About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Tuesday, 12 August 2014

Bebas di Laman

As-salam.

Cucu Mak Aji, Aleesya sudah tidak lagi Mak Aji jaga. Dia sekarang tinggal dengan keluarga menantu Mak Aji di Cheras. Pada hujung minggu lepas mereka balik ke Sungai Buloh untuk beraya bersama-sama kami. 

Kalau di Cheras Aleesya tidak berpeluang untuk lepas bebas di laman (kawasan terhad di laman rumah teres dalam kawasan perumahan) tetapi kalau di rumah Mak Aji dia dapat lepas bebas - cuma kena pantau sebab dia memang suka mengutip benda dan terus memasukkannya ke mulut! Bertuah punya Aleesya!

Dengan rambut pendek semacam tomboy pun ada!
Hendak ke manalah pulak cek mek ni?
"Tokma nak apa lagi ni??"
Kalau tak dipegang tangannya asyik nak cabut aja!

Kalau mahu bebas kena selalu datang ke rumah Tokma tau, Aleesya! Tokma ada banyak bunga, boleh petik selit kat telinga. Minggu hadapan balik sini lagi ya! Tokma tungguuuu!! Sayang cucu Tokma!


14 comments:

  1. As salam mak aji,
    comei nyer dia...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Macam tulah muka selamba dia, nak senyum pun payah, dia buat derk je kat kita! Masa kecik2 dulu murah sikit senyumnya.

      Delete
  2. salam mak aji..
    luasnya laman mak aji,,kat mana ni?
    buat gathering keluarga best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cucubulat,

      Bolehlah kalau untuk cucu berlari petang-petang. Itupun rumput dah mula panjang balik - kena selalu potong, jenuh juga. Setakat ni kalau buat family gathering kami buat di beranda belakang, agar ada lebih privacy.

      Delete
  3. Comel aleesya..dah boleh kaki senang sikit nak bawa ke mana2 kan mak aji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Dah boleh kaki dah, agak laju dah larinya tapi kadang2 jatuh juga sbb masih kurang mahir lagi. Kat rumput takpelah. Jenuh mengejar dia!

      Delete
  4. Comeynye aleesya, bila agaknya dapat jumpa alessya pulak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibu Qis,

      Nantilah ya, one fine day kita temukan Qis dengan Aleesya!

      Delete
  5. Cepatnya membesar.
    Tok ma takut Aleesya petik bunga kesayangan hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      Memang kejap aja, kan! He he, cucu punya pasal, tokma gigit jari ajelah sambil kata - petiklah cu, he he!!

      Delete
  6. salam makji,
    alaa dah tak tinggal sama yer.mesti rindu kan aleesya kan tok ma ngan tok bah.sib baik ade mikhail yer pengganti..hehhe...
    tak sabar nak bwk arissa main2 kat laman ngan aleesya nie...tgk dorang nie gaduh2 tarik rambut tak nanti...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      Itulah, memang rindu kat Aleesyasebab jarang jumpa dah. Sekarang dok membelek Mikhail ajelah. Dah semakin responsif dia, seronok main!

      Seronok tu bila ditemukan anak-anak dara ni, termasuk Qis dan Abby sekali! Wah, pasti gamat anak2 (juga cucu, he he) dan mak serta neneknya sekali! Dah 4 anak dara ni! Bestnya, kan!!

      Delete
  7. mak aji.....ni ke cucu mak aji yang aktif tu....comelnya! Budak bijak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      Ya, nilah dia budak yang aktif tu, senyap2 je dia buat projek. Kalau tak nampak kelibat dia dan senyap aje, awas, adalah tu apa2 yang dikerjakannya!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...