About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 8 August 2014

Lebih Sihat, Lebih Jimat

As-salam.

Beberapa hari sebelum raya, Mak Aji ke pasar raya untuk membeli keperluan dapur dan Mak Aji terjumpa jus mulberi hitam berikut yang dijual. Agak terkejut juga Mak Aji bila melihat harganya!:

Jus mulberi organik tanpa gula.
Harganya boleh tahan ya! Jadi bagi kita yang ada menanam mulberi tu, cubalah bikin jus/sirap mulberi sendiri yang tentu sahnya lebih menyihatkan dan lebih menjimatkan! Berikut sirap mulberi yang Mak Aji bikin sendiri - tahan sebentar sahaja sebab semua ahli keluarga menyukainya!:

Yang bikin sendiri tentu lebih jimat!



9 comments:

  1. salam mak aji..
    sedapnya!! teringin nak buat tapi belum tanam pun lg pokok mulberi..
    bukan saja jimat tapi berkhasiat,,yg beli sah2 ada pengawet,,khasiat sebenar mungkin kurang dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Memang sedap dan sudah pastinya organik dan berkhasiat! Betul tu. Itu yang kena cepat2 tanam tu. Dalam pasu pun kalau cukup jagaan mampu berbuah juga! Mak Aji sekarang adalah stok sekitar 250 gm dalam freezer - tak sebanyak tuaian lepas. Akan disirap dalam tempoh terdekat ni, insya-Allah.

      Delete
  2. Salam lebaran dan selamat berhujung minggu...sedapnyer, panas2 begini memang nyaman tekak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam BUNDA,

      Lama tak 'jumpa' ya! Salam aidilfitri juga drp Mak Aji, maaf zahir batin. Betul tu, itu yang cepat je selesai setiap kali dihasilkan sirapnya!

      Delete
  3. Assalam Mak Aji.. selamat hari raya maaf zahir dan batin.. baru dapat nak focus tengok blog Mak Aji ni.. pekat sungguh jus mulberi Mak Aji ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Salam aidilfitri juga utk Mar, maaf zahir batin. Sibuk menjaga En. Boss yang kurang sihat ya. Memang buat pekat supaya boleh jimat ruang dalam peti ais!

      Delete
  4. saya tgh kumpul mulberi bekukan dalam peti,tak sabar nak projek mcm mak aji. tp tu la...mcm lambat je lagi. huhu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Takpe, dok dalam freezer lama sikit takpe. Mak Aji pun masih belum buat lagi ni, asyik x sempat je. Pokok pun baru cantas, lambat lagilah nak tuai tu.

      Delete
  5. Untung buat sendiri lebih fresh!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...