About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 9 November 2013

Lalang Bukan Sebarang Lalang

As-salam.

Ketika menjamu mata di nurseri, berikut antara pokok/tumbuhan yang menghibur hati Mak Aji:

Luar biasa warna daun dan bunga lalang ini!
Dari dekat - kalau tidak silap harganya RM60 sepasu. Sudah ada pemiliknya!
Jenis succulents yang cantik-cantik!
Melihat pokok ini teringat gooseberry. Sama ke?? Semacam tanglung pun ada - eloklah tu,
sudah dekat nak raya Cina ni!

23 comments:

  1. assalam Mak Aji.. saya pun suka tengok lalang tu... foto last tu ada kat Fraser Hill... memang Nampak macam tanglung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Warna lalang tu memang luar biasa, kan. Agaknya yg macam tanglung tu sebab dah dekat nak raya tu.

      Delete
  2. as'salammualaikum mak Aji.
    ada saja bentuk dan warna, pelbagai gaya dan rupa, indahnya ciptaan Allah.Alhamdulillah.
    Rumput lalang warna tu, bidan kampung kata akarnya ubat memulihkan tenaga ibu yg.baru lepas bersalin.Tak rugi menanamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Puteri,

      Betul tu, semoga kita sentiasa berasa demikian setiap kali melihat keindahan ciptaan-Nya! Oh begitu ya, ada khasiat rupa2nya lalang ini selain cantik! Mak Aji takdelah membelinya sekadar menikmati keindahannya saja.

      Delete
  3. berbulu mcm ekor kucing ya..lalang pun bkn mahal harganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Rupa bunganya macam sejenis lalang biasa jenis yang besar tu tapi regenya, masya-Allah!

      Delete
  4. salam mak aji..pertama kali tgok spesis lalang mcm tu,,mahal pulak tu harganya,,memang bukan sebarang lalang lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Memang bukan sebarang lalang dek kerana harganya tu! Pun luar biasa cantik warnanya.

      Delete
  5. assalam mak aji.. mahalnya lalang... saya pernah tgk lalang ni kat riyaz herritage kat pulau duyung tu, ingatkan rumput biasa-biasa jer. bunga tanglung tu pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maszz,

      Oh, ada di Riyaz ya, cantik resort tu! Sekitar KL juga ada, dulu ada kat bulatan Jalan Kuching, sekarang tak pastilah pula masih ada atau tidak, juga dari Jalan Duta mengarah ke Muzium Negara tu pun ada juga.

      Delete
  6. Catchy laaa tajuk entri mak aji. Lalang tu memang bukan sebarang lalang. Apabila ditengok sekali....nak tengok lagi. Saya ada a few succulants kat opis.... kene letak tempat besar kot baru boleh besar mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      He he, saja tajuk bikin gempak sikit! Mak Aji punya succulants jenis yang sama pun macam tak nak besar2, bantut apa?? Pasunya dah siap yang cukup besar dah, tak taulah apa sebabnya tak subur macam dalam foto ni.

      Delete
  7. Salam Mak Aji,
    Macam penah nampak lalang tu kt satu bulatan (roundabout) kt KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Pernah ditanam di bulatan Jalan Kuching tapi tak pasti masih ada atau tidak. Tadi Mak Aji tengok di tebing nak masuk ke (jalan bawah) jalan menuju Muzium Negara tu ada kat sebelah kanan.

      Delete
  8. mak aih rm60 sepasu..bukan main bernilai lalang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Memang mahal, kan, kalau Mak Aji sekadar tengok ajelah, membelinya tidaklah.

      Delete
  9. salam mak aji, apa khasiat lalang ni mak aji, smpai RM60/pasu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Kata kawan kita Puteri, khasiat akarnyanya untuk memulihkan kekuatan untuk ibu yang lepas bersalin, wallahualam!

      Delete
  10. Assalam,

    Amboi lalang je pun 60 rege.....tak tahan Baca harga dia. Ni nurseri feberet mak aji ya? Murah x nurseri dia. sy g yg tp2 jalan sungai buloh tu mcm Mahal je....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Tak, ni bukan dari nurseri feberet Mak Aji, cuma salah satu yang Mak Aji terjumpa je. Mak Aji pergi nak cari buluh nak buat halau cik ular (orang kata cik ular takut buluh!) sebab takut ada yang datang lagi! Mak Aji perhatikan kalau beli pokok elok kalau beli satu2 tempat, kalau takde baru cari tempat lain. Bila kita dah biasa dengan muka kita lain kali lebih mudah dapat diskaun! Mak Aji ada dua tempat feberet, yang Wak tu ngan yg tempat buat vertical garden tu!

      Delete
  11. Salam,Mak Aji......Tu dia...lalang pon dah mahal....tapi mmg cantik la lalang tuh...plg saya geram tgk yg mcm tanglung tu......:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      Dek kerana cantik tulah agaknya sampai harga sebegitu mahal tu! Comel, kan pokok tanglung tu. Semacam gooseberry juga kan?

      Delete
  12. assalam makji,
    lalang mmg bkn sbrg lalang..yg ini cantik nie, siap berkaler lagi. tp sy suka foto no.2, tuh..pernah tgk kat tropika garden kat sini..kalau tanam byk2 blh buat ttp bumi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...