About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label buah. Show all posts
Showing posts with label buah. Show all posts

Saturday, 30 August 2014

Buah Apa Ni??

As-salam.

Minggu lepas Mak Aji meneman menantu untuk temu janji Mikhail dengan jururawat di klinik kesihatan dan sebelah klinik tersebut ada pokok ini yang ditanam dihujung lamannya di tepi pagar. Merah menawan buahnya tetapi tidaklah Mak Aji tahu apa buahnya - anak-anak dan juga emak anak tentu geram melihatnya. Teringin rasanya untuk memetik dan memakannya, jangan beracun sudah!:

Bentuk buahnya seperti buah kundang yang merah warnya!
Ini buah serta bunganya yang comel saiznya.
Ini pula pokoknya yang melepasi kepala Mak Aji tingginya. Cukup meriah berbuah!

Anda tahu apa nama buahnya? Boleh dimakan ke??


Saturday, 17 March 2012

Betik Lagi - Terbukti yang Terbaik!!

Mak Aji biarkan betik benar-benar masak agar lebih manis. Jadi Mak Aji potong untuk makan malam. Lihatlah betikku yang cukup manis, terasa macam seorang pun boleh habiskan sebiji! Lagipun buahnya pun comel aja! 

Betik yang cukup manis!!
Betik menjadi pembuka selera sebelum menjamah makan malam: tom yam kung (udang) dengan ikan lampam goreng serta ulam petola segi (buah tene kalau orang Kelantan). Alhamdulillah sedap sekali!

rezeki kami malam ini

Betik Sulung

Petang semalam Pak Aji petik buah betik sulung kami yang masak sepenuhnya. Buah pertama yang dipetik hari minggu lepas kami celursahaja sebagai ulam. Ketika itu sedang mengkal, hampir masak - ramai yang makan sebab keluarga yang berkereta-kereta datang untuk kenduri kahwin anak buah suami. 

Ini betiknya - insya-Allah manis kata Pak Aji - yet to be tested!:

Betik sulung yang masak - alhamdulillah!!

Thursday, 10 November 2011

Betik Sulung

Selepas sekali pengalaman menunggu pokok betik membesar hingga berbuah dan nasib tidak baik dan pokoknya pokok jantan, maka kami terpaksalah tunggu pokok lain membesar. Kali ini alhamdulillah pokoknya betina dan sekarang sedang berbuah sulung. Tak sabar rasanya nak merasa buah sulung masak nanti!

Inilah buah sulung kami



Tuesday, 13 September 2011

Pokok dan Buah Bendi Gergasi

Pokok bendi belakang rumah memang lambat berbuah. Bila dah berbuah, tak berhenti-henti, sampai tak sempat nak petik, hingga terlajak tua dan liat. Buahnya hingga sepanjang 9 inci! Pokoknya pula dah lebih tinggi daripada bumbung bahagian dapur basah.
Bunga bendi baru lepas kena hujan

Monday, 12 September 2011

Berkongsi Para

Baru berpeluang nak sambung cerita para anggur. Sebenarnya para ni dibuat bukan sahaja untuk anggur tetapi juga untuk pokok bunga kesidang - kira kongsilah tu. Yang satu insya-Allah akan berbuah dan yang satu lagi mengeluarkan bau yang semerbak! Sambil bersilat di dapur menyediakan makanan, bolehlah menikmati bauan semerbak, ringanlah sedikit kerja di dapur!
Ini para untuk anggur di atas dan juga untuk kesidang di bawah

Bunga kesidang mekar mewangi selepas hujan

Thursday, 8 September 2011

Para untuk Pokok Anggur

Sebelum raya pokok anggur dah mula menjalar-jalar tanpa arah sebab para/trellis/pergola belum dibuat lagi. Alhamdulillah petang ni selepas kerja, projek para anggur agak-agak siaplah, tetapi sekadar seadanya sahaja, rupa tak adalah, tapi berfungsilah seperti yang sepatutnya, insya-Allah!

Tempoh hari terjumpa foto pergola yang biasanya digunakan untuk tumbuhan berbunga yang menjalar, tetapi kali ini, sayuran yang menjalar dengan buahnya bergantungan! Cantik dan berfungsi - sayurnya tentu sedap sekali. Ini kalau ada rezeki boleh dijadikan projek tahun hadapan apabila sudah berpencen - something to really look forward to!!  

Gambar para anggur, tungguuuu!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...