About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday 14 September 2014

Disapa Haruman Kesidang

As-salam.

Beberapa hari lalu sambil Mak Aji meninjau-ninjau laman hadapan Mak Aji disapa lembut oleh haruman kesidang yang cukup wangi. Alhamdulillah seronok rasanya pada ketika itu! Jambak bunganya tidak kelihatan namun harumannya cukup untuk menandakan kehadirannya! Setelah dibelek-belek maka kelihatanlah bunganya:

Alhamdulillah atas anugerah-Mu!
Sila abaikan benda yang di hujung kanan atas - bukan hantu yang enter frame, sekadar jari
jemari Mak Aji memaut ranting!



14 comments:

  1. MasyaAllah cantiknya kesidang mak aji...subur...tentu wangi semerbak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Bunganya cantik dan yang paling istimewanya cukup wangi - macam bau bunga rampai!! Pokok taklah sesubur manapun. Mak Aji baru dapat petua baru agar pokok ni rajin berbunga- buang sebahagian daunnya!

      Delete
  2. Mak Aji , kat tempat saya panggil pokok bunga kerak nasi...kecik kecik dulu sllu main pakai bunga nii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sud@is,

      Kat kampung Mak Aji pun dipanggil kerak nasi juga! Tentu comel je Sud@is pakai bunga ni selit kat telinga!!

      Delete
  3. Seronoknya mak aji..cantik dan subur bunganya.sy mmg gemar bunga2 wangi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Itu yang bestnya ada pokok wangi di laman, belum nampak lagi dah tercium bau harumannya - macam kena loteri je pagi2!

      Delete
  4. salam singgah..
    kesidang ye namenye? dekat rumah mil ade,tp xtau name..kami panggil pokok bunge rampai..sbb bau mcm bunge rampai je..

    -imm-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Imm,

      Memang ya pun baunya macam bunga rampai! Sekarang tak ramai org buat bunga rampai, sekadar cium bau bunga ni ajelahlah untuk mengingatkan kita akan haruman bunga rampai ya!

      Delete
  5. assalammualaikum Mak Aji.
    Saya nak tanam bunga ni, tanam dari benih ke atau keratan batang?..hihihi seriusnya emosi saya..nak sangat lah tu..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Puteri,

      Mak Aji beli je pokok ni kat nurseri. Beberapa kali Mak Aji cuba tanam keratan batangnya belum lagi menjadi, enyah apa silapnya. Begitu juga dengan akar dani. asyik tak menjadi aja!?

      Delete
  6. Assalammualaikum Mak Aji,

    cantiknya kesidang mak aji......best berbau wangi je duduk luar rumah. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ibu Qis,

      Bau yang wangi bonus untuk tukang kebun sambil berkebun kat laman!

      Delete
  7. Waaa mak aji dah disapa...cantik bunga nya...berapa lama amik masa nak berbunga mak aji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Mak Aji beli pokok ni kat nurseri dah agak besar juga. Jadi tak lama berbunga dia.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...