About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday 24 June 2012

Pergola Hampir Siap

Dua hari berturut-turut kami mengerjakan lantai pergola hingga hampir siap. Pokok pun mula dipindahkan ke pergola dari porch - Pak Aji sukakan porch yang tidak semak dengan pokok. Cumanya, ada beberapa keping lagi batu turap yang tidak cukup dan perlu ditambah. Selepas itu bahagian tepinya perlu dikemaskan dengan simen atau konkrit. Ini perkembangan pergola setakat hari ini:

Lantai pergola hampir siap.
Mungkin sehari lagi siaplah sepenuhnya, insya-Allah.
Perhatikan pokok anggur dan akar dani bersebelahan.



Thursday 21 June 2012

Sambung Projek Pergola

Setelah memindahkan pokok-pokok ke pergola, nampak gaya pokok akar dani dan pokok anggur segar bugar tetapi pokok kerak nasi/kesidang nampak gaya tewas! Tiada langsung pucuk baru yang timbul. Agaknya akarnya yang sudah menjalar kuat telah terbantut terus tinggal arwah! Kenalah cari anak pokok baru nampaknya.

'Lantai' pergola masih belum diusahakan sepenuhnya, jadi masih belum boleh diletak pasir dan batunya.

Apapun, Mak Aji sudah memesan  batu turap (paving stones) untuk membuat lantainya. Baki pasir masih ada dari projek lepas, maka akan digunakan yang sedia ada sahaja. 

Corak batu turap yang dipilih. Tanpa warna - nak cat warna gajah ke
rimau ke, pun boleh, he he!!

Ini pula longgokan batu turap dan kawasan di bawah pergola yang hampir siap dibersihkan rumputnya:

Longgokan batu turap. Perhatikan pokok kesidang (di sebelah kiri atas) yang tewas!
'Lantai' pergola yang hampir siap dibersihkan.

Sebahagian kerja merumput dilakukan anak Mak Aji, Boy. Katanya kena beri upah (alamak, mahu terbang lagi duit aku, kerceng, kerceng - bunyi duit syiling!). Sebut upah sahaja Mak Aji pandang muka dia, memang tahu, tentu ada yang dimahukannya. Kali ini mahu ganti kasut basketball yang sudah koyak. Kasihanlah pulak sebab dia akan bermain basketball mewakili UniKL minggu hadapan dan bakal bermain di sebuah politeknik di Kedah (boleh tahan juga anak aku ni ya??). Oklah, Mak Aji cakap, "mahal betul upah orang berkelulusan Diploma merumput!" (sebab belum habis degree lagi). Dia kata, "tak mahal mana, lepas ni nak letak pasir lagi, pastu baru letak batu!" Betul juga tu, Mak Aji fikir, tetapi Mak Aji senyum sahaja!


Catatan: Tak sabar hendak tengok pergola siap!!



Wednesday 20 June 2012

Bayam Gergasi

Seperti yang pernah Mak Aji sebut tidak lama dahulu, kami tidak perlu beli bayam, pun tidak perlu menamamnya sebab benih bayam dari tanah orang sebelah sering masuk (terbang benihnya kut) dan tumbuh di kawasan kami. Jadi kami main petik sahaja. Pokok bayam gergasi kami  boleh setinggi tiga empat kaki!! Ini foto bayam yang dipotong Pak Aji untuk dimasak:



Ini pula sayur pedas bayam gergasi bertemankan ikan tilapia bakar:

Bayam gergasi - lihat perbandingan saiz dengan botol sos cili Thai!

Ini pula sup sayur bayam gergasi, cukup manis bila ditambah udang serta air rebusan kulit udang sekali:

Sup bayam dengan udang.




Monday 11 June 2012

Petua Semasa Membeli Pokok

Mak Aji terbaca suatu rencana yang memberikan beberapa petua semasa kita membeli pokok di nurseri. Mari kita lihat:

1. Bertanyalah kepada pekerja di nurseri: Pekerja ini boleh memberikan maklumat berharga tentang pokok yang mereka jual. Merekalah yang menanampokok, jadi mereka tahu sama ada pokok sesuai atau tidak di kawasan rumah anda (terutama kalau membeli pokok di Cameron Highlands!) dan mereka boleh memberikan petua untuk penjagaan pokok itu. Kalau anda sudah biasa membeli dariopada mereka kemungkinana besar harganya akan lebih murah daripada di tempat lain! 




2. Buatlah sedikit penyelidikan: Sebelum anda ke nurseri, pastikan bahawa pokok yang akan dibeli akan mampu hidup dengan baik dan anda sudah ada tempat yang sesuai untuknya. Pergilah ke nurseri dengan membawa senarai pokok yang sesuai dengan keperluan anda. Ramai yang membuang duit kerana membeli pokok yang tidak sesuai dengan cuaca di kawasan rumah mereka, juga kerana tidak ditanam di tempat yang sesuai dengan keperluan pokok (perlukan cahaya matahari yang banyak atau perlukan teduhan).




3. Perhatikan daun pokok: Pilihlah pokok yang daunnya kelihatan segar dan sihat. Daun yang layu atau daun yang pucat membayangkan bahawa pokok itu tidak sihat. Elakkan daripada membeli pokok yang daunnya bergulung, hitam atau berwarba coklat. Periksa pokok agar tiada yang terkena serangan serangga yang membawa penyakit.




4. Pastikan akarnya kuat: Walaupun anda tidak dapat melihat akarnya, itulah bahagian pokok yang paling penting. Akarnya perlu pejal dan putih. Jangan bawa balik pokok yang akarnya hilang warna asal dan agak lembik. Jika akarnya berkeliling di dalam pasunya akar tu mengalami stres. 




5. Baca tag pada pokok: Pastikan bahawa anda tidak terbeli pokok yang salah kerana tidak memerhatikan tag pada pokok itu (untuk pokok yang ada tag). 




6. Perhatikan saiz pokok: Lebih besar pokok, maka lebih mahallah harganya. Jika anda tidak sabar menunggu, belilah pokok yang besar dan jika anda jenis yang sabar dan sanggup menunggu, belilah yang lebih kecil yang lebih murah. 





7. Perhatikan collector variety: Pokok jenis ini agak mahal kerana ia merupakan jenis collector variety. Collector biasanya banyak menghasilkan kultivar termasuklah baka yang nadir. Jadi lebih unik baka itu, lebih mahallah harganya.  Untuk ini sebenarnya anda membayar harga yang mahal kerana baka itu sukar diperoleh, bukannya kerana pokok itu sebagai pokok lanskap! 




8. Pilih pokok yang tidak berbunga: Lebih baik anda membeli pokok yang belum berbunga. Ini kerana pokok berbunga perlukan tenaga untuk berbunga. Pokok yang belum berbunga boleh menumpukan tenaganya untuk menempatkan diri dengan stabil dahulu di taman anda. Jadi, pokok yang batangnya gemuk dan pendek adalah lebih baik daripada yang tinggi  dan kurus.




9. Pilih pokok yang berada di tengah: Pekerja nurseri mungkin terkejar-kejar masa dan menyiram secara yang tidak konsisten. Jadi, pilihlah pokok yang diletakkan di tengah-tengah. Pokok yang di hujung yang sering tidak tersiram. 




10. Bungkus pokok baik-baik: Pastikan pokok yang dibeli berkeadaan baik semasa dibawa pulang. Pastikan tingkap kereta di buka jika anda perlu menyinggah di mana-mana dalam perjalanan pulang.




Catatan: Semoga maklumat ini membawa m,anfaat kepada semua apabila ingin membeli pokok di nurseri!

Sumber maklumat dan fotohttp://www.bhg.com/gardening/yard/smart-shopping-tips/#page=1



Wednesday 6 June 2012

Bunga Lagi

Mak Aji hendak kongsi lagi beberapa jenis bunga cantik yang ditemui semasa kursus:

Buah beri cantik sebagai pelengkap gubahan bunga, seperti juga baby's breath
Bunga eustoma (teringat beg stoma!) yang pernah Mak Aji nampak dalam blog Aiken House and Gardens.
Bahagian tengahnya keras, licin dan berkilat!
Besar dan cantik betul bunga lili ini!
Bunga daisy yang cantik.
Warna gerbera/african daisy begitu manis sekali!

Catatan: Seronok berada di celah bunga-bungaan, menikmati ciptaan Allah yang Maha Pencipta!!


Friday 1 June 2012

Bunga Cantik Lagi

Ada sejenis lagi bunga cantik yang Mak Aji temui semasa berkursus. Bunganya berbentuk sama tetapi warna serta gabungan warna serta tonanya berbeza. Malangnya dua lagi foto yang diambil agak kabur. Maka tinggallah hanya satu untuk tatapan:

Bunga cantik yang entah apalah namanya??

Berikut pula gubahan bunga menggunakan bunga ini - sungguh cantik dan unik sekali!:

Gabungan bunga lili, bunga cantik tadi serta buah ceri sebagai penyeri!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...