About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday, 11 April 2013

Dia Sudah Mari!

As-salam.

Alhamdulillah setelah beberapa hari membuat persiapan, kerusi laman sampai juga ke rumah. Persiapan tapak terpaksa dibuat supaya kerja memotong rumput tidaklah perlu dibuat di celah-celah kaki kerusi. Sebagai tambahan juga satu lagi hiway terpaksa dibuat dari arbor ke kerusi laman. Ini rupanya yang masih belum dikemaskan sempurna:. Apapun Pak Aji sudah merasmikannya dengan sekole kopi!: 

Pak Aji bersantai dengan sekole kopi!
Ini hiway baru - batu-bata sepenuhnya sebab berlebihlah pulak!
Hiway asal yang sudah siap (jangan ambil pot pasal Ferrari Pak Aji di sebelah kiri itu ya!). Mahu senaman refleksologi?? jom ke mari!!
Insya-Allah esok bolehlah berkemas sedikit agar siap sepenuhnya untuk dinikmati oleh kami sekeluarga!  


16 comments:

  1. Replies
    1. Salam Kam,

      belum cukup kemas lagi, banyak yang perlu dibuat, cuma tuan diri yang tidak boleh banyak sangat berenyah, nanti silap urat lagi, naya!

      Delete
  2. assalam Mak Aji... seronok nya .. laman luas banyak projek boleh buat kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Nilah dia kelebihan dok kat kampung tetapi tak jauh mana dari bandar. Pernah dok banyak tempat tetapi alhamdulillah di sini paling seronok, terutama sekali setelah bersara.

      Delete
  3. good choice mak aji! suka tgk kawasan rumah mak aji ni. tenang aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zam,

      He he sama selera kita ya! Alhamdulillah adalah ruang utk org2 pencen ni tinker around the house buat kerja sebab dah takde kerja!

      Delete
  4. salam mak aji, kopi panas tu pak aji patutnyer partner dgn pisang goreng...lg ummph mak aji! lebih2 lg mak aji yg goreng, dan pisangnye plk dari kebun...cukup pakej...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Pak Aji tak menyempat-nyempat nak merasmi kerusi, sempat bancuh kopi 3 in 1 aje, tanpa ditemanklan dengan apa-apa pun. BTW, pisang setandan tu dah selesai difaraid, tengah tunggu 3 tandan lagi! Pak Aji, diduduknya semua kerusi dan katanya, dah rasmi semua dah, saya dulu, awk belum lagi, he he!!

      Delete
  5. wah sangat cantik...bata-bata merah tu pun menarik..naik seri jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Alhamdulillah, susun bata hasil tangan amatur, nak suruh orang buat kena keluar duit lagi, buatlah sendiri, seronok jugak, minus the sakit2 badan selepas itu, he he!

      Delete
  6. salam makji
    semakin cantik ngan adenya krusi tuh makji..syabas.jeles tengok..kat sini takleh letak kusi2 gitu kat luar..panasnya ya amat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Alhamdulillah, makin bersemangatlah buat kerja kat luar. Sebenarnya ada lubang kat tengah meja utk boh payung. Plan asal nak minta anak2 belikan payung tapi bila Pak Aji kata pindahkan aja khemah yang sedia ada di tepi porch ke situ, kami buat gitu ajelah, x payah beli payung lagi, jimat fulus! Jom kita pekena colek, he he!!

      Delete
  7. Salam Mak Aji,
    Ohhh Diana pun nak visit rasmilah kerusi laman baru.
    Tapi Diana dan Abby ada dekat Sabah sampai hujung bulan ni.
    InsyaAllah bulan depan kami datang lawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      He he he! Mak Aji pun x sabar nak jumpa your little heroes and your cutie pie! Selamat menyambung silaturrahim dengan keluarga di Sabah. Ok, set awal bulan ya! See u all then!!

      Delete
  8. wah kerusi baru dah sampai. boleh bersantai minum kopi pagi dan petang sambil melihat pemandangan. seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hijaudaun,

      Betul tu, sekarang petang-petang kami jadikan port minum petang!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...