As-salam.
Semasa kami balik kampung tempoh hari dan dalam perjalanan balik ke KL dari Demong Beach Resort tempat kami bermalam, Pak Aji cukup bermurah hati melayan Mak Aji berhenti di tepi jalan agar Mak Aji boleh mengutip keladi bunting di tepi parit. Sebenarnya Mak Aji pernah menanam pokok ini dahulu tetapi apabila pasu sudah terlalu sempit dek pokok ini yang membiak terlalu pantas, pokok ini terpaksa dibuang.
Sebenarnya memang sayang tetapi apakan daya (macam lirik lagu - 'apakan daya hendak kubawa perahuku sempit,' he he!!) Layan foto di bawah yang diambil dari Pak Cik Google - foto bila pokok ini bunganya kembang!:
Keladi bunting/water hyacinth. Cantik bunganya, kan! |
Ini pula yang Mak Aji punya, pasunya juga bukanlah besar. Juga tempat gapi seekor dua. |
salam mak aji,
ReplyDeletenanti bila berbunga cantik berseri pasu besar itu..:D
Suka jgk bunga ni mk aji,nadia..tapi xdak tempat nk buh..memng cantik bila semua berbunga sekaligus....:D
Deletesalam makji...tak lama lagi yg makji punya pun leh jd cam pakcik google nyer juga tuh..:)
ReplyDeleteSalam Ummuaidan,
Deleteinsya-Allah begitulah yg diharapkan.:)!
Saya duk garu-garu kepala nak ingatkan nama bunga water hyacinth ini dalam bahasa. Terima kasih dapat jawapannya. Bunga ni cantik indah mengasyikkan.
ReplyDeleteMak Aji pun terpaksa merujuk www.prpm.dbp.gov.my (laman dewan bahasa dan pustaka) utk mendapatkan kepastian. Pagi ni dah berbunga pun! Itu bahan utk next entri.
DeleteSalam Mak Aji..hari tu lalu dari teluk intan ke sg besar. .byk ditepian tali air. .cantik sgt..
ReplyDeleteSalam Mar,
Deletememang cantik bila keluar banyak bunganya. Pagi ni dah keluar dua tangkai bunga ni!