About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Saturday, 30 August 2014

Buah Apa Ni??

As-salam.

Minggu lepas Mak Aji meneman menantu untuk temu janji Mikhail dengan jururawat di klinik kesihatan dan sebelah klinik tersebut ada pokok ini yang ditanam dihujung lamannya di tepi pagar. Merah menawan buahnya tetapi tidaklah Mak Aji tahu apa buahnya - anak-anak dan juga emak anak tentu geram melihatnya. Teringin rasanya untuk memetik dan memakannya, jangan beracun sudah!:

Bentuk buahnya seperti buah kundang yang merah warnya!
Ini buah serta bunganya yang comel saiznya.
Ini pula pokoknya yang melepasi kepala Mak Aji tingginya. Cukup meriah berbuah!

Anda tahu apa nama buahnya? Boleh dimakan ke??


6 comments:

  1. salam makji,
    tgkkan buahnya warna pink gitu mmg terasa cam geram nak makan jer...tapi pun tak tahu jenis yg boleh dimakan ker tk..kena tny tukang kebun klinik kot...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Geram aje rasa nak petik dan terus ngap je tengokkan buahnya ni! Nak tanya orang takde sapa pulak kat situ, maka kekallah misteri sehinggalah ada orang yang berjaya merungkaikan identitinya!

      Delete
  2. Salam Ummu; buah ajaib ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dr. H,

      Saya agak begitulah, kelihatannya lebih kurang sama dengan yang terdapat pada blog berikut, cuma agak kurang jelas bentuk daun:

      http://baca-blogspot.blogspot.com/2012/06/kenali-buah-ajaib-buah-seribu-manis.html

      Cuma bentuk buah yang saya lihat ni agak bulat sikit manakal yg dalam blog ini agak lonjong - Allahualam!

      Delete
  3. buah keradang, atau keranda atau carissa caranda. pokoknya sangat cantik terutama ketika berbuah, bunga warna putih sedikit wangi. Buahnya masam dan banyak getah. Ada yang kata kalau rajin makan buat ulam akan awet muda. Nak makan kena celur dulu untuk hilangkan getah. Bila buah dah tua dan berwarna ungu gelap dah tak boleh nak makan sebab lembut berair. Ada juga yang keringkan buah muda untuk digunakan sebagai ganti asam keping dalam masakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MUNA,

      Terima kasih atas info yang cukup bermanfaat itu!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...