About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday 13 April 2013

Semaian Benih

As-salam.

Semalam Mak Aji baru menyemai benih kacang panjang, bendi dan bunga telang yang diperoleh dari kampung tempoh hari. Harap mereka akan sihat walafiat sementara Mak Aji tinggalkan untuk menziarah anak di Skudai esok tengah hari insya-Allah.:

Benih yang baru ditanam.

18 comments:

  1. Mak Aji, bekas menyemai tu bekas air bottle ker? atau bekas khas utk menyemai? saya guna bekas telur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Doc,

      Tak, bekas benih yg dibeli, pertama kali beli selepas tengok org lain pakai bekas benih yg proper. Saya pun pernah simpan bekas telur tapi tiap kali nak guna tengok my other half dah buang.

      Delete
  2. Assalam Mak Aji..banyak semaian tu..semoga dapat hasilnya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Alhamdulillah dah keluar anak benihnya sebahagian, kata Pak Aji ada yang benihnya 'berat', aka lambat keluar tunas. Harap menjadi semuanya insya-Allah.

      Delete
  3. Mak Aji, 3 jenis benih tu kalau tanam terus di tanah lagi mudah nak jaga bila travel ;). Yang ni semua jenis cepat je membesar. Lagi-lagi masih banyak hujan kat SB. Tak perlu risau nak menyiram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Betul tu. Cuma Mak Aji tengah buying time sementara nak tentukan kat mana nak tanam kat tanah. Pak Aji asyik banyak aja tempat yg x boleh tanam (takut semak katanya!). Mak Aji ni dok berangan para yg macam kat kampung tu, yg macam teepee tu, suka sangat!

      Delete
    2. Tunggu boss takdelah Mak Aji mula buat projek kesukaan Mak Aji ;).

      Delete
    3. Salam Diana,

      Dah propose kat Pak Aji nak 'teroka' kawasan baru, x lulus. Dia kata kacang hayatnya pendek, x lama lepas keluar kacang matilah dia. x payah teroka2 kawasan baru. Jadi dah letak kat sudup pergola jugak (boring asyik tempat sama je) nanti ikat tali rafia je bila dia nak manjat. x sempat buat projek larangan sbb Mak Aji nak blk kg sementara dia gi visit anak kat Surabaya. Next time ajalah, he he (still got something up my sleeve!!).

      Delete
  4. sy pun tengah menyemai guna petak ni..semai kacang buncis, benih bunga-bungaan, salad, alpine strawberry...harap-harap berjaya lah semaian kita ni....sy cabaran burung..suka patuk2 pastu hilang benih kacang especially..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      wah, banyak tu! Harap menjadi semua yang kita usahakan ya! Burung patuk?? X pernah tau yg mrk pun suka buat gitu ya?

      Delete
  5. salam mak aji, byk tu...penuh kebun nanti...kami pun tgh menyemai jgk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Wah, nampak gaya musim menyemai kita semua ya!! Harap semuanya menjadi ya, insya-Allah!!

      Delete
  6. Salam makji..semoga balik skudai nanti tumbuh subur2lah semaiain ini untuk menghiburkan hati tuannya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Alhamdulillah sebahagian sudah tumbuh, tunggu separuh lagi, harap x lama lagi. Balik aja disambut oleh anak benih yang bertunas dan ros dua kuntum! Dalam hatiku ada taman, he he!!

      Delete
  7. Makji beli benih bunga telang tu di mana ye. Maksud kakak nurseri ada tak. Kakak tanya di Kipmat Tampoi tu tanya bunga telang dia tak tahu. Kakak dah explain utk buat nasi kerabu tetap dia tak tahu (sebab yg jual tu org Indon agaknya tu yg dia tak tahu).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Benih bunga telang Mak Aji ambik daripada saudara di kampung. Tak tau yg Kakzakie kat JB, kalau tahu boleh aja Mak Aji bawa semasa gi JB tempoh hari, anak tinggal di Skudai. Kalau mahu masih ada baki lagi boleh Mak Aji pos. Bolehlah beri alamat kat e-mel Mak Aji!

      Delete
  8. Salam mak aji,

    meriah semaian baru mak aji ni,semoga semua pokok2 menjadi dan tumbuh sihat. Insyallah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Insya-Allah, terima kasih ya. Moga semua tanaman kita sihat walafiat dalam cuaca yg kadang2 panas pedih dan kadang2 hujan lebat ni (jangan banjir lagi macam hari tu sudah ya!)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...