About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label bunga daun tujuh bilah. Show all posts
Showing posts with label bunga daun tujuh bilah. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

Yang Kembang Lagi di Laman

As-salam.

Belum terlambat agaknya untuk Mak Aji mengucapkan salam kemerdekaan kepada anda semua. Setelah bercuti hujung minggu yang agak panjang berbanding biasa tentunya hati agak berat untuk menyambung tugas masing-masing ya! Mak Aji pula agak bersemangat 'bekerja' di laman setelah rumput baru selesai dipotong - tukang mesin rumput pun mahu cuti merdeka! Semalam dan hari ini baru mahu masuk kerja! Apapun mari kita jamu mata dengan yang kembang-kembang di laman edisi hari Selasa:

Star of the show! - bunga raya tentunya diberi keutamaan sempena Merdeka ini!
Ixora/siantan.
Lupa lagi apa ke namanya bunga ini - asyik hakisan memori aje!
Ros nan sekuntum sahaja.
Tiga sekawan Mexican petunia/ruella.
Alamanda climber.
Kemboja kuning.
Bunga melur.
Can't get enough of you - sorilah ya, Mak Aji asyik ulang tayang bunga ini - syok sendiri!

Sudah puas tengok bunga, sambung balik kerja ya! 





Saturday, 30 August 2014

Yang Maxi, yang Mini



As-salam.

Tempoh hari Mak Aji tunjukkan keratan pokok daun tujuh bilah ungu baru mahu hidup dengan baik setelah hidup segan mati tidak mahu. Sekarang bunganya sudah kembang tetapi saiznya memang mini, sesuai dengan pokoknya yang mini juga saiznya. Lihatkan:

Ini kembangnya yang bersaiz mini. Di dalam kelopaknya ada selapis lagi bunga putih!
Saiznya kecil daripada duit syiling 50 sen.
Ini kembang daripada pokok asal/induknya.
Jika kembang saiznya pula lebih besar berbanding duit syiling 50 sen.

Pokok pun seperti orang juga ya, kalau cukup makan dan penuh khasiat, maka besar dan tinggilah saiz  ya. Kalau kurang pula, maka kurang besar dan tinggilah saiznya! Kalau orang Kelantan kami istilahkan berit/beghit kalau kita bersaiz kecil! Yang bersaiz besar pula disebut 'sedap tubuh badannya' - cukup makanlah tu!




Yang Meriah di Laman

As-salam.

Mak Aji cukup teruja dengan kembangnya Australian gold vine yang hanya setangkai cuma. Insya-Allah akan banyak tangkailah lagi ya!

Masya-Allah cukup cantik, kan!
Pokok daun tujuh bilah ungu juga setelah agak lama senyap akhirnya berbunga lagi alhamdulillah:

Semasa masih kudup.
Nah, kembang sudah!
Kembija Jepun juga menampakkan kembangnya setelah sekian lama senyap sahaja:

Kembang 4 kuntum setangkai.



Friday, 15 August 2014

Chaiyoh!

As-salam.

Mak Aji ada satu pokok daun tujuh bilah yang berwarna ungu dan Mak Aji pernah potong rantingnya dan terus cucuk ke pasu tanpa menggunakan penggalak akar dan seumpamanya. Lama Mak Aji tunggu tetapi nampak macam hidup segan mati tak mahu sahaja. Mak Aji biarkan sahaja dan selalu lupa untuk menjenguk keadaannya. Dua hari lalu semasa mengemas pasunya Mak Aji terlihat kedua-dua cabangnya mengeluarkan kudup bunga ungunya. Malangnya semasa mencabut rumpai di pasu itu salah satu kudup itu patah. Maka tinggallah hanya satu sahaja.:

Halus sahaja ranting yang dicucuk ini !
Ini kudup-kudup bunganya!
Yang bagusnya tu, daun tiada kelihatan langsung dan hanya kudup bunga sahaja yang muncul! Bunga keluar sebab pokok streslah agaknya. Apabila Mak Aji membaja pokok ini kelihatan sama sahaja semacam terbantut manakala rumpai dalam pasunya cukup subur lagi! Apapun chaiyoh untuk pokok kecil ini, moga membesar sebagai johan!

 

Wednesday, 23 April 2014

Si Bunga Ungu Kembang Lagi

As-salam.

Bunga daun tujuh bilah versi ungu kembang lagi dan rupanya cukup cantik dan menawan hati. Walaupun rupamu cantik, durimu perlu sentiasa diawasi (terutama anda yang mempunyai anak-anak kecil yang bernain-main di laman!) 

Indah nian rupamu!



Terdapat tiga tangkai yang kesemuanya menghasilkan bunga. Bunganya pula kembang silih berganti jadi lamalah juga Mak Aji dapat menikmati keindahannya alhamdulillah!



Wednesday, 12 June 2013

Berapa Bilah Jarumnya??

As-salam.

Ummuaidan dari Aku di Fiji Islands ada bertanyakan tentang asal-usul nama pokok jarum tujuh bilah dan Mak Aji mengagak namanya diperoleh daripada bilangan duri/jarum pada batangnya. Untuk mengesahkan sendiri hal itu, Mak Aji belek kedua-dua pokok itu dan terbukti ada sedikit kelainan antara versi yang berbunga pink/ungu dan versi berbunga oren. Saksikan:

Yang berbunga pink/ungu.
Jarum/ bilahnya cuma tiga!! Hai, kena tukar nama ni ke pokok jarum tiga bilah aje!!
Yang berbunga oren.
Yang ini memang tujuh (ada yang lapan??) bilah duri/jarumnya.

Amacam, Ummuaidan, terjawab sudah?? 


Monday, 10 June 2013

Bunga Daun Tujuh Bilah Versi Ungu

As-salam.

Pokok daun tujuh bilah yang bunganya ungu Mak Aji alihkan ke tempat lain yang mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Pokoknya lebih subur berbanding sebelumnya iaitu di bawah teduhan pergola. Dua rantingnya sudah mengeluarkan kelompok bunga dan ini salah satunya:

Kali ini saiz bunganya lebih besar berbanding sebelum ini.

Bunga tujuh bilah vesi oren pula sedang tumbuh kudupnya dalam kuantiti yang jauh lebih banyak berbanding sebelum ini. Mak Aji cuma tanam di pasu sebab mudah sedikit dijaga agar tidak terlanggar dek cucu-cucu yang berlari-lari di laman. Mak Aji pernah melihat pokok ini yang cukup besar dan subur jika ditanam di tanah.




Wednesday, 6 March 2013

Yang Bakal Menyeri

As-salam.

Di laman ada pokok bunga yang baru keluar kudupnya yang tidak lama lagi akan mengeluarkan bunga. Antaranya bunga kesidang, bunga daun tujuh bilah warna ungu, bunga kaktus dan bunga kemboja. Jangan pula kembangnya ketika Mak Aji tiada di rumah! (ziarah anak di Surabaya dari 9-13 Mac) Ini dia:

Kesidang.
Jarum tujuh bilah warna ungu.
Kaktus baldu warna merah darah ikan.
Kemboja merah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...