga cina serta melur.
Semasa di makam Habib Ali Mak Aji sempat merakam bunga melur jenis duke of tuscany. Rupa-rupanya bunga bersaiz kecil sahaja. Walaupun begitu bentuknya yang berlapis-lapis cukup cantik. Wangi atau tidak, terlupa pula untuk menciumnya!
Duke of Tuscany (kalaulah boleh ditukar ke Duchess, sebab cantik biasanya pada perempuan, he he!!). |
Makam Habib Ali serta keluarganya. |
Tanah perkuburan tempat makam Habib Ali. |
Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat, lokasi majlis hol. |
Wajah allahyarham Habib Ali. Sumber foto: oghangbaado.blogspot.com |
salam mak aji...melur biasanya wangi...smlm nenek sy kutip letak atas sejadah...wangi betul
ReplyDeleteSalam Nadia,
DeleteBetul tu, cuma yang kat rumah Mak Aji ni yg kurang wangi, entah apa yang silapnya. Kali terakhir Mak Aji beli bunga melur (depan kuil) untuk hias bilik pengantin Along dulu, memang wangi!
salam makji..
ReplyDeletebunga kemboja bolehker tanam atas pusara? ker besar sangat...? yang arwah habib ali tuh sapa sebenarnya beliau yer makji..?
Salam Ummuaidan,
ReplyDeletePokok kemboja putih yang biasa ditanam di pusara tapi pokok tu memang boleh jadi besar. Berakar tunjang atau x, rasanya tidak kut (kurang pasti) sbb pokok ni mudah tumbang kalau baru ditanam keratannya. Habib Ali tu orang alim yg cukup berkaliber dan besar karamahnya. DYMM Agong ketika itu (Sultan Terengganu) juga turut menziarah jenazah beliau! Ada entri ni utk Ummuaidan rujuk: http://ummumadihah898.blogspot.com/search/label/Habib%20Ali%20Batu%20Pahat