About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 16 September 2011

More of Vertical Gardens

Berikut beberapa lagi gambar yang mampu mencetus inspirasi:
Nampak mudah aja, sangkut je kat pagar!

Kombinasi pokok yang cukup menarik, terutama yang berambu di bawah

Macam herba, elok kalau dekat dapur, petik aje, masak

pasu sendeng,nampak mudah!

Ini memang kita dah ada kan?

Boh dlm guni, sangkut mcm pelana kuda!

Ni yg best, hanging garden!

Nampak mcm kat SSF aje?

Yg ni elok utk menyambut tetamu, or better utk sambut kita blk keje!

Mcm mana buat ni??

Kaktus kat dinding

Ni sesuai utk garden wedding! Nak kahwin!


Ni nak kena beli bukit dulu baru boleh buat!

Ni indoor agaknya sbb ada lampu

Imagine yourself lounging around as in the pic!!

Simple yet nice!

Creeping on your wall

Nampak mcm sayur

Looks easy enough

Nice!!

How's about picking a few tomatoes for my spaghetti sauce??

Tumbuhan yg serap air dari udara - easy maintenance!

More of plants in your drawer!

Low maintenance


Tuesday 13 September 2011

Pokok dan Buah Bendi Gergasi

Pokok bendi belakang rumah memang lambat berbuah. Bila dah berbuah, tak berhenti-henti, sampai tak sempat nak petik, hingga terlajak tua dan liat. Buahnya hingga sepanjang 9 inci! Pokoknya pula dah lebih tinggi daripada bumbung bahagian dapur basah.
Bunga bendi baru lepas kena hujan

Monday 12 September 2011

Berkongsi Para

Baru berpeluang nak sambung cerita para anggur. Sebenarnya para ni dibuat bukan sahaja untuk anggur tetapi juga untuk pokok bunga kesidang - kira kongsilah tu. Yang satu insya-Allah akan berbuah dan yang satu lagi mengeluarkan bau yang semerbak! Sambil bersilat di dapur menyediakan makanan, bolehlah menikmati bauan semerbak, ringanlah sedikit kerja di dapur!
Ini para untuk anggur di atas dan juga untuk kesidang di bawah

Bunga kesidang mekar mewangi selepas hujan

Thursday 8 September 2011

Para untuk Pokok Anggur

Sebelum raya pokok anggur dah mula menjalar-jalar tanpa arah sebab para/trellis/pergola belum dibuat lagi. Alhamdulillah petang ni selepas kerja, projek para anggur agak-agak siaplah, tetapi sekadar seadanya sahaja, rupa tak adalah, tapi berfungsilah seperti yang sepatutnya, insya-Allah!

Tempoh hari terjumpa foto pergola yang biasanya digunakan untuk tumbuhan berbunga yang menjalar, tetapi kali ini, sayuran yang menjalar dengan buahnya bergantungan! Cantik dan berfungsi - sayurnya tentu sedap sekali. Ini kalau ada rezeki boleh dijadikan projek tahun hadapan apabila sudah berpencen - something to really look forward to!!  

Gambar para anggur, tungguuuu!!!

Come Sway with Me!

Pokok menari!!

Vertical Garden

Pernah dengar vertical garden?? Kalau anda suka berkebun, atau bertanam bunga atau tumbuhan lain tetapi mengalami kesuntukan ruang, maka inilah jawapannya! Tanamlah secara menegak pula. Cuba lihat beberapa gambar ini:

Boleh cuba cari pasu yang sebegini

Amacam, tanam kat dalam laci?? 
Ini idea baik, biar naik ke dinding!
Amacam, bagus kan? Ini contoh saja, kalau nak tahu lebih lanjut kena cari sendiri kaedahnya, sedikit teknikal, kalau rajin cubalah!

Wednesday 7 September 2011

Tanaman Keliling Kita

Setiap penyakit itu ada ubatnya. Seringkali apabila kita ditimpa penyakit, kita akan berharap kepada perubatan moden untuk mengubatinya. Apabila perubatan moden gagal atau kurang berkesan, kita seolah-olah terlupa akan perubatan menggunakan alternatif lain. Sedarkah kita yang di sekeliling kita ada tumbuhan yang antara lain Allah jadikan ubat! Pernah dengar tumbuhan sirih cina/sirih air dan susu kambing? Kedua-duanya dikatakan dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol! Cuba lihat gambar tumbuhan di bawah!

Sirih cina atau sirih air


Susu kambing
Kedua-dua tumbuhan ini kebiasaannya ada di sekitar rumah kita. Anda akan menemuinya apabila anda membuang rumpai yang tumbuh di dalam pasu bunga atau di sekitar pokok bunga yang ditanam di tanah. Saya biasa terjumpa dan sebelum mengetahui manfaatnya saya membuang sahaja. Saya dimaklumkan bahawa jika daun-daun ini dicampurkan dengan dukung anak, dibuat teh dan diminum apabila tekanan darah dan kolseterol naik, nescaya kedua-duanya boleh turun! Cubalah amalkan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...