About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 15 August 2014

Chaiyoh!

As-salam.

Mak Aji ada satu pokok daun tujuh bilah yang berwarna ungu dan Mak Aji pernah potong rantingnya dan terus cucuk ke pasu tanpa menggunakan penggalak akar dan seumpamanya. Lama Mak Aji tunggu tetapi nampak macam hidup segan mati tak mahu sahaja. Mak Aji biarkan sahaja dan selalu lupa untuk menjenguk keadaannya. Dua hari lalu semasa mengemas pasunya Mak Aji terlihat kedua-dua cabangnya mengeluarkan kudup bunga ungunya. Malangnya semasa mencabut rumpai di pasu itu salah satu kudup itu patah. Maka tinggallah hanya satu sahaja.:

Halus sahaja ranting yang dicucuk ini !
Ini kudup-kudup bunganya!
Yang bagusnya tu, daun tiada kelihatan langsung dan hanya kudup bunga sahaja yang muncul! Bunga keluar sebab pokok streslah agaknya. Apabila Mak Aji membaja pokok ini kelihatan sama sahaja semacam terbantut manakala rumpai dalam pasunya cukup subur lagi! Apapun chaiyoh untuk pokok kecil ini, moga membesar sebagai johan!

 

8 comments:

  1. Pokok pokok tujuh bilah tu membesar dengan sihat hendakNYA..

    ReplyDelete
  2. Saya ada pokoknya pemberian seorang rakan kebun. Daunnya banyak, kudup bunga langsung tak kelihatan. Perlu cantaskah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      Entahlah ya, bolehlah kut Awin cuba kalau2 mahu dia berbunga selepas itu.

      Delete
  3. Assalam Mak Aji.. insyaaAllah pokok ni tahan lasak...warna pink ni belum ada lagi yang ada pokok bunga oren .. kesian gak dah lebih sepuluh tahun dalam pasu.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Yang ungu/pink ni agak susah nak dapat berbanding yang oren. Kalau yg oren tu (ikut pengalaman) memang mudah nak dapat. Dalam pasu pun takpe asal dia subur, bahagia juga dia Mar!

      Delete
  4. As Salam mak aji,
    ikutkan pokok ni cukup senang hidup...yg kat rumah kami dah jadi mcm pkok kayu besar dah...sampai kena upah org cungkil...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Kalau yang oren tu memang senang hidup tapi yang bunganya ungu ni macam susah sikit je. Dah lama sangat Mak Aji cucuk keratan ni, dok gitu2 je dia. Nak dipotong lagi untuk dicucuk lagi takut terima nasib yang sama je. Dahlah pokok asalnya tu tak sebesar mana, nak potong buat keratan pun sayanglah pulak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...