About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 29 March 2013

One Down, More to Come!

As-salam.

Akhirnya penantian berakhir - setandan pisang abu diturunkan Pak Aji petang tadi. Jangan selepas ini mengadu sakit pinggang lagi, sudah! Ini dia Pak Aji dan pisang serta pokok pisang kami:

Setandan pisang abu.
Pak Aji menyelesaikan batang pisang setelah mendapatkan pisangnya.
Tingginya melepasi bumbung beranda belakang!
Umbi pisang yang sepemeluk saiznya!
Maka bermulalah kenduri pisang!!



Hadiah GA - Terima Kasih Dini!

As-salam.

Mak Aji bukanlah seperti orang tertentu yang asal masuk peraduan ke, hadir acara cabutan bertuah ke, pasti mengena. Sebaliknya kalau ada cabutan bertuah dan semua orang di meja mendapat hadiah, Mak Aji seorang yang balik tangan kosong! 

Itulah namanya tiada rezeki. Lain pula halnya dengan GA yang dianjurkan Dini dari blog berikut:  http://ajwadamzar.blogspot.com/2013/03. Kali ini rezeki menyebelahi - Mak Aji menang!!

Ini hadiahnya:

Hadiah daripada Dini.



Benih dari Kampung

As-salam.

Ketika di kampung kami mengambil peluang menziarah saudara Pak Aji yang anak lelakinya baru meninggal beberapa hari lepas kerana kemalangan jalan raya. Semasa hendak balik dan masuk ke kereta Mak Aji bertanyakan beberapa tanaman sayuran di laman hadapan rumahnya. Langsung tuan rumah menawarkan benih yang memang disimpannya untuk ditanam semula kemudiannya. Ini antara stok benih yang diberi kepada Mak Aji:

Benih kacang panjang, petola, bendi, bunga telang dan terung.

Mak Aji seronok melihat kacang panjangnya yang sepanjang 2.3 kaki! Memang cukup panjang - sebatang sudah cukup untuk makan dua orang!



Bunga Cantik di Kampung

As-salam.

Seperti biasa, sambil menyelam Mak Aji minum air - balik kampung untuk hadir kenduri kahwin, untuk urut dan juga ambil peluang untuk merakam foto menarik. Jom layan:

Dari tepi jalan.
Orkid di hentian Benta.
Orkid yang sama.
Juga di Benta.
Pokok udara yang menggunakan semula rangka kipas angin!
Pokok rama-rama/kupu-kupu.
Orkid dari rumah sepupu.
Cantik corak pokok jenis keladi ini - lebih lebar berbanding yang di rumah Mak Aji.
Juga bunga di tepi jalan.

Bunga raya merah jambu.
Kemboja Jepun merah menyala!





Kesidang Mewangi Laman

As-salam.

Sebelum Mak Aji balik kampung, bunga kesidang baru berbunga beberapa kuntum dalam gugusnya. Balik sahaja kami disambut bau bunga kesidang, cukup wangi sekali!

Kesidangku sayang!
Di bawah gerbang arbor - kutip dan kumpul batu agregat yang bertabur di laman untuk menghasilkan ini - sakit pinggang dibuatnya! Pokok kesidang nampak 'gembira' berumah di sini. Pokok akar dani di kanan juga sudah mula keluar kudup.



Kembang di Laman

As-salam.

Lama sungguh rasanya blog ini bersawang. Antara lainnya Mak Aji kurang sihat selepas balik dari menziarah anak, juga sakit badan sebab terjatuh gara-gara mengikat money-plant ke pergola - baru sahaja diperbetul penjajaran diri semasa balik kampung beberapa hari lepas. Ini dia money-plant yang 'bertuah' itu:

Nampak tidak tali rafia yang mengikat money-plant ke tiang melintang pergola? Money-plant bertuah, tuannya sahaja yang tidak!
Alhamdulillah kesihatan sudah kembali pulih untuk kembali bersiaran. Jom kita layan beberapa foto bunga yang sedang kembang di laman:

Bunga kaktus dari dekat. Baunya sedikit busuk sehinggakan menarik lalat untuk hinggap!!
Kembang pertama pokok kemboja di pasu.
Bunga melur.
Kembang kemboja segugus.
Lili putih baru kembang.
Perhatikan pollennya dari dekat!



Saturday 16 March 2013

Hiburan Pagi

As-salam.

Kalau mereka yang bekerja sibuk dan pagi-pagi lagi perlu bergegas-gegas ke pejabat, terutama mereka yang bekerja di KL, kami yang sudah berpencen lain pula halnya. Suasana pagi yang nyaman dimanfaatkan sebaik-baiknya mengikut keperluan dan kehendak kami. Yang pastinya, nyaman pagi menjadi teman sarapan di beranda sambil melayan hiburan percuma yang disediakan oleh pelbagai jenis burung di sekitar rumah kami! Kata orang burung-burung turut berzikir kepada Pencipta dengan cara mereka yang tersendiri!!

Dengarkan link berikut yang sempat dirakam pagi semalam: 


Salah satu jenis burung yang berkicau menghiburkan kami! - murai.
Sumber foto:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Burung_Murai_Kampung

Alhamdulillah atas nikmat hiburan yang diberikan - hadiah yang cukup berharga bagi kami!





Taman dalam Rumah

As-salam.

Mak Aji pernah berkongsi foto water-feature yang terdapat di rumah kawan di Sidoarjo, Surabaya tidak lama dahulu. Dalam kunjungan baru-baru ini, kawan tersebut, Ibu Dewi sudah mula mencipta taman kecil di dalam rumahnya.

Apa yang menarik dengan rumahnya ialah rumahnya tiada pintu belakang. Sebaliknya ada pintu sisi selain pintu hadapan. Keseluruhan kawasan tanah dikepung dengan tembok yang setinggi rumah dua tingkat! Jadi, apabila berada di bahagian belakang rumahnya, kita terasa agak lapang dan bebas! Lihatlah beberapa foto yang sempat Mak Aji rakam:

Water-feature yang dihiasi tanaman di dalam pasu.
Tangga kedua (selain dari dalam rumah) yang menghubungkan kedua-dua lantai. Juga dihiasi tanaman di pasu.
Dinding temboknya memang menarik sekali dengan ruang untuk tanaman.

Mak Aji cukup sukakan konsep tertutup namun terbuka ini! Memang cukup nyaman bekerja di dapur dalam ruang yang terbuka dan berangin ini!





Thursday 14 March 2013

Pisang Lemak Manis

As-salam.

Seperti sebelum ini apabila pokok pisang lemak manis berbuah dan cukup matang, Pak Aji akan menggantungnya di pergola sehingga cukup masak untuk dimakan. Seronok pula melihatkannya, seolah-olah tumbuh dari salah satu tiang pergola!:

Pisang lemak manis/emas.



Senduduk Pandai Memujuk

As-salam.

Pokok senduduk, seperti yang kita semua maklum merupakan pokok liar, pokok yang tumbuh disemak. Pokok ini biasanya tidak ditanam. Sebaliknya ia tumbuh sendiri. Lain pula halnya dengan senduduk putih yang ditanam kerana khasiatnya dari segi perubatan tradisional.

Di laman Mak Aji terdapat pokok senduduk yang agak tinggi, sekitar lebih 6 kaki tingginya. Sudah berkali-kali Mak Aji ingin mencabutnya tetapi dek kerana pokoknya galak berbunga, niat itu dibatalkan sahaja. Lihatkan:











Tamu di Laman

As-salam.

Beberapa hari lepas semasa Mak Aji memerhati pokok senduduk yang sedang galak berbunga, terpandang pula Mak Aji akan mengkarung ini. Yang bagusnya mengkarung ini selamba sahaja diam semasa Mak Aji merakam fotonya!:



Itu dia!!



Bunga Harum Sundal Malam

As-salam.

Semasa berada di Spa Yaya di Pasuruan, Surabaya, Mak Aji perasankan bau harum dan apabila meninjau, ini yang dilihat:

Ini bunganya dari dekat - cukup harum!
Diletak di pasu tinggi bagai tempayan.
Mak Aji dimaklumkan bahawa bunga ini banyak ditanam di Bangil, sebuah kota berdekatan Pasuruan. Bangil juga dikatakan sebagai pengeluar/pembekal bunga ini dan dibekalkan hingga ke Jakarta! 



Pokok Disember



As-salam.

Seperti yang pernah Mak Aji sebut sebelum ini, apabila ke Surabaya sekali lagi Mak Aji akan mendapatkan benih pokok bunga yang agak pelik yang pernah Mak Aji tunjukkan sebelum ini. Ini rupanya:
           
Pokok Disember.
Mak Aji ada menunjukkan foto pokok ini kepada pemilik spa yang Mak Aji kunjungi semasa di sana. Dialah yang memberi maklum yang nama pokok ini pokok Disember sebab pokok ini hanya berbunga sekali setahun pada bulan Disember! Pemilik spa tersebut, Yaya memberi satu pokoknya, jenis bebawang, seperti berikut:

Pokok Disember yang diberi Yaya.

Untuk membawanya pulang, Mak Aji memotong batangnya dan membungkusnya di dalam kertas dan berikutnya dengan kain batik pula. 

Apabila Mak Aji ke rumah kawan di Sidoarjo, tempat Mak Aji pertama kali melihat pokok ini, Mak Aji bertemu dengan jiran sebelah kawan itu, tuan punya pokok. Dia dengan murah hati menggali sekitar 10 pokok untuk Mak Aji bawa pulang. Sayang seribu kali sayang kesemuanya dirampas kastam! Terasa bagai hendak tumpah air mata mengenangkannya!!

Jadi, pokok di atas sahajalah yang selamat dibawa pulang. Mak Aji sudah menanamnya dan berharap menjelang Disember hadapan akan keluarlah bunganya pula! 

Selepas dipotong sebahagian batangnya.
Selamat ditanam.
Ini pokoknya dari dekat.
Deretan pokok Disember sebelum sebahagiannya digali untuk diberi kepada Mak Aji.




Friday 8 March 2013

Kupu-kupu Cantik

As-salam.

Foto berikut diambil sejak akhir tahun lalu, asyik lupa untuk dimuat naik. Layan:

Entah apa jenisnya tamu pagi ini!



Nurseri Sungai Buloh

As-salam.

Semalam Mak Aji keluar sendiri atas urusan membantu kawan mendapatkan tiket Air Asia. Setelah puas menggodak secara dalam talian dan asyik kena poof berulang kali, maka terpaksalah juga keluar ke ejen Air Asia.

Terlanjur keluar sendiri, apa lagi, ke nurseri Sungai Bulohlah! Layan beberapa foto yang diambil sambil Mak Aji beli pasu, tempat semai benih, kepingan batu refleksologi dan lain-lain:

Pertama kali lihat kaktus ini, cantik warnanya!
Dari dekat. Tak berani tanya harganya, takpa tunggu kaya dulu!!
Entah apa nama bunganya yang pelbagai warna, cukup meriah sekali!
Cantik dan menarik sekali yang ini!
Cili api ungu organik RM12 sepasu.
Deretan kaktus yang warnya dari pink hingga purple!
Kalau nak beli kaktus tak perlu ke Cameron, di sini banyak sekali!
Satu set meja dan empat bangku simen dengan harga RM480 (masih boleh tawar!) Sedang fikir-fikir ni!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...