Setiap penyakit itu ada ubatnya. Seringkali apabila kita ditimpa penyakit, kita akan berharap kepada perubatan moden untuk mengubatinya. Apabila perubatan moden gagal atau kurang berkesan, kita seolah-olah terlupa akan perubatan menggunakan alternatif lain. Sedarkah kita yang di sekeliling kita ada tumbuhan yang antara lain Allah jadikan ubat! Pernah dengar tumbuhan sirih cina/sirih air dan susu kambing? Kedua-duanya dikatakan dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol! Cuba lihat gambar tumbuhan di bawah!
Sirih cina atau sirih air |
Susu kambing |
Kedua-dua tumbuhan ini kebiasaannya ada di sekitar rumah kita. Anda akan menemuinya apabila anda membuang rumpai yang tumbuh di dalam pasu bunga atau di sekitar pokok bunga yang ditanam di tanah. Saya biasa terjumpa dan sebelum mengetahui manfaatnya saya membuang sahaja. Saya dimaklumkan bahawa jika daun-daun ini dicampurkan dengan dukung anak, dibuat teh dan diminum apabila tekanan darah dan kolseterol naik, nescaya kedua-duanya boleh turun! Cubalah amalkan!
No comments:
Post a Comment