As-salam.
Mak Aji pernah melihat satu video yang kawan-kawan FB kongsikan tentang dua jenis pokok yang menjadi tempat melepak para jin! Anda mahu tahu apa pokoknya? Lihatkan foto di bawah:
Pokok kelapa gading di belakang rumah jiran Mak Aji. |
Pokok ciku dengan buahnya sekali. Sumber foto: growingandbeing.blogspot.com |
Itu dia, pokok kelapa gading (yang buahnya kuning) dan pokok ciku! Anda ada menanamnya di laman rumah, terutama berhampiran dengan rumah? Mak Aji adalah tanam kelapa tetapi belumlah berbuah, jadi belum tahu sama ada buahnya kuning atau tidak. Harap-harap janganlah kuning! Pokok ciku memang tiada di laman.
Tambah ustaz itu lagi, kalau mahu menanam kedua-dua jenis pokok ini, pastikan bukan berhampiran rumah, biarlah agak jauh sedikit daripada rumah. Agaknya sebab takut jin yang bertenggek di situ mudah sahaja masuk ke rumah sebab dekat, bukan??! Haisyy!!
Betul ke Mak Aji? Rumah kampung kakak dua-dua pokok ni ada di belakang rumah tau. Kelapa kuning tu kami panggil kelapa gading. Selalu balik kampung jadi sasarn sebab senang nak petik kelapa mudanya... ciku pun sama. Tapi tak ada apa pun. Selalu kami petik, peram dlm beras...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya & maaf zahir batin dari kakak ye Mak Aji..
Salam Kakzakie,
DeleteAllhualamlah sama ada benar tidaknya! Sekadar berkongsi rakaman video Youtube. Mak Aji cuba upload video tu tapi entah kenapa x dpt2 pula. Ada orang tanya kat Youtube tu apa nas kpd perkara ni tapi ustaz tu x jawab pulak jadi entahlah sejauh mana kebenarannya?!
Salam Aidilfitri juga daripada Mak Aji untuk Kak Zakie sekeluarga! Maaf zahir batin.
Haii. Saya saja nak tanya, awak ada tahu tak mana2 tmpt yg boleh dptkan buah kelapa kuning ni di sungai buloh?
Deletebetul ke ni...Selamat Hari Raya Aidilfitri utk Mak Aji...
ReplyDeleteSalam Nani,
DeleteBegitulah kata seorang ustaz di Youtube, betul tidak, Allahualam! Selamat hari raya Nani!!
Oh yer ker makji pokok nie jin suka bertandang...sayangnyer kang kalau ciku tuh redup2 nak jugak tanam dekat2 umah...takperlah demi tak bg chance kat jin maka kita beli kat pasar jerlah...hehheh
ReplyDeleteSalam UAA,
DeleteKatanya begitulah, ya tidak entahlah. Betul tu, to be on the safe side, tanam jauh2 atau beli je. :)!!
Salam Lebaran.
ReplyDeleteTeam members Kebun Bahagia Bersama menyusun 10 jari meminta maaf sekiranya ada salah dan silap harap jangan disimpan
Salam Diana,
DeleteMak Aji pun mohon berbanyak maaf kiranya ada salah silap Mak Aji ya!
SALAM MAK AJI,
ReplyDeletebaru sempat singgah beraya...MAAF ZAHIR BATIN...
Salam @na,
DeleteSalam hari raya buat @na sekeluarga - tak balik Kelate ko?? Maaf zahir batin juga ya!
mak aji salam aidilfitri maaf zahir batin..sy pun ada dgr ustaz sebut tak igt dah ustaz mana..us sharhan kot
ReplyDeleteSalam Cucubulat,
DeleteSalam aidilfitri juga untuk Cucubulat, maaf zahir batin. Mak Aji tak berapa nak ingat nama ustaz tu, yang ingatnya ustaz tu masih muda lagi.
assalam Mak Aji.. saya pun pernah dengar info ni.. kawan-kawan ofis yang belajar ilmu perubatan Islam ada maklumkan hal ni... saya suka ciku.. kena beli je la kan!
ReplyDeleteWaalaikumussalam Mar,
DeleteHa, kan, Mar pun ada dengar jugak pasal ni! Langkah bijak tu, beli je!
Ustaz Ismail Kamus...
ReplyDelete