About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Monday 24 December 2012

Bunga Cantik Lagi

As-salam.

Semasa berada di rumah kawan di Tulangan, Sidoarja, Surabaya, Mak Aji terlihat bunga yang ditanam oleh jiran sebelahnya (semasa menyidai kain di tepi pagar). Sebenarnya itulah pertama kali Mak Aji melihat bunga ini - pernah melihat bunga tiruannya (yang terfikir di benak - kut ya pun bunga tiruan, tiru yang memang betul-betul ada, bukan yang direka-reka!). Cuba lihat foto di bawah:





Entah apa nama pokok bunga ini tetapi bunganya cukup cantik dan unik sekali! Kelihatannya benih pokok dari bebawang, seperti yang kelihatan dalam foto pertama. Cantik, kan!!



Agro Kusuma Wisata Batu -Jatim

As-salam.

Seperti yang disebut sebelum ini, Mak Aji ada beberapa foto semasa berada di Agro Kusuma Wisata Batu-Jatim  -- kebun epal dan strawberi yang dikunjungi tempoh hari di daerah Baru, Malang, Surabaya. Cuaca di sini sedikit sejuk kerana bertanah tinggi. Namun tidaklah setinggi Cameron Highlands ataupun Genting Highlands. 

Di pintu masuk - Mak Aji tukang ambil gambar, tiada di situ, he he!
Foto dari hadapan.
Kami pilih pakej yang kedua.
Buah dan sayuran yang dijual.
Strawberi yang dijual.
Strawberi, tentunya.
Ditanam di bawah, di dalam karung sahaja. Diberi baja tahi lembu (pupuk sapi).
Bunga strawberi.
Juga bunga strawberi.


Tempat bersihkan strawberi setelah memetiknya segar dari kebun. Cantik, kan singkinya!!
Buah yang dipetik! - dibenarkan petik empat biji setiap orang.
Mak Aji dan Madihah tayang buah yang kami petik.
Cik Ning dan keluarga.
Menikmati buah, jus segar serta jeli strawberi.
Penkek dengan jem strawberi.
Versi yang dibubuh strawberi potong.
Di sekitar kawasan tersebut yang berbukit.
Perhatikan kaktus gergasi.
Pintu masuk ke kebun epal.
Koperasi Pahang pun datang ke mari.
Penginapan yang cantik di kawasan tersebut.
Pergola besi di pintu hadapan chalet ini.
Cuba bayangkan berapa ketinggian kaktus gergasi ini - Pak Aji dan Madihah untuk perbandingan saiz.




Bunga Cantik dari Seberang

As-salam.

Semasa di Surabaya kami berkesempatan melawat kebun strawberi dan kebun epal di Batu, Malang, Surabaya. Selain epal dan strawberi (entri khusus nanti), terdapat banyak bunga-bungaan yang menghiasi kawasan yang bercuaca sedikit sejuk ini (lebih sejuk Cameron dan Genting berbanding sini). Berikut beberapa foto yang sempat dirakam untuk tatapan bersama:

Semacam pokok bunga lili yang merah jambu dan juga biru lembut - cantik sekali warnanya.
Bunga lili merah jambu dari dekat.
Bunga ros Jepun atau portulaca.
Bunga entah tak tau apa?
Sejenis keladi yang keriting tepi daunnya.

Bunga kembang pagi, morning glory agaknya.
Semacam daisy.
Dari dekat, sungguh cantik.
Pokok yang agak tinggi, terpaksa zoom.
Bunga semacam nanas mini!
Semacam ros yang berlapis-lapis kelopaknya, cukup cantik warnanya!
Bunga kaktus yang berpuluh kaki tingginya berbunga.


Pokok hiasan yang entah apa - macam pokok Tongkat Ali aja.
Sungguh meriah warnanya!!
Cantik kan orkid ni!
Keriting kelopak bunganya!
Entah bunga entah buah!
Cantik kaktus yang merah jambu bunganya!
Ini juga cantik warnanya!
Meriah merahnya!
Semacam rumput sebagai pokok hiasan.
Bunga yang menjalar arbor (di bawah).
Lihatlah kaktus gergasi ini!
Arbor tempat bunga merah di atas.
Kakak (Cik Ning dan suami) di hadapan pokok senduduk gergasi! Besar kelopaknya!!!
Sungguh cantik dan unik ros ini!! So sweet!
Ros putih berbilang kelopak kecil.
Juga ros dua tona warna.
Ros kuning.
Bunga ros dua tona.
Mak Aji pernah lihat dahan pokok ini semasa berkursus gubah bunga dahulu.
Dari dekat.
Semacam rama-rama.
Semacam lili juga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...