About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 4 April 2014

Bunga Kunyit Hitam

As-salam.

Pasa suatu pagi (macam permulaan cerita pulak ya!) di laman, Mak Aji perasan akan sekuntum bunga putih yang pertama kali kembangnya. Mahu keluar bunga juga pokok ini ya! Cuba perhatikan bunganya!:

Cantik pula bunganya walaupun saiznya kecil sahaja!
Kecil sahaja bunganya di celah-celah batang kunyit hitam.
Sebenarnya kunyit hitam ini berjaya menarik minat sebilangan orang yang mahukan benihnya. Mak Aji memang banyak anak pokok ini di rumah dan setakat ini sudah ada peminat pokok ini yang datang ke rumah mengambil benihnya. Mak Aji juga diberitahu bahawa ada pihak yang menjual anak pokok ini sehingga RM50 malah RM100 sepokok! Terkejut badak Mak Aji (dalam hati ada taman - aku kaya, aku kaya!!).



10 comments:

  1. kunyit hitam biasa dicari utk digunakan dalam perubatan tradisional..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Memang ya pun. Itu yang Mak Aji diberitahu ada seorang yang menjual pokok ini terpaksa bertanyakan dulu org yg membelinya tentang apa tujuannya. Kalau untuk tujuan khurafat tidak mahu dia menjualnya!! Nak selamat agar tidak jatuh subahat!

      Delete
  2. Assalam Mak Aji..saya minat tanam je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Mak Aji pun, suka tanam je, sesekali gali buat ulam. Sebagai pokok hiasan pun cantik juga.

      Delete
  3. apa khasiat nya mak aji...cantik bunga nya macam orkid pula...

    ReplyDelete
  4. Salam Nadia,

    Ya, semacam orkid pula bunganya. Khasiatnya ada di sini:
    http://greenfingers898.blogspot.com/2011/10/kunyit-hitam-curcuma-caesia.html

    ReplyDelete
  5. Memang ada yang sanggup dapatkan beratus ringgit.
    Warna putih ya bunganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Kalau yg sanggup berhabis beratus ringgit untuk dapatkannya tu, memang untuk apalah tu tujuannya ya?! Yes dear, putih bunganya, lembut seperti bunga mexican orchid tu.

      Delete
  6. Salam mak aji. Kalau saya berminat utk memperolehi kunyit hitam ini. Boleh ke eh?.

    ReplyDelete
  7. Salam mak aji. Kalau saya berminat utk memperolehi kunyit hitam ini. Boleh ke eh?.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...