About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label bunga bakawali. Show all posts
Showing posts with label bunga bakawali. Show all posts

Monday, 6 January 2014

Kembangmu Tidak Kusedari

As-salam.

Pada beberapa hari lepas semasa Mak Aji meninjau laman, Mak Aji perasan sesuatu di celah dedaun - apabila dibelek ini rupanya yang berselindung:

Tahu tahu sahaja sudah layu!
Sayang sekali!
Bunga bakawaliku kembang rupa-rupanya. Kalau sudah tiada rezeki Mak Aji untuk dinikmati keindahanmu, maka reda sahajalah hati ini. Yang sedikit terkilan itu, ditunggunya juga kepulangan Mak Aji untuk kembang tetapi tidak pula perasan tuannya! Rasa kasihan pun ada di hati - seperti tidak dipedulikan! (untuk bunga itu, bukan sangat untuk tuannya!) Pelik tidak begitu yang dirasa?? 


Wednesday, 23 October 2013

Ulang Tayang Bakawali

As-salam.

Bunga bakawali sudah kembang sepenuhnya jam 12 malam tadi dan apa yang tinggal pada jam 7.00 pagi ini hanyalah kudup yang sudah meluyut. Mari kita lihat perkembangannya sejak petang semalam sehinggalah bakawali pada pagi ini:

Mari kita ulang tayang perkembangannya dari awal hingga akhir:

Pada lewat petang semalam.
Pada jam 10 malam.
Pada jam 11 malam.
Bakawali pada puncaknya pada jam 12 malam.
Kudupnya layu sudah.
Kawan FB Mak Aji yang juga mantan bos mencadangkan agar bunga ini dibiarkan kering secara semulajadi di tangkainya dan selepas itu di simpan di dalam bekas untuk terus menikmati harumannya! Insya-Allah akan dibuat begitu nanti. Itu yang dibuatnya dengan bunga orkidnya dan setelah 3 bulan harumannya masih ada bila bekasnya dibuka!


Kembang Sudah Bakawaliku!

As-salam.

Akhirnya bakawaliku kembang sepenuhnya menjelang jam 12 malam ini. Saksikan keajaibannya:

Beginilah warnanya secara semulajadi (tiada flash digunakan).
Warnanya sedikit kekuningan apabila disuluh dengan lampu dari telefon bimbit.
Selesai sudah penantian untuk malam ini. Dalam beberapa minit lagi akan layulah bakawaliku. Walaupun kembangmu seketika cuma, namun keindahan rupamu serta harummu akan sentiasa terakam dalam ingatan! 


Begitu intricate bahagian dalam kelopak bunga ini - harum baunya!!



Tuesday, 22 October 2013

Bakawali Jam 11 Malam

As-salam.

Berikut pula bakawali menjelang jam 11 malam:






Kembangnya hanya sekuntum tetapi macam tidak puas pula merakam fotonya yang masya-Allah cukup cantik sekali!!



Bakawaliku Jam 10 Malam

As-salam.

Sebentar tadi Mak Aji keluar lagi ke laman dalam hujan renyai-renyai untuk mengintai perkembangan bunga bakawaliku! Sudah separuh kembangnya!!:




Melihatkan bentuk kelopaknya, rasa-rasanya serupa dengan bakawali yang pernah Mak Aji tanam beberapa tahun dahulu! Kalau benar, memang jauh lebih cantik berbanding yang berkelopak runcing itu!

Hujan semakin lebat sekarang dan baru sebentar tadi Boy terpaksa alihkan pasunya ke porch agar foto boleh dirakam tanpa terpaksa berpayung nanti!




Menunggu Detik 12 Malam

As-salam.

Pada pagi tadi bunga bakawali menunjukkan tanda-tanda akan kembang pada malam ini! Menjelang petang tadi ini rupa kelopaknya:


Insya-Allah jam 12 nanti akan kembanglah bunga ini!
Saat yang ditunggu-tunggu akan tiba menjelang tengah malam nanti (jangan terlupa langsung masuk tidur sudah!). Kalau rajin Mak Aji akan diupdate kembangnya, kalau tidak tunggu sahaja menjelang pagi esok ya, tungguuuuu!!!




Saturday, 19 October 2013

Menunggu Kembangmu Bakawali

As-salam.

Pokok bunga bakawali yang dibawa dari kampung beberapa bulan lalu hidup subur di pasu dan pagi tadi Mak Aji ternampak yang satu kudup bunganya sudah muncul! Esok lusa kembanglah dia insya-Allah (jangan terlupa sudahlah!):

Tidak sabar menunggu bungamu kembang!
Pokok bakawali.
Kata anak sepupu Pak Aji, tuan punya asal pokok ini, kembang kelopaknya tajam-tajam dan bukan bulat-bulat, mungkinkah begini??:

Bunga bakawali berkelopak tajam-tajam.
Sumber foto:  isabdullah.blogspot.com
Ini pula bentuk kelopaknya bulat-bulat - bunga yang pernah kembang di laman beberapa tahun lalu (tiada lagi anaknya).

Mak Aji lebih sukakan jenis kelopak kedua tetapi apakan daya benihnya tiada lagi. Manalah tahu entah-entah esok lusa ada rezeki, terjumpa pula anaknya?? - aminn!




Wednesday, 12 June 2013

Bunga Bakawali

As-salam.

Beberapa tahun lalu Mak Aji ada menanam pokok bunga bakawali (di dalam pasu plastik) dan setiap kali bunganya hampir kembang, kami angkut pasunya dan letak di atas meja makan sambil menunggu saat bunganya kembang tepat jam 12.00 malam! Berikut salah satu bunga yang sempat Mak Aji rakam fotonya dan disimpan sebagai kenangan:

Bunga bakawaliku yang masya-Allah cukup cantik sekali!!

Sekarang di laman pokok bakawali ada tetapi belum berbunga lagi. Entahkan begini bunganya entah kan tidak! Apapun akan kutunggu akan tibanya saat pokoknya berbunga dan bunganya kembang seperti tempoh hari!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...