As-salam.
Kalau cuaca mengizinkan pagi-pagi kalau Mikhail sudah bangun dari tidur, Mak Aji bawa dia ke laman sambil Mak Aji menyiram pokok. Itulah dia kumbang nan seekor - Mikhail!
Mak Aji cukup seronok apabila pokok kembang pukul empat menghasilkan bunga merah terang pula selain kuning. Bunga ungu pula keluar dari pokok yang satu lagi di pasu yang sama. Perhatikan:
|
Kumbang dengan bunga kuning dan merah. |
|
Kumbang dah mengantuk. |
|
Kumbang yang bam bam! |
|
Yang ungu/magenta. |
|
Yang merah. |
|
Yang kuning. |
|
Ini pokoknya. |
Salam mak aji...meriah berbunga laman mak aji...
ReplyDeleteMilkhail nanti suka dengan benda2 cantik...mcm ank kumbang sy sorang ni pantang nmpk bunga...cantik mama...cantik mama...naik lenguh nk jawab yer cantik :D
Salam Nadia,
DeleteHe he, layan ajelah Nadia. Tak lama lagi giliran Mak Aji pula nak layan cucu pulak begitu! Baik Aleesya mahupun Mikhail semuanya suka dok kat luar. Kalau nagis dok dalam rumah, puas pujuk tak jalan juga, maka kat luarlah perginya, terus senyap! Biar mereka dari kecil dekat dengan tumbuhan - agar mereka juga suka berkebun macam kita juga, insya-Allah!
comelnye cucu mak aji..ank2 saya pn suka pokok..umur 3 n sethn lebih berebut pili air nk siram pokok
ReplyDeleteSalam Ct Mar,
DeleteAlhamdulillah, cucu nombor 4 ni, insya-Allah yang no. 5 nak disambut tahun depan pulak. Bagus tu, Mak Aji pun suka layan cucu di laman (Pak Aji yang suka sembur pokok pastu sembur cucu sekali - seronok mereka basah lencun dikerjakannya!), biar mereka dari kecil menghargai tanaman, moga2 mereka besar suka bertanam juga, insya-Allah.