As-salam.
Lama sungguh rasanya blog ini bersawang. Antara lainnya Mak Aji kurang sihat selepas balik dari menziarah anak, juga sakit badan sebab terjatuh gara-gara mengikat money-plant ke pergola - baru sahaja diperbetul penjajaran diri semasa balik kampung beberapa hari lepas. Ini dia money-plant yang 'bertuah' itu:
 |
Nampak tidak tali rafia yang mengikat money-plant ke tiang melintang pergola? Money-plant bertuah, tuannya sahaja yang tidak! |
Alhamdulillah kesihatan sudah kembali pulih untuk kembali bersiaran. Jom kita layan beberapa foto bunga yang sedang kembang di laman:
 |
Bunga kaktus dari dekat. Baunya sedikit busuk sehinggakan menarik lalat untuk hinggap!! |
 |
Kembang pertama pokok kemboja di pasu. |
 |
Bunga melur. |
 |
Kembang kemboja segugus. |
 |
Lili putih baru kembang. |
 |
Perhatikan pollennya dari dekat! |
No comments:
Post a Comment