About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 21 December 2012

Mama's Home!

As-salam.

Alhamdulillah Mak Aji sudah menyapu sawang blog ini dua hari lepas. Namun demikian cuma sekarang berpeluang masuk ke blog.

Mak Aji pulang ke rumah dari Surabaya selepas sekitar dua minggu di sana kerana menunggu anak bongsu, Asyraf, sehingga sihat sepenuhnya daripada typhoid yang dihidapinya. Alhamdulillah dia sudah kembali menyambung pengajiannya.

Alhamdulillah juga pokok-pokok yang ditinggalkan kelihatan ok kecuali sepokok yang berada di porch - tidak mendapat air hujan dan tidak juga bersiram (bertuah anak bujangku! - katanya, "takpa ma, hujan tiap hari, jadi pokok tak payah siram! Selain itu, daun kesum tumbuh subur menghijau - nampak gaya kena masak asam pedas sehari dua ini agar pucuknya dapat dipotong.

Sepanjang berada di Surabaya, Mak Aji memerhati juga sekeliling untuk mendapat idea entri sekembali nanti. Sayang sekali baik di kota-kotanya pokok hiasan kurang mendapat tempat. Walaupun begitu banyak tanah kosong dimanfaat sepenuhnya (padi ada yang ditanam dicelah-celah rumah dan bangunan walaupun kawasan agak sempit!!).

MakAji masih belum mengedit gambar yang dibawa pulang. Insya-Allah sehari dua ini, kerja- kerja tersebut akan dilakukan agar beberapa foto menarik dapat dikongsi! Jadi, tungguuuuuu!



8 comments:

  1. salam Mak Aji...alhamdulillah semuanya selamat...welcome back..rindu dengan entri Mak Aji..saya sekarang di Kangar ..kenduri kahwin anak sedara suami di Padang Besar..asik ulang alik dari sini ke Padang Besar je..Ahad ni ada sedara bertunang di Sg Besar pula,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      wah, sibuk dengan kenduri kahwin ya, maklumlah musim semua org cuti, sanak saudara boleh hadir, tentu lebih meriah. Seronok rasanya berada di rumah setelah sekitar dua minggu menghilang.

      Delete
  2. salam mak aji...selamat kembali..alhamdulillah semua berkeadaan baik yer..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      It's good to be back. Alhamdulillah semua dah baik seperti sedia kala.

      Delete
  3. Salam makaji....
    tunggu2 makaji balik..tiba2 kita plak yg tak dpt berblog bila makaji balik...renduu..hehehe
    alhamdulillah asyraf dah kembali pulih...anak2 bujang tuh harapkan dia..dia harapkan ujan yer..hmmm bertuah..takperlah janji taklah teruk sangat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Tulah pasal, bila Mak Aji balik Ummuaidan nampak takde entri baru. Nasib baik x terkesan sangat dek nature's fury tu ya!Memang bertuah anak bujang tu, itu baru pokok, macam mana nak harap kalau kena jaga anak dara orang nanti ya?? Nanti naya anak dara org x diberi makan minum, he he!!

      Delete
  4. Salam mak aji,

    Alhamdulillah selamat kambali,lama tak dengar berita dan updated dari mak aji. Rindu nk baca updated dari mak aji. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Insya-Allah banyak kumpul cerita dan foto dari seberang untuk dimuatkan di sini dan juga di blog satu lagi. Kamera x lekang ke mana saja pergi, mcm reporter pulak, he he!! Rindu nak buat update ni selepas kena edit 200 lebih foto! Jenuh.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...