About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Friday, 22 August 2014

Petua: Cara Mengelak Kuku Kotor Semasa Berkebun

As-salam.

Mak Aji percaya ramai yang sedikit bermasalah apabila selesai kerja-kerja berkebun - kuku kotor kerana bermain tanah! 

Tahukan anda cara mudah untuk mengelak daripada kuku kotor? Begini caranya:

Cari sebatang lilin dan garu-garukan kuku kita ke batang lilin tersebut agar celah-celah kuku kita dipenuhi lilin tersebut. Ini akan mengelak daripada tanah terselit dicelah kuku kita! Tentunya lebih mudah dikeluarkan cebisan lilin berbanding tanah!

Ada satu lagi alternatif yang rasanya lebih baik, iaitu sabun mandi. Selesai berkebun cari berus gigi lama dan gosokkan ke kuku. Insya-Allah bersih kuku anda!

 Sumber foto:  www.livebold.org.
Sarung tangan yang terlalu cantik hingga tidak terpakaikan!
Selamat mencuba!

Catatan: Jika anda memakai sarung tangan, maka tiadalah relevan petua ini. Petua ini hanya terpakai untuk orang-orang seperti Mak Aji yang suka bermain tanah dengan tangan! (feeling close to mother earth)




16 comments:

  1. Betul kalau pakai sarung tangan rasa kekok...nak jugak rasa tanah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Betul tu, Mak Aji selalu kena tegur kat Pak Aji sebab tak suka pakai sarung tangan - tak puas rasanya!

      Delete
  2. salam makji,
    baru tau petua nie..sy mula2 berkebun tuh belasah tangan jer..tak lama lepas tuh jejari yg dahulunya lembut lemai (kununlah) menjadi kasar dan bergaris2 dan berkedut2 sebab laergik ngan tanah kot..skrang dah kurang berkebun nampak oklah sket...kang bilajumpa makji,salam nanti kang jangan terkejut lak ngan tangan kasar berkerapu silap2 ...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam UAA,

      He he, tangan Mak Aji yang kasar dan berkematu bila kita bersalam nanti, he he! Dulu semasa tak berkebun full-time pun tangan bukannya jenis yang kulit halus mulus, sekarang apa lagilah!

      Delete
  3. Oh.. petua ni baru kakak tahulah MakAji.
    Kakak memang pakai sarung tangan masa buat kerja MakAji. Sampai berpeluh-peluh tangan bila siap berkebun. Nak guna tangan live malas nak bersihkah hihi... Bila dah lama kadang sampai berkedut sebab berpeluh macam kalau kita mandi lama di swimming pool tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Kalau dipakai sarung tangan yang beli kat hardware tu, jenis kain tu takdelah berpeluh kecut macam tu. Pak Aji suruh pakai yang tu tapi Mak Aji lebih suka guna tangan terus je, lepas tu jenuhlah mencuci balik.

      Delete
  4. Assalam mak aji..

    elok jugak sebenarnya pakai sarung tu.. elak kuman2 or yg x sepatutnya dlm tanah.. saya pernah terbaca ade satu kuman dlm tanah yg blh effect kat orang... allahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Juls,

      Mak Aji pun rasanya pernah terbaca juga pasal kuman tu, entah apa ke namanya lupa pulak sebab baca sekali lalu sahaja - nak kena fikir2 ni balik!

      Delete
  5. tq mak aji. boleh try nanti. i pun tak suka pakai sarung tangan masa berkebun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Olive,

      Boleh try pakai sabun mandilah sebab lebih mudah untuk cuci sekali!

      Delete
  6. Assalam Mak aji,

    Mekasih mak aji bagi tips berguna ni,mmg patut cuba ni. Cantik la pulak sarung tangan mak aji,rasa mcm x sampai hati nak pakai. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ibu Qis,

      Mak Aji saja nak kongsi petua yang Mak Aji terjumpa kat tenet ni. He e, comey sangat yang tak terpakai-pakai lagi tu!

      Delete
  7. Garu lilin sebelum berkebun,,boleh la cuba lepas ni..

    ReplyDelete
  8. Assalam Mak Aji...
    Kalau dah mula berkebun dah tak ingat dah petua2.. kalo rajin baru tengok blog Mak Aji utk amalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      He he, samalah tu, Mak Aji pun. Bila dah nak berkebun tu, ingat pakai uniform berkebun aje, lupalah segala petua bagai!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...