About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Sunday 20 October 2013

Update Kaktus

As-salam.

Pokok bunga kaktus berbunga merah dan bertekstur umpama baldu baru lagi habis berbunga. Sekarang tiba giliran kaktus lain pula:

Kali ini cuma sekuntum kembangnya. Kelihatan buah kacang botor bergantungan
di atas kanan, menunggu dipetik.
Pagi ini kelihatan sekuntum kudup kaktus baru muncul - agak kecil bunganya nan sekuntum juga.
Kaktus yang berlingkar-lingkar (seram pula bila teringat ular daun tempoh hari!)  itu tuan punya kudup kaktus di atas.
Kaktus lain masih kekal hampir sama saiznya walaupun sudah berbulan-bulan mula menanamnya.
Bagi mereka yang mempunyai kekangan ruang menanam, Mak Aji rasa kaktus boleh menjadi pilihan kerana kadar tumbesarannya agak perlahan berbanding jenis pokok lain.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...