About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 25 September 2013

Tidak Sabar untuk Kuulam!

As-salam.

Ulam raja serta daun salam (tanam semula) yang ditanam tempoh hari sudah agak besar dan tidak sabar rasanya untuk mengutip kedua-duanya untuk dijadikan ulam:

Ulam raja yang benihnya pemberian kawan.
Daun salam.
 Berikut pula anak-anak pokok hempedu bumi yang tumbuh merata-rata dan dihimpunkan di dalam pasu ini.

Terlalu banyak anak pokok ini sehingga terpaksa dibuang-buang sebahagian besarnya.
Ini pula anak pokok cili yang insya-Allah nanti akan membuahkan cili seperti di foto bawah. 
Cili api yang ketika mudanya putih, bukan hijau seperti cili yang kita biasa beli tu. Benihnya dibawa balik dari kampung.

Baru sebentar tadi kawan anak Mak Aji datang untuk meminta cili api. Anak Mak Aji siap hadiahkan pula buah betik yang hampir masak. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki-Mu!





22 comments:

  1. ulam raja tu nampak macam sedap dimakan jer, segar lagi hijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose,

      Dalam banyak2 ulam Mak Aji paling suka ulam raja, nama pun raja, kan!

      Delete
  2. mak aji.....awet muda ulaman ni! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Awin,

      Insya-Allah begitulah hendaknya!, he he!

      Delete
  3. hempedu bumi..tentu pahit yer mak aji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nadia,

      Memang pahit hempedu bumi ni. Setakat ni untuk dibuat ulam belumlah, cuma pernah diambil beberapa helai, rendam dalam air panas, tutup seketika hingga agak2 boleh diminum, terus minum. Gunanya untuk turunkan tekanan darah. Alhamdulillah menjadi untuk Mak Aji. Yang bagus tu Mak Aji pernah tengok sendiri kucing dok macan pucuknya! Dia pun tahu cari ubat!

      Delete
  4. salam makji,
    ulam raja yg kat umah nie pun ready jgk tuh buat ulam..cuma makan kosong tanpa budu mahpun sambal belcan sebab malas..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummuaidan,

      Kalau gitu kira macam saladlah ya! Boleh aja, kan!

      Delete
  5. Salam, Mak Aji....sedapnya ulam raja...saya baru beli benih ulam raja semalam..tak sabar nak semai...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      Cepat semai, cepatlah meraih hasilnya! Sama2lah nanti kita mengulam ya!

      Delete
  6. Assalamualaikum..nak dapatkan pakaian berjenama yang menarik dan berkualiti untuk si manja anda? Jom shopping sekarang di Zaira Kids Cloth.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Insya-Allah Mak Aji singgah nanti ya!

      Delete
  7. Ulam raja adalah ulam yg paling kakak suka selain kacang botor Mak Aji. Pokok ulam raja ni kalau makin kita petik pucuknya makin banyak akan tunas baru Mak Aji. Ambilah aje tu dah siap nak dibuat ulam...

    Daun salam masuk dalam masak lemak nangka pun sedaaaap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie,

      Alhamdulillah dah petik dah ulam raja tu. Daun salam boh dalam masak lemak nangka ya! Terima kasih atas info tu!

      Delete
  8. wah.. bestnyee.. dapat makan ulam ulaman tanam sendiri jea.. huk2.. sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tenku butang,

      Memang seronok dapat makan hasil tanaman sendiri yang pastinya bebas racun. Tak membazir sebab ambil setakat yang perlu sahaja. Jom bertanam!

      Delete
  9. Replies
    1. Salam Diana,

      Alhamdulillah budu sentiasa ada stok. Setiap kali balik kampung beli sedozen!

      Delete
  10. Salam kenal. Sebenarnya ini pertama kali mama ke sini. Mama tertarik dgn catatan mak ji ttg anggur! mcmmana akhirnya? mama syok baca kisah anggur kat blog sapa tu...
    Salam ukwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama Ju,

      Selepas kali pertama yang Mak Aji tidak perasan, dia berbuah lagi untuk kali kedua, pun x perasan. Sehari dua lepas ada lagi sebiji aja yang baru gugur, masih basah lagi. Itu kali yang ketiganya! Pak Aji asyik sibuk aje, katanya nak kena buat para asing agar mudah kami nampak! Bila nak laksana, wallahualamlah! Yang cerita tentang anggurnya yang menjadi tu Rose dari blog Semua Menjadi.

      Delete
  11. Mak Aji gambar no 2 tu nampak macam daun selom...

    Tengok pokok2 yg cantik rasa bersemangat nak berkebun dalam pasu sebab rumah saya flat je pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JunAina,

      Ya, memang betul daun selom/salam. Boleh aja berkebun walaupun tinggal di flat, asalkan dapat cahaya, cuma kena pilih2 pokok yang sesuai dengan pencahayaan terhad itu. Boleh tanam guna pasu/bekas dan boleh amalkan vertical gardening kalau ruang terhad - pakai gantung2 atau susun pasu/bekas secara menegak!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...