About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 2 November 2012

Bunga di Laman Lagi

As-salam.

Sambil Pak Aji memetik cili api, Mak Aji meninjau pokok di laman:

Lemas, lemas, lemas, agaknya itu yang disebut pokok ini. Kena cari pasu besar sebagai ganti.
Pokok berbunga putih berdaun ungu (dalam beberapa entri yang lepas) yang digantung.
Benih asam limau Yaman sudah bercambah.
Halia bara juga sudah semakin besar.
Hendak berjalan ke mana tu?? Perhatikan pokok pudina yang diajar melilit
tiang pergola (agak2 kena tukar ke pasu besar ke?).
Bunga hempedu bumi.
Kolam ikan gapi - baru ganti ikan baru sebab ikan yang dahulu mati kelemasan dek terlalu subur pegaga.
Mexican orchid kembangnya sekuntum.
Bunga pokok pagar di luar pagar.



12 comments:

  1. Salam mak aji..best tgk laman mak aji nie..pelbagai ada..cantik2 lak tuh..rajin kan mak aji ngan mak aji nie menanam bersama2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ummuaidan, mak aji dah puas pujuk pak aji nak buat patch sayur mcm ummuaidan punya, x payah besar, kecik aja cukup. dia kata sayur nak kena maintain rapi takut tak terbuat. jadi, nampak gaya tanam kat pasu ajelah! yg kat tanah, limau purut, lengkuas, bunga kantan, pokok kari, lengkuas, pandan... adalah sikit. tanam ketereh (he he, gajus) mati sebab panas bila bakar sampah. nak ngemas laman kurenglah sikit dia, potong rumput bolehlah (cuma dah tua x berapa larat, sakit badan).

      Delete
  2. halia bara nanti berbunga tentu cantik kan....saya punyer belum berbunga lagi mak aji.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dini,
      insya-Allah cantik, cuma Mak Aji punya baru aja nak membesar, kena tunggu lama lagilah ni! sama-sama kita tunggukan ya!

      Delete
  3. Salam,

    Mak aji nak tanya dapat halia bara tu kat mana ya?...saya pun mencari juga halia tu. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Ibu Qis,

    Mak Aji beli kat pasar Siti Khadijah semasa balik kampung hari tu. bila dan sesar sikit dan kalau dok dekat2 ngan Sungai Buloh boleh dtg sini aja ambih benih nanti!

    ReplyDelete
  5. hai ..line saya ni asik putus2 je..dah 2 kali nak komen tak je jadi...salam mak aji..cantik mexican orkid tu..nak la juga tengok pokoknya..hempedu bumi pun cantik bunganya..pokok ni pahit dan ramai org buat ubatkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar. Pokok mexican orchid ni baru nak segar balik selepas di bawa keluar dr pasu ikan gapi. Nanti dah besar sikit insya-allah akan dirakam fotonya. Ya, banyak khasiatnya hempedu bumi ni, antara lain utk turunkan tekanan darah apabila naik. Mak aji pernah cuba d alhamdulillah menjadi.

      Delete
    2. buat cara mana Mak Aji..rendam dlm air atau makan daunnya

      Delete
    3. Mak Aji ambil sekitar 7 helai, masukkan ke dalam mug, tuang air panas, tutup mug. Bila agak sejuk sikit dan boleh diminum, terus minum. Buat sehari dua berturut-turut. Kepala yang berat dek tekanan darah naik insya-Allah akan ringan semula. Cubalah.

      Delete
  6. tertarik dengan asam limau yaman tu mak aji...mnr dapat..yaman ke..jauh tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia. Buah asam ni Pak Aji bawa balik dr Yaman tempoh hari. Kulitnya nipis, bagus dibuat jus.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...