About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Showing posts with label succulents. Show all posts
Showing posts with label succulents. Show all posts

Sunday, 16 February 2014

Sukulen Berbunga Baldu Merah Darah Ikan

As-salam.

Pokok kaktus yang merupakan sejenis sukulen sedang galak berbunga dengan banyaknya. Ada yang baru berputik dan ada yang sudah kembang. Memang cantik bunganya walaupun bukan kumbang yang menterinya tetapi lalat! Agaknya bunga ini sepupu sepapat bunga rafflesia (bunga terbesar di dunia) dari segi sifatnya.:

Walaupun kurang enak baumu, namun rupamu cantik sekali!
Tangkai bunga kaktus ini.
Kudupnya yang belum kembang bersegi lima, umpama star of david.




Saturday, 23 November 2013

More Succulents

As-salam.

Dalam perjalanan balik dari menghadiri majlis kahwin yang kedua untuk hari ini, Mak Aji menyinggah ke nurseri lagi untuk menambah stok pasu plastik (sebab ringan dan tidaklah terlalu membebankan pinggang ini).

Mak Aji terlebih dahulu mencari Wak untuk mendapatkan lagi pokok roselle tetapi dia tiada stok roselle yang sedikit besar (agar susah mati - sudah dua pokok sebelum ini mati!). Insya-Allah lain kali sahajalah. Sambil memilih pasu serta pelapik pasu, sempat Mak Aji menjenguk beberapa jenis succulents yang pelbagai jenis. Ada yang sebesar dan hampir sama bentuk macam kubis! Cantiklah pulak, cuma lupa pula hendak menjenguk harganya. Kalau yang saiznya besar tentu sahaja harganya besar!! Apapun layan foto berikut:

Semacam kubis, cantik!



Semacam lidah berlapis-lapis!


Besarrr punya!
Menantu dan cucu Mak Aji yang ikut menemankan Mak Aji ke nurseri.

Saturday, 9 November 2013

Lalang Bukan Sebarang Lalang

As-salam.

Ketika menjamu mata di nurseri, berikut antara pokok/tumbuhan yang menghibur hati Mak Aji:

Luar biasa warna daun dan bunga lalang ini!
Dari dekat - kalau tidak silap harganya RM60 sepasu. Sudah ada pemiliknya!
Jenis succulents yang cantik-cantik!
Melihat pokok ini teringat gooseberry. Sama ke?? Semacam tanglung pun ada - eloklah tu,
sudah dekat nak raya Cina ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...