Kembang sahaja bunga yang berwarna-warni di laman, maka berbunga jugalah hati Mak Aji. Mari kita lihat bunga apa yang menceriakan laman pada hari ini:
Warna amaryllis yang cukup menggembirakan hati! |
Bunga siantan/ixora. |
Walau cuma putih warnamu harummu tetap memikat hati! |
Kemboja Jepun juga cukup meriah warnanya. |
Bunga kemunting yang manis! |
Akar dani yang tidak tahu berhenti berbunga dan mewangi lamanku! |
Kembang kemboja ini juga sudah berbulan menghiasi laman. |
Bunga trumpet yang menjalar di pergola. |
Wah meriahnya Mak Aji...
ReplyDeleteSalam Normala,
DeleteAlhamdulillah seronok rasa hati melihatkan bunga yang pelbagai warna kembang di laman!
Salam Mak Aji.
ReplyDeleteMusim bunga ya di sana! Merah menyala banyak tu.
Dekat corner kampung merbau sempak, ada orang tuan parking kereta penuh dengan bunga kesidang.
Salam Diana,
DeleteYa, musim bunga kat sini! Mesti wangi tu satu kereta!! Mak Aji pernah bubuh bunga kesidang dalam kereta, bila masuk ke kereta sahaja semerbak baunya!
Pergi Langkawi hari tu. Di makam mahsuri banyak bunga kesidang di tanam. Jadi asyik teringat dekat air sirap sahaja. Bunganya tak putus-putus dekat parking kereta tu setiap kali ambil Ilhan dekat sekolah memang nampak redup je bumbung parking kereta tuan punya.
Delete