As-salam.
Selain menginap di hospital semasa anak Mak Aji masih di sakit, Mak Aji juga menginap di hotel di kota Pasuruan, tempat anak perempuan Mak Aji, Madihah belajar. Mak Aji juga menginap beberapa hari di rumah seorang kawan baik kami di Tulangan, Sidoarjo, Surabaya. Semasa Mak Aji berada di rumah itu, mereka menempah water feature untuk dipasang di ruang belakang rumah, tempat mereka makan bersila menggunakan meja rendah.
Apa yang paling menarik (selain reka bentuknya yang cantik sekali) ialah harganya yang amat murah sekali. Cuba bayangkan, harganya cuma sekitar dua setengah juta rupiah, iaitu selitar RM900 sahaja!!
Kalaulah boleh diangkut ke mari dengan harga sebegitu (termasuk upah pasangnya)! Cuba perhatikan foto di bawah ini:
Seronok makan masakan Jawa yang dimasak khas oleh Ibu Dewi untuk kami bertemankan bunyi air terjun mini yang cukup menyamankan!!



