About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Thursday 3 October 2013

Ubi Kayu Saiz XXL

As-salam.

Beberapa hari lepas jiran sebelah rumah menghulur buah tangan yang terdiri daripada beberapa jenis ulam-ulaman dan juga dua ketul besar ubi kayu. Saiz ubi kayu cukup besar, malah lebih besar daripada yang Pak Aji pernah gali dari laman rumah kami dahulu (di sini). Cuba lihat saiznya berbanding sudu besar (ingat, bukan sudu kecil ya!!):

Ubi kayu besar yang isinya kuning!
Alhamdulillah syukur akan pemberian, Mak Aji doakan agar akan murah lagi rezekinya! Kami cuma makan yang ketul kecil sahaja manakala yang ketul besar kami perpanjangkan pula kepada sekeluarga lain yang ramai anaknya - semoga bertambah pahala pemberian jiran sebelah!



20 comments:

  1. mcm2 boleh buat tu...saya kalau makan ubi kayu rebus..berangin satu badan..tp kalau dibuat kuih muih..ok ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Oh ya ke? Mak Aji x perasanlah pulak begitu. Entah-entah Mak Aji ni dok berangin ni sebab ubi rebus tak??

      Delete
  2. assalam Mak Aji... xxl sungguh ya! berapa lama la nak dapat saiz macam tu... boleh dapat seloyang besar kuih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar,

      Memang cukup lama rasanya tu sebab yg kami punya dulu saiznya kecil sedikit pun memang lama juga. Sebenarnya jiran tu pun agaknya org beri dia sebab dia pun x ertanah kecuali di depan rumah je yg ditanam pokok hiasan aje. Betul tu Mar, boleh jamu sekeluarga besar!

      Delete
  3. Salam Mak Aji,
    Besar ubi, ubi kayu kuning elok buat tapai rasanya, sy sukaaaa sgt...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Memang, tapai ubi kayu biasanya dibuat dengan ubi kuning ni. Mak Aji pun suka, apalagi kalau boh dalam cendol atau ABC!!

      Delete
  4. Assalam Mak aji,

    subhanallah,besarnye ubi kayu.....mcm2 boleh buat ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ibu Qis,

      Memang boleh buat kenduri ubi kayu, he he!!

      Delete
  5. Mak aji, besar sungguh tu....buleh buat bekwoh pengat ubi jah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dini,

      He he, bekwoh pengat ubi! Teringat pulok orang dulu-dulu usung rumah pastu bila habis kerja diberi makan, pengat ubi ni bolehlah!

      Delete
  6. sedapnya kalau dapat makan panas2.. kena pulak waktu petang time hujan bersama secawan kopi.. fuh.. nikmatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aizamia3,

      Betul tu, cukup kaww digabungkan dengan kopi panas2!

      Delete
  7. Sy dh terfikir sudu Kecik td...besar betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      He he, memang nampak macam sudu kecik sebab saiz ubi yang besar sangat tu. Itu yang perlu ditegaskan bukan sudu kecik!

      Delete
  8. Kalau rajin boleh jadikan kuih tapi kalau macam Aina yg penyakit m nya besar rebus cicah gula dan kelapa pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Kes penyakit m jugalah yang Mak Aji makan ketul kecik je, yang besar tu diberi orang! Pak Aji pulak cicah ngan madu, sedap!

      Delete
  9. salam makji,
    mmg besar tuh, mesti lama diorang simpan baru gali..kalau besar camni elok parut buat kuih, kalau rebus mungkin tak lembut sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Betul tu, ubi kayu kami dulu pun bila besar saiznya bila rebus x lembut macam yg saiz biasa. Itu yang dibingkakan, pun sedap!

      Delete
  10. Assalammualaikum Mak Aji,
    memang besar lah saiz ubi ni, tanam dalam pasu juga ke? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Puteri,

      Hai, orang yang punya tanah berekar-ekar mahu tanam ubi dalam pasu pulak ke?? He he! Kalau Puteri tanam dalam pasu, mahunya nanti ubi sebesar ini, he he!!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...