About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday, 26 November 2012

Projek Para Kacang Botor

As-salam.

Seperti beberapa entri sebelum ini, Mak Aji sebut yang Pak Aji akan membina para untuk pokok kacang botor. Semalam di bawanya beberapa batang kayu ke belakang yang (pada hemat Mak Aji) agak besar untuk itu. Katanya, lebih besar lebih tahan lama dek hujan dan panas. Apa-apalah, asalkan buat dan lebih baik daripada yang Mak Aji buat. Inilah rupanya:

Para kacang botor.
Para daripada kayu terpakai hasil kerja tangan kaki DIY di rumah.

Pak Aji ada menyebut niatnya unuk menanam petola juga  di para ini - dia memang suka petola celur sebagai ulam untuk dicicah budu. Mak Aji lebih suka timun batang. Apapun kita lihatlah nanti apa yang bakal ditanam.



12 comments:

  1. waaaa best nyer mak aji tersergam gagah para-para kacang botor tu...
    sy punya wat dgn kayu buluh halus jer..ni musim nak hujan berangin bagai...dah nampak senget...
    betul gak tu...boleh tanam pokok lain..sbb para dah besar...petola, kacang panjang, timun batang, kacang buncis..hehehe

    ReplyDelete
  2. salam makji..
    wah nampak lawa jer trellis pakji nie..nie boleh upah buat lg nie..mcm nie baru bagus tahan lama..kacang botor sy biar panjat pagar jer ..malas..hehe

    ReplyDelete
  3. Salam mak aji..
    Sukanya nengok tanaman mak aji, subur belaka. Jadi semangat balik nak ikut tanam kacang botor.. he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nur,

      Alhamdulillah bolehlah. Jom kita sama-sama tanam kacang botor. Mak Aji suka buat ulam je, x untuk masak.

      Delete
  4. besar trellis yang pak aji buat ni...banyak la boleh semai lepas ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      kayu yg sedia ada saiz itu, jd kenalah buat besar sikit, ikut saiz dan panjang kayu. Pak Aji nak semai petola katanya, tp benih lum ada lg.

      Delete
  5. Sekejap sahaja nanti ditumbuhi trellis cantik ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah itulah yang diharapkan. para biasa je, dlm foto semuanya cantik, he he!

      Delete
  6. Salam Mak Aki..Cantik tu.. Tergantung atas kepala kalau berbuah nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      he he. Insya-Allah, biasanya kacang botor kalau dah berbuah, memang berlebih-lebih.

      Delete
    2. salam..sori he he Mak Aji dah tertaip Mak Aki.. masa tu pakai note..jari besar.. keyboard kecil.. shasul le jadinya

      Delete
  7. Salam Mar,

    takpa Mar, faham tu, masalah biasa. Mak Aji pun camtu jugak, he he!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...