About Me

My photo
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
.... enjoying the simplest things in life - the smell of freshly-cut grass,......

Followers

Wednesday, 4 September 2013

Avocado and Strawberry Smoothie

As-salam.

Buah avokado sudah beberapa hari dibeli, belum dibuat apa-apa dan buah strawberi juga masih berlebih lagi (pemberian adik yang bertugas di Cameron Highlands). Yoghurt juga ada, jadi hasilnya, avocado and yoghurt smoothie!!

Ini rupanya:

Smoothie yang sedap dan penuh khasiat!
Bahan-bahannya:

1 biji avokado yang masak
3/4 biji strawberi sederhana besar
4 sudu besar mumbung yoghurt (kosong tanpa apa-apa perasa)
1 gelas air sejuk (dari peti ais)
sedikit sirap strawberi Hershey's (ikut rasa masing-masing)


Cara-caranya:

Masukkan isi avokado serta strawberi ke dalam pengisar. Masukkan pula yoghurt serta air sejuk. Putar hingga sebati. Tuang ke dalam gelas, tuangkan pula sirap (kalau mahu manis letak lebih). Hiaskan dengan seranting daun pudina. Bagus dihidangkan untuk sarapan pagi. Cukup untuk 2 orang minum!




10 comments:

  1. salam mak aji, segar betui tgk smoothie ni...tak dak avocado ganti pisang boleh kot mak aji hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam @na,

      Boleh aja Yang, kalau kerap buat avokado jenuh juga kalau sekitar 3/4 ringgit sebiji. Pisang sedap juga, pun lebih murah, apalagi dengan minyak naik dan segala macam benda dah dan nak naik rege ni!! Jom kita buat ngan pisang pulak!

      Delete
  2. Oh... kakak tak pernah buat ni Mak Aji.
    Tengok dah siap nampak sedapnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Zakie,

      Mak Aji pun first time buat ni. Konon nak buat dengan coklat seperti yg biasa depa jual kat restoran Padang tu tapi malas nak keluar cari barang punya pasal, buat aje dan gunakan apa2 aja yang ada. Alhamdulillah sedap!

      Delete
  3. Salam, Mak Aji....teringat jus alpukat....avocado & chocolate...yummy...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lynna,

      Mak Aji pun sekali kena jus alpukat terus jatuh cinta. Asal ada dalam menu terus pesan aja! Ni konon nak tiru yang tulah!

      Delete
    2. samalah kita mak aji...kena skali jatuh cinta sampai skrg ni....kalau rumah ni ada tanah boleh tanam avocado pulak....hehehe ;)

      Delete
    3. Salam Lynna,

      Mak Aji ada simpan 2 biji benihnya, ingat nak semailah ni. Kata orang semai benih lama baru berbuah tp takpalah, insya-Allah nak dicuba juga. Kalau berbuah nanti kita kenduri jus alpukat ya (by that time Mak Aji pun dah tumbuh janggut agaknya!)

      Delete
  4. Assalam Mak Aji... Favourite saya ni..
    Terasa lemaknya avocado ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mar,

      Oh, favourite kitalah ya! Masih terasa lemaknya avocado tu!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...