About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 26 August 2014

Salam Takziah

As-salam.

Pagi ini cuaca agak suram. Sejak awal subuh lagi hujan turun membasahi bumi. Pagi ini juga Mak Aji dikejutkan oleh berita sedih yang diterima beberapa jam selepas ia dihantar. Mak Aji berasa agak kurang sihat lalu usai solat Subuh tidur sekejap - sibuk sangat semalam hinggakan badan terasa umpama nak demam (demam urat).

Sekitar jam 7.00 pagi, PM dikirimkan oleh rakan blogger, Mar dari blog Suka-suka lewat FB dan Mak Aji cuma membacanya sekitar jam 9.00 pagi. Berita itu cukup mengejutkan. Rupa-rupanya suami Mar yang digelar sebagai (fondly known as) En. Boss telah kembali ke Rahmatullah. Baru lagi Mak Aji dan kawan-rakan blogger berkebun yang lain bertemu di rumah Diana KBB tempoh hari dan menyebut tentang Mar. Kami berempat berkumpul dan berasa agak tidak cukup korum tanpa kehadiran Mar. Mak Aji dimaklumkan Mar tidak dapat hadir kerana En. Boss kurang sihat. 

Berita kepulangan orang yang rapat dengan kita mengingatkan betapa garis pemisah antara hidup dan mati itu amatlah tipis. Sebentar kita di sini dan sesaat lagi kita di sana. Marilah kita saling ingat-mengingati bahawa hidup ini cukup berharga untuk disia-siakan dan manfaatkanlah masa untuk berbakti kepada Allah SWT dan juga sesama insan. Setiap apa amal bakti kita di dunia ini akan beroleh ganjaran yang setimpal di akhirat nanti, insya-Allah!

Marilah kita hadiahkan Al-Fatihah kepada suami Mar, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang solih yang beroleh Rahmat-Nya jua. Al-Fatihah:






10 comments:

  1. takziah tuk kak mar sekeluarga ..walaupun tak pernah bersua muka namun terasa rapat dan dapat rasa kesedihan mereka...
    terpikir jugak..hari nie kita bergaul mesra dgn pasangan kita, tetiba esok tuhan menjemputnya...tidak jugak kita ketahui..hargailah mrk selagi bersama kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Betul tu, walau tak pernah bersua muka namun ikatan ukhwah tetap rapat antara kita yang sering bersua di alam maya ini! Betul tu, kita sering lupa akan hakikat hidup yang sementara ini. Apabila kejutan seperti ini berlaku baru kita tersedar.

      Delete
  2. assalammualaikum Mak Aji.
    Pantasnya masa berlalu..persekitaran kita penuh dengan berita kehilangankan. Sama sama lah kita berdoa semoga k Mar tabah dan Allah tempatkan suaminya bersama golongan orang yang beriman. Dapat rasakan kesedihan dan kesunyian yg.dihadapi k Mar saat ini ketika ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Puteri,

      Amin, amin ya Rabbal alamin. Sama2lah kita doakan utk arwah dan juga Mar sekali.

      Delete
  3. Salam Mak Aji.. Nurul pun baru terbaca hari ni.. Sebak pula hati ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul,

      Memang dapat kita rasakan kesedihnan yang dialami Mar terutamanya serta anak2nya. Moga mereka reda dengan ketentuan ini.

      Delete
  4. Itu lah sy terbaca yg mak aji punya..terus ke blog k.mar...al-fatihah utk arwah

    ReplyDelete
  5. Nanti kita ramai2 pergi ziarah Kak Mar nak? Buat sementara waktu ni biarlah kak mar memujuk diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      Insya-Allah. Betul tu. Nanti nak kena dapatkan nombor fon Mar spy senang berhubung secara terus nanti.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...