About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday 8 August 2014

Bunga-bunga Raya

As-salam.

Seperti lazimya, raya, raya juga, bunga, bunga juga! Mak Aji tentunya ke mana-mana 'bersenjatakan' kamera digital yang kompak dan senang di bawa ke sana ke mari untuk tujuan merakam apa sahaja yang boleh dijadikan bahan berita cerita/entri dalam blog ini (maaflah ya, perasan semacam wartawan pula tadi!) 

Sepanjang beraya di kampung Mak Aji memerhati sahaja bunga-bungaan menarik untuk dikongsikan di sini. Layanlah ya:

Cantik, kan! Entah apalah nama orkid ni!
Yang ni agak lazim ditemui tetapi warnanya cukup cantik!
Banyak ros yang kembang, tinggi dan subur pokoknya!
Tiga foto di atas dirakam di rumah pak cik Mak Aji di Wakaf Che Yeh manakala semua foto berikut dari rumah mak tiri Mak Aji di Pasir Puteh. Foto terakhir dirakam di rumah pak cik Mak Aji yang satu lagi, juga di Wakaf Che Yeh.
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Ini tentunya bukan bunga - buah nona seri kaya - menunggu ranum.
Cantik, kan, pertama kali melihat bunga ini, entah apa namanya?
Creeper ini Mak Aji ambil keratannya - harap hiduplah dia dan menjadi secantik ini!

Mak Aji suka bunga adenium ni, terutama yang pelbagai warna dan berlapis-lapis seperti ini! Entah bilalah rezeki untuk memilikinya!?


Geram aje tengoknya!

Sekian bunga-bungaan di kampung edisi raya 2014!



8 comments:

  1. hehe...org sibuk beraya..mak aji sibuk mengambil gambar bunga2...cantik2..sapa yg tak geram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kam,

      Raya, raya jugak, bunga, bunga jugak! Keluarga Mak Aji dah faham sangat dah, he he!

      Delete
  2. salam makji,
    sempat lagi tuh beraya sambil berbunga yer..memang pencinta bunga btullah..hehehe..creper tuh memang cantik kalau kena tempatnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      He he, itulah kerja wartawan bunga tak bertauliah! Kalau hiduplah keratan creeper tu, nanti Pak Aji susah hati sebab Mak Aji akan cari spot untuk dia memanjat pulak - tambah kerja dia! Mak tiri Mak Aji buat semacam gerbang untuk gate depan rumah dia untuk creeper ni memanjat - cantik sangat!

      Delete
  3. Assalam Mak Aji... cantik-cantik semuanya.. wartawan bunga ya .. semua pencinta bunga dan tanaman begitulah rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      He he, itulah pasal. Itu yang sibuk je wartawan bunga ni beraksi merakam! Ramai wartawan bunga kat sini ni, he he!!

      Delete
  4. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...