About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 30 August 2014

Anggur yang Menyerah Diri

As-salam.

Setelah puas bermain cak dengan buah anggur yang akhirnya berterabur menjadi kismis di tanah (entah berapa banyak tangkai yang berbuah tanpa disedari dan busuk begitu sahaja di sebalik jaring hitam yang menjadi bumbung pergola), akhirnya sekejap tadi (setelah Mak Aji meninjau-ninjau) kelihatan 2 tangkai anggur yang baru keluar buahnya!:


Tangkai pertama.
Tangkai kedua lebih banyak buahnya.

Apabila sudah kelihatan mudahlah untuk Mak Aji pantau perkembangannya. Kalau berada di bumbung pergola, susahlah pula memanjat, takut ada sahaja nangka busuk yang menyembah bumi nanti!

Harap-harap menjadilah buah ini sebagai rezeki kami, insya-Allah!




2 comments:

  1. Salam mak aji,,
    anggur bertuah ni sanggup menyerah diri untuk tuan..hihi btw nampak sedap wp pun belum matang sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      He he, Mak Aji pun bertuah sebab anggur tu sanggup untuk berbakti kepada tuannya!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...