As-salam.
Tempoh hari sibuk di FB tentang khasiat sejenis tumbuhan liar, bayam peraksi yang katanya mampu mengubat demam Denggi. Sekali pandang Mak Aji ingatkan sama dengan yang Mak Aji tengok tumbuh dengan banyaknya di luar pagar Mak Aji (seperti di foto bawah) - semacam berada di musim bunga di negara 4 musim pula bila menengokkannya!:
![]() |
| Bunga liar yang tidak kurang cantiknya. |
![]() |
| Apabila dah banyak, cantik pula kembang-kembang kecil berwarna ungu ini! |
![]() |
| Pun cantik juga, kan!! |
Manalah tahu entah-entah kedua-dua tumbuhan ini ada khasiatnya yang hanya kita sahaja yang belum mengetahuinya!? Allahualam!



















