About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 4 April 2014

Buah Mangga Bergayutan

As-salam.

Alhamdulillah setelah Pak Aji membuat pangkasan dan pembajaan, pokok-pokok mangga kecuali satu (degil betul yang ini!) sedang berbuah dan sekarang bergayut-gayutan di pokok.:

Mangga Mahathir adalah sekitar 10 biji semuanya!
Salah sepokok daripada 3 pokok mangga Cokanan di laman.
Pada beberapa hari lepas hujan turun dengan lebatnya berserta ribut yang agak kuat. Kelihatan buah mangga Mahathir yang bergayut-gayutan dihayum ke kiri ke kanan - janganlah kau jatuh dipulas ribut! Alhamdulillah semuanya selamat. Walaupun begitu banyak juga buah mangga Cokanan menjadi mangsa - bertaburan buahnya di tanah!



4 comments:

  1. salam makji
    alhamdulillah banyak buah simahathir tuh..kena cantas jugak ker makji baru berbuah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Alhamdulillah kali ni jauh lebih banyak daripada dulu. Harap semuanya sempatlah matang dan menjadi rezeki kami! Ya, memang Pak Aji cantas, bubuh baja dan tak lama selepas itu berbunga dan berbuah. Walaupun begitu ada juga sepokok yang degil, buat apapun tak jalan juga! Dok buat selamba derk aje dia, tak malu betul dia tak nak berbunga dan berbuah!

      Delete
  2. yang x berbunga n berbuah tu mungkin pokok jantan kut mak aji..bestnya dah menjadi pokok mangga mak aji...sy tahun depan lah tgk rezeki ada tak..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Pokok mangga pun ada yang jantan eh? Mak Aji pertama kali dengar ni. Yang tahu betik je. Insya-Allah tahun depan ya, sama-samalah kita doakan!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...